Assalamualaikum,
Saudsara, kita sambung lagi meneliti satu lagi ketetapan as-Sunnah menyentuh perkara haji dan umrah itu. Kita teliti sepotong hdith lagi, iaitu hadith berikut:
Kita diberitahu dalam firman Allah (a.w) di atas bahawa ibadah haji itu diwajibkan sekali seumur hidup. Dan, Rasulallah (s.a.w) menjelaskan ula bahawa apabila seseorang yang Islam itu sudah mampu mengerjakannya – dari segi sudah memiliki biayaannya dan ketika tubuh badan mereka masih sihat dan kuat – maka jika mati mereka, mati dalam keadaan matinya seorang Yahudi atau Nesrani. Orang Yahudi dan Nesrani adalah kafir apabla Islam ditegakkan dan al-Quran di turunkan, mereka enggan Islam dan enggan terima al-Quran.
Apabila sudah ada kemampuan wajib kita mengerjakannya. Kemampuan bukan dari segi gerakhati atau kesediaan kerana kecurigaan berbagi, seumpama takut hendak berubah atau menjadi orang ‘baik’ setelah berhaji! Kemampuan hanyalah dalam konteks mengadakan sumber yang minimal untuk ke Mekah dan mampu apabila sampai ke sana mengerjakan tuntutan fisikal (perlakuannya), yakni sihat badan.
Hari ini kita temui ramai orang Islam yang sudah mampu, malah lebih dari mampu dari segi persediaan kewangan dan bekalan serta kesihatan tubuh badan, untuk menunaikan haji tetapi tidak menunaikannya. Dalam pada itu, kita juga mendapat tahu bahawa seseorang Islam yang, setelah mampu, tidak mengerjakan haji, jika ditakdirkan sampai ajalnya dan mati dia, maka mati dalam keadaan tidak Islam.
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man aradal hajja falyata’ajjal.' [Maksud: Barangsiapa hendak mengerjakan haji hendaklah disegerakan olehnya (mengerjakan haji).] [Hadith Abu Daud]
Hadith diatas menyebut bahawa seseorang Islam itu hendaklah menyegerakan mengerjakan ibadah hajinya, kerana ditakuti tidak sempat apabila sampai ajalnya. Ajal kita itu tidak diketahui tibanya, kerana Allah (a.w) menyebut dalam al-Quran beberapa kali bahawa apabila tiba ajal seseorang, tidak akan dilambatkan atau ditangguh dan tidak pula didahulukan walau sesaat. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) menyuruh supaya kita menyegerakan mengerjakan ibadah haji kita supaya tidak menempuhi risiko menjadi kafir kerana mati tidak naik haji setelah mampu.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment