Tuesday, September 28, 2010

Ibadah Haji - Prosesnya (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat betapa beratnya kifarah bagi orang yg sedang mengerjakan haji dan belum selesai hajinya, mereka terlibat dalam larangan beratnya, iaitu mengadakan hubungan suami isteri (maksudnya, berlaku persetubuhan). Namun, orang yg mengerjakan haji dan umrah dan mengenakan ikhram mereka, mereka adalah tetamu Allah (a.w), maka dgn itu segala permintaan mereka dimakbulkan atau diperkenankan oleh Allah (a.w).

Doa Orang yang Berikhram Mustajab

Jemaah haji yang ingin mengerjakan haji dan umrah diwajibkan memakai pakaian ikhram. Bagi wanita tidak ada bezanya telekong dengan pakaian dikira sebagai ikhram untuk tujuan haji dan umrah. Tapi, bagi lelaki, mereka dikehendakki memakai dua helai kain yang tidak berjahit tepinya dan dipakai sebagai kain ikhram.
Ada ketika-ketika atau masa-masanya kita diberitahu dalam as-Sunnah, saat yang mustajab berdoa, saat dan ketikanya Allah (a.w) menerima dan mengkabulkan doa-doa. Daam post-post yg lalu kita telah teliti ketika-ketikanya doa itu dikabulkan oleh Allah (a.w) jika kita berdoa meminta kepadaNya. Antara ketika-ketikanya adalah setiap sepertiga terkahir malam apabila kita bangun berqiamul-lail (i.e. mengerjakan pelbagai badah malam), kerana ketika itu Allah (a.w) dengan diringi oleh malaikat Jibrail (a.s) an para malaikat rahmat turun ke langit dua untuk mengkabulkan permintaan hambaNya yag bersusah payah bangun sepertiga terakhir malam, sehingga masuk waktu Solat Subuh. Juga, selepas waktu 'Asar. Dan, beberapa minmit antara dua khutbah Juma't.
Di bawah ini kita semak beberapa hadith yang sahih sebagai panduan khusus tambahan. Hadith di bawah menyatakan bahawa orang yang naik haji atau mengerjakan umrah adalah tetamu Allah (a.w). Dan, sebagai tetatu Allah (a.w) doa-doanya dimakbulkan oleh Allah (a.w).
Rasulallah (s.a.w) memberitahu orang yang berikhram untuk haji atau umrah, ketika berdoa dia, maka di’Amin’kan oleh Allah (a.w) sendiri. Maksudnya segala yang didoakannya akan dimakbulkan oleh Allah (a.w). Hadith ini juga menyebutkan bahawa doa-doa yang didoakan oleh orang memakai ikhram juga mustajab atau dikabulkan Allah (a.w). Justeru itu, sewajarnyalah kita sentiasa mendampingi orang-orang yang akan naik haji supaya kita minta dia bacakan doa untuk kita (i.e. doa yang kalimah-kalimahnya).
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Ketika memakai ikhram salah seorang kamu maka diaminkan (oleh Allah (a.w)) atas doa orang yang berdoa (i.e. dikabulkan) ketika berkata (i.e. berdoa dia): ‘Allahumaghfirli’ maka berfirman Allah (a.w): ‘Amin’, dan jangan melaknat haiwan dan jangan melaknat beberapa manusia, sesungguhnya doa orang yang berikhram mustajab (i.e. dikabulkan), dan sesiapa yang sengaja berdoa untuk orang-orang mukmin lelaki dan perempuan (lain) dikabulkan bagi mereka.’ [Hadith riwayat ad-Dalami dalam Kanzil Umal]
Terkadang dalam hidup kita, kita malu hendak meminta seseorang yang ingin naik haji berdoa atau membacakan doa kita ketika dia berada di tempat-tempat yang mustajaz doa seperti di depan Hajar Aswad, di belakang Makam Ibrahim dan di depan Multazam. Kita kerugian peluang yang baik. Dan, terkadang kerana kejahilan pula ramai orang Islam yang ingin naik haji tak tahu bahawa dia boleh mendoakan beberapa doa orang lain ketika berada di Mekah ataupun Madinah.
[Nota: ‘Amin’ dalam Islam bermaksud: ‘Semoga dikabulkan Allah (a.w)’. Dan, apabila Allah (a.w) yang menyebut ‘Amin’ pastilah maksudnya ‘Aku (Allah (a.w)) kabulkan’.]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment