Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan dgn memperjelaskan lagi proses atau peraturan haji supaya kita dapat kerajakan ibadah haji menepatiketentuan syariat Islam mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Lafaz Niat Haji/Umrah
Ibadah haji itu bermula dgn mandi junub sebelum ke Miqat untuk memakai ikhram dan melafazkan niat haji (atau umrah) di Miqat. Oleh kerana mandi junub mengikut ketetapan as-Sunnah itu melibatkan dua proses, iaitu, pertama berwudu' dengan menyebut kalimah 'Bismillah'; dan kedua, mandi meratakan air ke seluruh badan, maka tidaklah perlu berwudu' ketika hendak solat sunat tahyat masjid dan solat sunat ikhram dan memakai ikhram di Miqat. Niat haji adalah seperti berikut:
Di dalam kebanyakan ibadah dan amalan, niat hanyalah gerakhati tidak perlu dilafazkan atau disebutkan supaya kedengaran. Dalam ibadah haji niat hendaklah disebutkan dengan jelas semasa memakai atau setelah memakai ikhram. Lafaznya adalah:
(1) Lafaz Niat Haji – ‘Labbaika Allahumma Hajjan’ (Aku datang kepadaMu, ya Allah ya Tuhanku, untuk mengerjakan ibadah haji)
(2) Lafaz Niat Umrah – ‘Labbaika Allahumma Umratan’ (Aku datang kepadaMu, ya Allah ya Tuhanku, untuk mengerjakan ibadah umrah)
(3) Lafaz niat Haji Ifrad – ‘Labbaika, Allahuma Hajjan wa-umratan’ (Aku datang kepadaMu, ya Allah (a.w) ya Tuhanku, untuk mengerjakan ibadah haji bersekali dengan umrah) [Nota: Niat untuk Haji Qiran]
(4) Lafaz Niat Haji/Umrah untuk sipulan – ‘Labbaika, Allahumma hajjan/umratan ‘an Sifolan’ (Aku datang kepadaMu, ya Allah (a.w) ya Tuhanku mengerjakan Haji/Umrah bagi pihak Sifolan).[Sifolan: Menyebut nama orang yg kita kerjakan haji/umrah bagi pihaknya]
Sila perhatikan bahawa lafaz niat yang diberikan oleh as-Sunnah ini berlainan dari lafaz niat yang diajarkan oleh tok-tok guru (termasuk Mutawif Tabung Haji). Lafaz niat haji dan umrah yang diajarkan oleh ustaz-ustaz arus perdana itu (iaitu 'Nawaitul hajja wa-ikhramtu bihi' lillahi ta'ala') tiada sandaran nas dan dalil al-Quran ataupun as-Sunnah.
Setelah memakai ikhram dan melafazkan niat, maka kita tertakluk kpd pantang larang atau larangan berikhram. Pantang larang ini luput atau gugur setelah kita Tahlul Awal iaitu melontar Jamrah Aqabah di Mina pada 10 Zulhijjah. Yg tak luput atau yg kekal adalah larangan hubungan suami isteri termasuklah melakukan mukaddimah persetubuhan dan bersetubuh. Larangan ini hanya luput setelah selesai mengerjakan Tawaf Ifadah dan Sa'i.
Sila ambil ingatan bahawa melanggar pantang larang hubungan suami isteri, khususnya persetubuhan, ketika larangan tersebut belum luput, iaitu sebelum mengerjakan Tawaf Ifadah, dikenakan kifarah yg berat, terbatal haji, dan wajib dibuat semula haji tahu depan dengan membawa seekor unta setiap seorang yg perlu dibawa dari tanah luar tanah haram, dibawa Tawaf bersekali dan kedua-dua suami isteri hendaklah dipisahkan selepas hari haji mereka terbatal sehinggalah selesai haji yg akan diulangi tahun depannya. Oleh itu berwaspadalah, bagi jemaah haji yg muda kerana kemungkinan ketika berikhram keinginan untuk bercumbu-cumbuan dan bersenggama dgn isteri/suami timbul dan bersemarak!
Selepas berikhram, kembali ke kediaman (i.e. hotel) untuk menunggu 8 Zulhijjah bertolak ke Arafah untuk Wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment