Assalamualaikum,
Saudara, kita telah ringkaskan proses/rukun ibadah haji itu dalam beberapa post yg lalu. Seperti biasa kita wajib ingat serta sedar bahawa sebagaimana lain-lain ibadah dan amalan, sekiranya ibadah haji yg kita kerjakan itu tidak menepati ketetapan as-Sunnah (i.e. sebagimana dikerjakan oleh Rasulallah (s.a.w), maka ibadah atau amalan tersebut tidak diterima Allah (a.w). Tidak ada gunanya kita amalkan atau ibadahkan sesuatu itu jika hakikatnya ia batil dan tidak diterima Allah (a.w). Insya Allah, mulai post ini kita akan teliti berpandukan as-Sunnah bagaimanakah ibadah haji itu dikerjakan dan apakah rukun qauli (bacaan yg terlibat) dan rukun fe'li (perlakuannya dan pergerakannya) dan rukun qalbi (niat serta matlamatnya yg disematkan dalam hati sanubari kita ketika mengerjakannya).
Berikhram dan Melafazkan Niat di Miqat
Kita telahpun maklum, melalui post yg lalu, tentang persediaan kita untuk memulakan ibadah haji kita, iaitu melibatkan perkara-perkara berikut:
1. Persediaan ketika di hotel kita - mandi junub
2. Bertolak ke Miqat yg ditetapkan bagi penduduk Mekah, iaitu di Bir Ali atau Zulkhulaifah atau di tan'im
3. Bersolat solat sunat Tahyatul Masjid dua rakaat di masjid
4. Memakai ikhram dan melafazkan niat haji, iaitu 'Labbaika, Allahumma Hajjan' dan kemudian bersolat dua rakaat
5. Bertolak ke hotel sambil membaca Talbiah sepanjang perjalanan ke hotel, iaitu 'Labbaika Allahumma labbaik; Labbaika la syarikala labbaik; Innal hamda wan-nikmata, lakawal mulk, La syarika lak' yg diulang-ulang sepanjang perjalanan tersebut.
Memasang ikhram ini boleh dilakukan pada bila-bila masa, paling lewat adalah pada pagi 9 Zulhijjah, sebelum berlepas ke Arafah.
Wukuf Di Arafah
Kemudian setelah sampai ke hotel menunggu untuk bertolak ke Arafah, pada 9 Zulhijjah, untuk Wukuf di Arafah. Wukuf= Berhenti di Arafah. Dalam perjalanan ke Arafah hendaklah kita membaca Talbiah diulangi sebanyak mungkin. Kita hendaklah mempastikan bahawa kita sampai ke Arafah dan memulakan Wukuf itu bermula tergelincirnya matahari, i.e. masuk waktu Zohor. Di sana jema'ah haji disuruh memperbanyakkan amal dan ibadah. Semasa dalam perjalanan membaca Talbiah. Ketika sampai ke Arafah mensolatkan Solat Zohor dan Solat 'Asar secara jama' dan qasar. Kemudian, mengisi masa lapang yg ada dengan memperbanyakkan doa, berzikir, berwirid dan membaca al-Quran.
Antara doa yg digalakkan dibaca ketika Wukuf adalah:
'‘Allahumma lakal hamdu kallazi taqulu wa-khairan mimma naqul. Allahumma laka solati wa-nusuki wa-mahyaya wa-mamati wa-ilaika mabi wa-laka rabbi turathi. Allahumma inni a’uzubika min ‘azabil qabri wa-waswasatis-sodri wa-syatatil amri. Allahumma inni a’uzubika min syarrima tajiu bihi rihu’ (Hadith at-Termidzi).
Utamanya kita memperbanyakkan doa itu adalah kerana di Arafahlah doa-doa mustajab, yakni dimakbulkan oleh Allah (a.w). dalam hadith disebutkan haji itu Arafah. Tanpa Wukuf di Arafah seseorang itu tidak dianggap mengerjakan haji. Berada di Arafah itu memperingatkan hari kebangkitan manusia setelah kiamat dunia apakala manusia dari zaman Adam sampai ke manusia terakhir ketika kiamat dunia akan bangkit berjalan menujuj padang makhsyar dalam keadaan berbogel kesemuanya, untuk menerima Buku Catatan Amalan masing-masing dan di hisab.
Waktu Wukuf itu adalah bermula tergelincirnya matahari sampai terbenam matahari (yakni, masuk waktu Maghrib).
Mabit di Muzdalifah
Pada malam 10 Zulhijjah, selepas matahari terbenam bertolah ke Muzdalifah sambil memperbanyakkan bacaan Talbiah dalam perjalanan dan diselangi dengan bacaan Takbir (iaitu: ‘Allahu Akbar (3x); Lailaha ilallah wallahu Akbar; Allahu Akbar wa-lillahil-hamd’) berulang-ulang. Singgah yakni mabit di Muzdalifah untuk mengerjakan Solat Maghrib dan Solat Isya’ jama’ takhir, dan kemudian mengutip batu-batu kecil untuk lontaran di jamrah. Kemudian tidur di kawasan Muzdalifah sambil terus berdoa sebanyak-banyaknya, dan kemudian bersolat Solat Subuh. Sebelum terbit matahari keluar Muzdalifah berangkat menuju Mina sambil membaca Talbiah.
Bermalam di Mina, Melontar Jamrah Aqabah dan Tahlul Awal
Setelah bersolat Subuh di Muzdalifah, sebelum terbit matahari berangkat menuju Mina. Ketika sampai ke Mina, keluar melontar Jamrah ‘Aqabah dengan 7 biji batu-batu kecil pada waktu Duha tanggal 10 Zulhijjah. Setiap lontaran pastikan mengenai jamrah sambil menyebut ‘Bismillah, Allahu Akbar’. Setelah selesai melontar Jamrah Aqabah, kita dibolehkan menaggalkan kain ikhram, dan berTahlul Awal, i.e. memotong beberapa helai rambut atau bercukur menggondolkan kepala. Setelah Tahlul Awal itu gugurlah pantang larang berikhram/haji kecuali pantang larang hubungan suami isteri seperti bercumbu-cumbu dan sebagainya (yakni, mukaddimah persetubuhan) dan persetubuhan) kekal belum gugur.
Pantang larang berikhram/haji itu disenaraikan dalam post-post yg lalu.
Melontar Tiga Jamrah Hari-hari Tasrik
Ketika berada di Mina, setelah melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah, kita wajib pula pada 11 dan 12 Zulhijjah melontar ketiga-tiga jamrah – mulai dengan Jamrah Ula, kemudian Jamrah Wusta dan akhirnya Jamrah Aqabah, 7 kali lontaran dengan batu-batu kecil setiap satu jamrah. Waktu melontar itu adalah setelah tergelincir matahari (i.e. masuk waktu Zohor) sampai sebelum terbit matahari (i.e. tamat waktu Subuh esok harinya). Setiap lontaran hendaklah pasti mengenai jamrah dan dengan menyebut ‘Bismillah, Allahu Akbar’.
Bagi mereka yg ingin melakukan Nafar Awal, yakni setelah selesai melontar ketiga-tiga Jamrah pada 11 dan 12 Zulhijjah, mereka hendaklah segera keluar darti Mina, i.e. meninggalkan Mina sebelu masuk waktu 'Asar. Jika tidak sempat keluar Mina sebelum masuk waktu ‘Asar tanggal 12 Zulhijjah, hendaklah tinggal sehari lagi di Mina, dan melontar ketiga-tiga jamrah pada 13 Zulhijjah, yakni melakukan Nafar Thani. Walaupun sudah selesai urusan melontar ketiga-tiga jamrah, namun pantang larang haji masih kekal, selagi belum disempurnakan rukun haji iaitu Tawaf Ifadah dan Sa'i, jika belum bersa'i semasa bertolak ke Arafah pada 9 Zulhijjah dulu.
Setelah selesai melontar, kembali ke Mekah untuk menyempurnakan Tawaf Ifadah (yakni, Tawaf Haji) dan Sa’i, maka selesailah ibadah haji dan gugurlah pantang larang berikhram yang bakinya (iaitu hubungan suami isteri). Setelah selesai Tawaf dan Sa’i itu maka halallah hubungan kelamin suami isteri.
Tawaf Ifadah dan Sa'i
Dalam post yg akan datang insya Allah, kita akan teliti Rukun haji terakhir, iaitu Tawaf Ifadah mengelilingi Ka'bah 7 pusingan, dan Sa'i antara Bukit Safa dan Buklit Marwah. Setelah Tawaf dan Sa'i barulah dikatakan kita selesai Tahlul Thani, dan gugurlah pantang latang haji yg bakinya, termasuklah hubungan suami isteri.
Jazakallahu khairh
No comments:
Post a Comment