Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat secara ringkas satu daripada tiga ibadah selepas Ramadhan, iaitu ibadah umrah. Dalam post ini kita lihat pula secara ringkas ibadah haji. Haji adalah ibadah yang diutamakan bagi setiap orang iman, bukannya umrah. Namun sesiapa yg mengerjakan haji sudah pasti dia juga mengerjakan umrah. Umrah adalah gandingan haji. Haji itu wajib tetapi umrah itu adalah sunat, dan menjadi wajib apakala mengerjakan haji.
Kita ringkaskan proses atau cara-cara mengerjakan haji itu seperti berikut. Bagi saudara yg inginkan proses yg lengkap bolehlah sampaikan komen dalam blog ini dgn alamat e-mel sekali dapatkah senaskhah kertaskerja lengkap mengenainya dari penulis, insya Allah akan disampaikan:
1. Sebelum ke Miqat mandi junub [Nota: Mandi junub perlu dimulakan dgn menyebut 'Bismillah' dan merangkumi dua proses iaitu berwudu' dan mandi] dan memakai ikhram di Miqat dan memasang niat untuk haji (niatnya: Labbaika, Allahumma hajjan), kemudian solat sunat dua rakaat [Nota: Setelah berikhram berkuatkuasalah pantang larang berikhram, termasuklah segala sesuatu mengenai hubungan suami isteri yg diharamkan ketika berikhram]
2. Bertolak ke Masjidil Haram untuk mengerjakan Tawaf Qudum (Tawaf Selamat Datang) dan berSa'i atau bertolak ke Arafah jika sudah pada 8 Zulhijjah [Nota: Hendaklah bersolat sunat dua rakaat di belakang Makam Ibrahim, setelah selesai Tawaf];
3. Bertolak ke Arafah untuk Wukuf di Arafah - memperbanyakkan zikir, wirid, membaca al-Quran dan lebih utama berdoa;
4. Mabit di Muzdalifah dan mengutip batu-batu kecil untuk melontar Jamrah;
5. Bertolak ke Mina untuk melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah (Tahlul Awal) [Nota: Maka gugurlah kesemua pantang larang berikhram kecuali pantang larang mengharamkan hubungan suami siteri, terutama bersetubuh] dan bermukim di Mina dan menyembelih kurban;
6. Pada 11 dan 12 Zulhijjah melontar ketiga-tiga jamrah - Ula, Wusta dan Aqabah - setiap satu jamrah dgn 7 batu, dan keluar dari Mina sebelum masuk waktu 'Asar (Nafar Awal); jika tak sempat keluar sebelum masuk waktu 'Asar, tinggal sehari lagi (i.e. 13 Zulhijjah) untuk melontar ketiga-tiga jamrah hari ketiganya (Nafar Thani).
7. Kembali ke Mekah untuk mengerjakan Tawaf Ifadah (i.e. Tawaf Haji) kalau belum Tawaf sebelum bertolak ke Arafah dulu. [Nota: Hendaklah bersolat dua rakaat solat sunat di belakang Makam Ibrahim setelah selesai Tawaf] [Nota: Setelah selesai Tawaf Ifadah dan Sa'i maka dihalalkan semula hubungan suami isteri, termasuk bersetubuh].
Nota: Harus diingat bahawa semasa Tawaf Qudum (Tawaf Selamat Datang) itu hendaklah berlari-lari anak pada pusingan 1 hingga 3 dari Rukun Hajar Aswad sampai ke Rukun Yamani, dan berjalan seperti biasa antara Rukun Yamani ke Rukun Hajar Aswad. Dan, bagi pusingan ke-4 hingga ke-7, berjalan seperti biasa tanpa berlari anak. Ketika mengerjakan Tawaf Ifadah (Tawaf Haji) dan Tawaf Wada' (Tawaf Selamat Tinggal), pusing mengelilingi Ka'bah tanpa berlari-lari anak.
Saudara, Tabung Haji memberikan saudara perincian apa yg perlu dibaca ketika Tawaf dan ketika berSa'i. Sebenarnya, mengikut ketetapan syariat Islam, yakni ketetapan as-Sunnah, bacaan doa dan tasbih yg disyaratkan untuk Haji, Tawaf dan Sa'i itu mudah sahaja dan tidaklah begitu membebankan sebagaimana yg diberitahu oleh pihak-pihak berwajib tersebut. Islam itu mudah. Ibadah dan amalan dalam syariat Islam itu, termasuk ibadah haji dan umrah itu, mudah dan tidak menyulitkan. hanya manusia yg menjadikannya sulit.
Insya Allah, kalau saudara nak tahu detail mengenai pekerjaan haji/umrah itu, bolehlah berhubug gn penulis untuk diberitahu, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment