Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita telah teliti proses ibadah umrah mengikut ketetapan as-Sunnah (i.e. sebagaimana dicontohkan perlakuannya - rukun qalbi, rukun fe'li dan rukun qauli - oleh Rasulallah (s.a.w). Kita juga telah sekali lagi memperingatkan diri kita bahawa, setiap amalan dan ibadah yg kita kerjakan hendaklah berdasarkan ilmu, dan ilmu yg haq dalam Islam itu hanyalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu bahawa beliau tinggalkan kpd kita - manusia amnya dan umat Islam khususnya - dua hazanah sebagai panduan hidup dan panduan amalan dan ibadah dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w), iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa jika kita berpandukan kpd kedua-duanya semata-mata pasti kita tidak akan sesat dalam mencari siratul mustaqim atau jalan lurus mendapatkan kerahmatan Allah (a.w), iaitu jalan mendapatkan syugra Allah (a.w) dan selamat dari neraka. Sesiapa yg mencampuradukkan ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) dalam menjalani kehidupannya sebagai seorang Islam, pasti lambat laun akan sesat atau tersesat. Yg pasti tidak sesat adalah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.
Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sebaik-baik kitab atau kitab yg terbaik yg sewajarnya menjadi panduan hidup kita adalah al-Quran. Tiada kitab lain atau karangan atau tulisan lain yg lebih baik dalam konteks menyiapkan diri untuk selamat dari neraka dan berjaya mendapat syurga. Dan, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa sebaik-baik hidayah atau petunjuk jalan ke arah menyelamatkan diri dari neraka dan berjaya mendapat syurga adalah as-Sunnah. Tiada petunjuk yg lebih baik dan lebih benar dan lebih tepat dari as-Sunnah. Maka dgn itulah Allah (a.w) memberi kita tahu sesiapa yg mentaati Rasulallah (s.a.w) pastilah dia sudah mentaati Allah (a.w) (Ayat 80, Surah an-Nisa'). Dan, kerana itu jugalah Allah (a.w) menyuruh manusia ambil pakai (i.e. kerjakan) segala sesuatu yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w), dan tinggalkan apa-apa yg ditegahnya (Ayat 7, Surah al-Haysr). Dan, Allah (a.w) suruh Rasulallah (s.a.w) memberitahu manusia, khususnya kita yg Islam, bahawa jika kita kasihkan Allah (a.w) (i.e. Allah (a.w) kasihi orang yg mengasihiNya, dan orang yg mengasihi Allah (a.w) sahaja yg inginkan syurga Allah (a.w) dan ingin selamat dari nerakaNya), maka hendaklah kita ikuti Rasulallah (s.a.w), yakni ikuti panduan atau petunjuk Rasulallah (s.a.w) maka pasti Allah (a.w) menyayangi kita dan diampunNya dosa-dosa kita (Ayat 31, Surah ali-Imran).
Kita juga diingatkan oleh Allah (a.w) pada Ayat 115, Surah an-Nisa' bahawa janganlah kita ikuti lain-lain jalan atau petunjuk dalam Islam, kerana jika kita berbuat sedemikian sudah pastilah kita akan sesat dan terjerumus ke dalam neraka dan tidak akan dapat syurga, setelah diberi petunjuk untuk mengikuti petunjuk Rasulallah (s.a.w): 'Dan barangsiapa yg menentang (atau berpaling dari mengikuti) Rasulallah (s.a.w) dari setelah jelas baginya petunjuk (i.e. as-Sunnah) dan dia mengikuti (i.e. mengambil petunjuk atau jalan selain orang yg mengikuti jalan orang yg beriman (i.e. yg ikuti as-Sunnah) ), Kami (Allah (a.w)) biarkan dia dalam kesesatan yg mereka lakukan itu dan akan Kami (Allah (a.w)) masukkan dia ke dalam neraka, ...' Mudah-mudahan kita tidak tergolong dari kalangan mereka yg dibiarkan Allah (a.w) sesat setelah diberitahu petunjuk yg wajib kita ikuti, iaitu as-Sunnah.
Saudara, dalam konteks ayat ini begitu ramai orang Islam yg keliru dgn Islam dan syariatnya, sehinggakan begitu banyaknya amalan dan perbuatan serta ibadah, serta cara-cara dan kaedah dalam beribadah dan beramal yg sama sekali tidak terdapat dalam syriat Islam yg hak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Orang awam i.e. orang biasa sudah pasti terkeliru kerana kejahilan mengenai al-Quran dan as-Sunnah, dan para ulama' sendiri keliru kerana ilmunya mengenai al-Quran dan as-Sunnah belum sempurna dan mereka taksub pula mengikuti pandnagan atau ajaran orang yg mereka anggap berilmu dan faqih tentang Islam, walhal mereka itu belum faqih dalam as-Sunnah.
Rasulallah (s.a.w) diutus sebagai orang yg menyampaikan Islam dan syraiat ugama Islam. Orang yg ditugaskan untuk mengajarkan manusia Islam dan syariatnya. Orang yg menunjukkan bagaimana mengabdikan diri kpd Allah (a.w). bagimana hendak mengerjakan sesuatu ibadah dan amalan yg menepati ketetapan atau preskripsi Allah (a.w). Allah (a.w) yg suruh dan Allah (a.w) yg menetapkan segala bentuk pengabdian kpdNya. Rasulallah (s.a.w) menunjukkan atau mencontohkan atau mendemokan segala amalan dan ibadah. Maka dgn itu manusia yg lengkap ilmunya mengenai Islam dan syariatnya adalah Rasulallah (s.a.w). Manusia yg diberi kepercayaan oleh Allah (a.w) memimpin umat Islam dalam mengabdikan diri kpdNya semasa di dunia dan yg menjami kesejahteraan akhirat adalah Rasulallah (s.a.w). janganlah kita silap tafsir! kalau kita tidak terima ajaran Rasulallah (s.a.w) pastilah kita belum Islam dan bukan Islam, kerana counterfactual ketetapan Ayat 80, Surah an-Nisa' adalah sesiapa yg tidak akur dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) pastilah dia ingkar atau menentang ketetapan Allah (a.w)! Oleh itu berwaspadalah. Kita mungkin luaran kelihatan begitu warak dan begitu istiqamah beramal dan beribadah untuk mendapat syurga, tapi kerana kita lakukan segala sesuatu yg tidak sejajar dgn as-Sunnah, kita terpesong dan tersesat dan kitalah yg rugi. Bahana kerugian kita itu diketahui ketika di akhirat, apabila kita dicampakkan ke neraka dan malaikat bertanya kpd kita: Apakah tidak kita pernah temui syariat Islam yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w), apakah kita tidak belajar, apakah kita tidak contohi beliau, apakah kita tidak usahakan supaya kita lakukan segala sesuatu dgn berpandukan kpd as-Sunnah??
Saudara, ramai orang Islam yg mempersoalkan ketetapan as-Sunnah - kerana kejahilan atau kerana ketaksuban mengikut sesuatu fahaman atau kerana silap tafsir. Silap tafsir kerana kononnya al-Hadith itu hanya dikumpul selepas Rasulallah (s.a.w) wafat 150 atau 200 tahun. Oleh kerana hadith-hadith itu tertakluk kpd ingatan (memory) manusia, maka wujud kecacatan, kata mereka yg kurang yakin dgn al-Hadith. Maka dgn itu belum dapat 100% diterima sebagaimana al-Quran diterima 100%, kata golongan tersebut. Al-Quran itu kalam Allah (a.w), pasti betul. Al-Hadith itu kata-kata Rasulallah (s.a.w) yg dibukukan atas dasar ingatan manusia, maka mungkin tak betul atau tersilap. Itulah kata-kata sesetengah orang Islam - ulama' dan bukan ulama' . Tapi, kalau mereka tak yakin dgn al-Hadith, mengapakah mereka begitu yakin dengan pandangan manusia, seperti pandangan orang yg mereka akui ulama' tersohor atau muktabar? Walhal, orang-orang yg menjadi perawi hadith adalah ulama' yg tersohor zaman khalifah, zaman tabi'in, zaman pengikut-pengikut para tabi'in sehingga hari kiamat?
Orang-orang yg tidak mahu menerima ketetapan as-Sunnah atas ulasan apapun, memang mengundang kecelakaan dalam akhirat mereka. Orang yg faham dan faqih tentang al-Quran dan as-Sunnah faham dan dgn rela tanpa perlu hujjah untuk meyakinkan mereka tentang kewajipan mengikuti as-Sunnah, sebagaimana yg ditetapkan oleh perintah Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr dan Ayat 80, Surah an-Nisa dan Ayat 115, Surah ali-Imran yg kita rujuk di atas itu.
Dalam konteks ibadah umrah dan haji, kita wajib akur dgn ketetapan dan panduan as-Sunnah dalam semua perkara, termasuklah dalam konteks niat untuk umrah dan haji. As-Sunnah telah memperincikan segala peraturan mengenai ibadah umrah dan haji. Kita hanya perlu belajar tentang ibadah haji dan umrah dgn meneliti ketetapan as-Sunnah. Sebahagian telah penulis tuliskan dalam 'Proses Umrah', dan sebahagian lagi akan dimuatkan dalam post-post yg akan datang, semoga saudara-saudara akan terpandu, dan insya Allah berjaya melaksanakan ibadah umrah dan haji yg diterima Allah (a.w) dgn pasti.
Kalau kita teliti ketetapan as-Sunnah, kita akan tahu bahawa niat umrah adalah: 'Labaika, allahumma umratan' dan niat haji adalah: 'Labaika, allahumma hajjan'. dan, kita berlari-lari anak ketika Tawaf mengilingi Ka'bah sebanyak 3 pusingan hanya untuk Tawaf Qudum (iaitu Tawaf selamat datang yg wajib kita lakukan ketika sampai ke Mekah) sahaja. Bagi Tawaf lainnya (termasuk Tawaf Sunat dan Tawaf Haji dan Umrah) tak perlu berlari-lari anak untuk 3 pusingan pertama itu. Dam kerana mengerjakan umrah dalam bulan haji adalah seekor kambing bagi setiap satu umrah. Dan, demikianlah banyak lagi ketetapan yg ditetapkan oleh as-Sunnah yg hari ini kita tolak tepi... Apa akan jadi kpd umrah dan haji kita? Pastilah tidak diterima ... wal iya zubillah. Semua orang Islam yg beriman mengharapkan agar dia mendapat haji yg mabrur (i.e kembali seumpama dilahirhan dalam keadaan fitrah, bersih dari dosa) yg melepaskan dia dari neraka dan berjaya mendapat syurga! Kalau ditolak, bukankah amat merugikan??
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment