Assalamualaikum,
Saudara, orang Islam di merata ceruk dunia itu akan berusaha untuk ke Madinah dan ke Mekah atau ke Mekah kemudian baru ke Madinah kerana ibadah umrah dan haji. Mekah dan Madinah adalah mercu tanda Islam yg utama selain Masjidil Aqsa. Malah Allah (a.w) menyuruh umatnya jika mereka hendak berjalan-jalan makan angin, hedisuruh mereka supaya menziarahi tiga tempat - Masjidil Haram di Mekah, Masjidil Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin.
Menziarahi Kubur (Makam) Nabi (s.a.w)
Setiap orang Islam yang berkesempatan menziarahi Madinah, seperti ketika menunaikan haji atau umrah, digalakkan melawat makam Rasulallah (s.a.w) di dalam Masjid an-Nabawi. Kita tidak pula diberitahu mengapa kita digesa melakukannya.
Kita lihat dua potongan hadith di bawah ini yang memberikan kita nas dan dalil as-Sunnah mengapa kita perlu lakukan sedemikian itu. Rasulallah (s.a.w) sendiri, sebelum beliau wafat, telah memerintahkan umatnya supaya ziarahi kuburnya. Sesiapa yang menziarahi makam Nabi (s.a.w), dia seumpama menziarahi Nabi (s.a.w) ketika hidupnya.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man hajja fazara qabri ba’da wafati kana Kaman zarani fi hayati’ [Maksud: Barangsiapa (atau sesiapa) mengerjakan haji (dan umrah) maka menziarahi kuburku sesudah wafatku ada (baginya) seperti menziarahiku ketika hidupku.] [Hadith riwayat at-Tobrani, al-Baihaqi, Abu Sheikh, ibnu Adi dalam kitab Kanzil Umal]
Hadith berikut pula memberikan satu lagi kemanfaatan menziarahi makam Nabi (s.a.w) itu. Rasulallah (s.a.w) akan menolong (i.e. memberi syafaat di akhirat kelak) atau Nabi (s.a.w) menyaksikan bahawa orang yang menziarah kuburnya itu adalah tergolonga dari kalangan umatnya (yakni, umat Muhammad). Rasulallah (s.a.w) dalam hadith tersebut memberitahu bahawa seseorang yang datang ke Mekah atau Madinah untuk menunaikan fardu haji dan/ umrah jika ditakdirkan sampai ajalnya di tanah haram Madinah atau Mekah, maka dia diselamatkan dari neraka.
Diriwayatkan hadith dari Omar (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man zara qabri kuntu lahu syafi’an au syahidan, wa-man mata fi ihdal-haramaini ba’athahullahu’ [Maksud: Barangsiapa (atau sesiapa) menziarahi kuburku ada aku baginya menolong atau menyaksikan, dan barangsiapa atau sesiapa yang mati dalam salah satu dua kemuliaan (yakni, mati di tanah haram di Mekah dan di Madinah) mengutus Allah (a.w) dan diamankan Allah (a.w) pada hari qiamat] [Hadith al-Baihaqi dalam kitab Kanzil Umal]
Demikianlah besarnya kefadhalan menziarahi makam Nabi (s.a.w) dan balasan orang yang menunaikan haji atau umrah dan meninggal di tanah haram Madinah dan Mekah. Jika ditakdirkan, ketika hendak mengerjakan haji meninggal ketika berada di kedua-dua tanah haram itu, diberi Allah (a.w) ganjaran syurga.
Selain manfaat yg begitu besar menziarahi makam Rasulallah (s.a.w) itu kita diberitahu juga melalui sepotong hadith lain bahawa ketika berada di Masjid Nabi (i.e. Nabawi) hendaklah kita usahakan bersolat kelima-lima solat fardu itu secara berjeme'ah tanpa putus-putus sebanyak 40 solat (i.e. 5 solat x 8 hari = 40 solat), maka kita terpelihara dari sifat-sifat kemunafiqan dan terselamat dari api neraka. Oleh itu bagi mereka yg berada di Madinah usahakanlah untuk mendapat kesemua kefadhalan tersebut demi akhirat kita.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment