Assalamualaikum,
saudara, hari ini terdapat pula satu lagi berita menarik di muka 12 akhbar Berita Harian (terbitan 12 Sep. 2010) tentang 'Solat Jum'at tak cukup jema'ah', yg berlaku di masjid Ismailiah di kampung Tebing Rebak Perak. Imamnya kata terpaksa bertaklid kpd mazhab Maliki untuk mendirikan solat Jum'at kerana tak cukup korum 40 orang jema'ah sebagaimana yg menjadi kelaziman di Malaysia ini, ketetapan Majlis Ugama/jabatan Ugama Islam negeri untuk mendirikan solat Jum'at.
TS Harussani Zakaria, Mufti Perak, memutuskan bahawa jema'ah kampung tersebut tidak boleh dirikan solat Jum'at kerana tak cukup korum 40 orang. Dilapurkan oleh Berita Harian keputusan TS Harussani '... tindakan mereka (jema'ah tersebut) mendirikan Solat Jum'at berpandukan Mazhab Imam Maliki salah di sisi peraturan.' Imam kampung terbabit, Mohd Khaled b Mat Ali (63 tahun), memberitahu setiap Jum'at seringkali hanya 12 orang jema'ah sahaja yg hadir untuk solat, maka dgn itu, katanya, mereka tidak boleh dirikan Solat Jum'at mengikut ketetapan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), yg hanya menerima fahaman Mazhab as-Syafie. Maka jema'ah terpaksa bertaklid, mengikuti fahaman Mazhab Maliki, bagi membolehkan mereka bersolat Jum'at. Kononnya, mengikut fahaman Mazhab Maliki Solat Jum'at dibolehkan tanpa perlu kurom 40 orang, dan memadai dgn bilangan jema'ah seramai 12 orang. Suatu pandangan yg menark. Pastinya, ada banyak lagi kampung terpencil yg jumlah jema'ahnya yg hadir untuk Solat Jum'at kurang dariada 40 orang, maka dgn itu mereka hanya boleh bersolat Zohor sahaja selagi kurom tak cukup 40 orang.
Sekali lagi kita berdepan dgn isu kemazhaban. Di Malaysia - malah semua negeri, kecuali Perlis, menetapkan dalam perundangan Islam masing-masing bahawa orang Islam dalam negeri masing-masing perlu akur dgn ajaran dan ketetapan Mazhab as-Syafie. Segala urusan ugama hendaklah diputuskan bersandarkan kefahaman Mazhab as-Syafie. Orang Melayu tidak dibolehkan mengikuti fahaman lain-lain mazhab. Setiap qariah Islam yg ingin dirikan Solat Jum'at hendaklah terlebih dahulu mendapat 'tauliah' dari jabatan ugama. Dan, syarat mengadakan Solat Jum'at adalah hadir jema'ah di kariah tersebut sekurang-kurangnya 40 orang jema'ah.
Dalam blog ini penulis kerapkali maklumkan bahawa dalam Islam tiada mazhab. Yg ada adalah ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Undang-undang agung Islam atau Perlembagaan Islam - kalau kita nak ambil analogy dgn perundangan kriminal atau sivil di Malaysia - adalah al-Quran dan as-Sunnah sebagaimana Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang induk di Malaysia dalam undang-undang kriminal dan sivil dan perlembagaan dan apa jua dimensi perundangan di Malaysia. Tidak ada undang-undang yg diistiharkan leh Parlimen atau DUN boleh mengatasi ketetapan Perlembagaan. Malangnya, di Malaysia, dalam konteks Islam, undang-undang yg dimaktubkan oleh DUN (atau negeri) dan Parlimen, mengatasi undang-undang yg ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Sepatutnya, al-Quran dan as-Sunnah adalah undang-undang atau perundangan rujukan dalam konteks Islam. Mana-mana peruntukan undang-undang yg dimaktubkan oleh Parlimen atau DUN, yg bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, sepatutunya gugur. Maksudnya: ketetapan al-Quran dan as-Sunnah adalah supreme laws yg membatasi pemakaian undang-undang Parlimen atau DUN. Kalau bercanggah, undang-undang Parlimen dan DUN sepatutnya gugur, dan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah wajib kekal supreme dan tegak! Tapi, tidak begitu. Undang-undang DUN atau Parlimen tetap superior berbanding dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah! Justeru itu, apakah kita mengamalkan Islam yg haq sebagaimana yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dan disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w)? Pasti tidak. Kita seemingly i.e. nampak sebuah negara Islam, tapi undang-undang kita bukanlah undang-undang yg berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Maka dgn itu, kita belum laksanakan undang-undang Islam yg haq!
Maka, jika begitu, tak hairanlah seorang ulama' tersohor sebagaimana TS Harussani membuat ketetapan bahawa Solat Jum'at hanya dibolehkan dgn korum jema'ah 40 orang atau lebih. Kalau kurang buat sajalah Solat Zohor (berjema'ah), walaupun Islam mewajibkan Solat Jum'at kpd umat Islam. Dgn merujuk pd Ayat 59, Surah an-Nisa' jelas ketetapan 'ulil amri' kini mengatasi ketetapan as-Sunnah dan ketetapan al-Quran. Siapakah yg menanggung dosa kerana mengketepikan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya? Biarlah para ulama' seumpama TS Harussani yg jelaskan kpd kita.
Apa ketetapan as-Sunnah tentang Solat Jum'at? Kita rujuk beberapa potongan hadith, antara yg utama adalah hadith berikut:
Perintah Allah (a.w) mewajibkan umat Islam mengerjakan solat Jum’at itu disampaikan kepada Rasulallah (s.a.w) melalui wahyu. Rasulallah (s.a.w) membuat pengumuman mengenai syariat Solat Jum’at itu melalui hadith qudsi berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Jabir bin Abdullah (r.a) berkata: ‘Telah berkhutbah Rasulallah (s.a.w) pada suatu hari, dengan sabdanya: ‘Wahai sekelian manusia! Bertaubatlah kamu kepada Allah (a.w) sebelum sesungguhnya dimatikan kamu. Dan cepatlah kamu sekelian beramal soleh sebelum sebok kamu. Dekatkanlah antara kamu sekelian dan antara Tuhan kamu. Perbanyakkanlah ingatkan (yakni, bersolat sunat, berzikir dan sebagainya) oleh sekelian kamu kepadaNya. Dan perbanyakkanlah oleh sekelian kamu akan sedekah di dalam senyap-senyap (yakni, tanpa diketahui orang) dan secara terang-terang (yakni, diketahui oleh orang sekalipun tetapi tanpa perasaan riak diri), memberi rezki pada kamu (oleh Allah (a.w)) dan semoga ditolongNya kamu dan ditampalnya (kekurangan amalan dan pahala kamu kerana sedekah itu). Ketahuilah sesungguhnya Allah (a.w) telah memfardukan atas kamu sekelian solat Jum’at di dalam tempat ini, di dalam hari ini, di dalam bulan ini, dari tahun ini sehinggalah ke hari Qiamat.
Maka barangsiapa meninggalkannya di dalam hidupnya atau sesudah tiada aku (yakni, setelah wafat aku), dan baginya (kamu diperintahkan oleh) imam yang ‘adil ataupun menyeleweng (yakni, yang tidak adil atau zalim mereka)(terus mengerjakannya), (sesiapa yang) meremehkannya (yakni, mengambil ringan atas solat Jum’at itu), atau menentangnya (yakni, tidak mengerjakannya), maka tidak akan dikumpulkan oleh Allah (a.w) bagi mereka pada hari huruhara (yakni, hari Akhirat), dan tidak diberkati (oleh Allah (a.w)) dalam perkara-perkara ugamanya. Ingatlah, (mereka yang sedemikian itu, yakni, yang tidak mengerjakannya atau meremehkannya atau menentang syariat solat Jum’at itu) tidak diterima (oleh Allah (a.w)) solatnya, tidak zakatnya, tidak hajinya, dan tidak puasanya, dan tidak amalan baiknya sehingga dia bertobat. Maka barangsiapa bertobat dia, Allah (a.w) zat yang Maha Penerima Tobat atas kamu sekelian. Ketahuilah, tidak boleh seorang perempuan mengimamkan lelaki. Dan tidak boleh mengimamkan orang Arab (yang tidak beriman) orang-orang yang berhijrah (yakni, muhajir). Dan tidak boleh mengimamkan orang yang derhaka (yakni, orang yang banyak dosanya) akan orang yang beriman, kecuali dipaksa dengan menggunakan kekerasan (yakni, kekuasaan kerajaan, kerana khuatirkan pedangnya dan cemetinya)’[Hadith Ibnu Majjah]
Hadith di atas ini merupakan khutbah pertama bilamana syariat solat Jum’at itu difardukan oleh Allah (a.w). Perintah Allah (a.w) tersebut disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada para sahabat dan jema’ah Islam zaman itu (dan zaman kini sebagai lanjutan syariat solat Jum’at). Ketetapan yang disebutkan di dalam hadith tersebut melibatkan beberapa perkara. Dan, dalam ketetapan Rasulallah (s.a.w) tersebut, disebutkan beberapa ancaman besar terhadap umat Islam yang tidak mengerjakan atau meremehkan atau mengambil ringan solat Jum’at ini dari menjadi ibadah wajib mingguan mereka. Antara yang wajib kita ingatkan adalah sekiranya kita abaikan dan ringankan solat Jum’at itu, kesemua amalan kita (fardu dan sunat) tidak diterima Allah (a.w), wal iyazubillah.
Cuba kita teliti satu persatu ketetapan dalam khutbah ini. Oleh kerana Rasulallah (s.a.w) hanya bercakap dengan panduan wahyu, maka ketetapan tersebut adalah ketetapan Allah (a.w).
§ Pertama, Solat Jum’at itu telah difardukan oleh Allah (a.w) sehinggalah terjadinya Qiamat (yakni, wajib dikerjakan, tetapi hanya kepada lelaki sahaja);
§ Kedua, barangsiapa yang tidak mengerjakan Solat Juma’atnya, atau yang mengambil ringan solat Jum’at itu, tidak dikumpulkan Allah (a.w) pada hari qiamat, yakni di padang makhsyar (yakni, terus dicampakkan ke dalam neraka);
§ Ketiga. barangsiapa yang tidak mengerjakannya atau meremehkan atau mengambil ringan Solat Jumat itu, tidak diberkati Allah (a.w) hidupnya dan tidak diterima Allah (a.w) kesemua amalannya, yang fardu mahupun yang sunat;
§ Keempat, mereka yang tidak mengerjakan Solat Juma’at itu tidak ditolong Allah (a.w) di hari Qiamat kelak (yakni, masuk neraka);
§ Kelima, di dalam perkara solat, orang perempuan tidak boleh megimamkan orang lelaki (yakni, menjadi imam dalam solat berjemaah); dan
§ Keenam, orang yang derhaka (pasiq), yakni engkarkan perintah Allah (a.w) tidak boleh mengimamkan atau menjadi imam kepada orang yang taat dan beriman, kecuali dipaksakan berimam dengannya.
Di dalam hadith tersebut, Rasulallah (s.a.w) juga menasihatkan serta mengingatkan umat Islam beberapa perkara, iaitu:
§ Pertama, bertaubatlah sebelum mati dan Allah (a.w) itu Maha Penerima Taubat;
§ Kedua, bersegeralah membuat amal ibadat ketika senang sebelum datang kesebokan dunia;
§ Ketiga, beramallah untuk mendekati diri kepada Allah (a.w) dengan melakukan pelbagai amalan seumpama berzikir, berwirid, bersolat sunat, berpuasa sunat, emmbaca al-Quran, belajar syariat Islam, dan sebagainya;
§ Keempat, banyakkanlah sedekah (yakni, menginfaqkan sebahagian rezki yang dikurniakan oleh Allah (a.w) sama ada secara senyap atau diam-diam ataupun secara terbuka (asalkan tidak dengan niat menunjuk-nunjuk atau riak);
§ Kelima, sedekah menampalkan atau menutup atau mengkifarahkan dosa-dosa yang dilakukan semasa hidup; dan
§ Keenam, perbanyakkanlah berzikir mengingati Allah (a.w). sebagai tanda dan bukti bersyukur kepadaNya
Di dalam al-Quran kita dapati ada satu surah yang khusus dinamakan Surah al-Jumuah (Jum’at) dalam mana diceritakan turunnya ayat mencela umat Islam yang meninggalkan Rasulallah (s.a.w) yang sedang membaca khutbah Jum’at kerana mereka ingin melihat barangan dagangan yang dibawa kabilah dagang yang sampai ke kawasan masjid ketika itu, khususnya ayat berikut:
Firman Allah (a.w): 'Ya aiyuhallazi na amanu iza nudiati solati min jum’ati fas’au illa zikrillahi wa zarul ba’i; zalikum khairul lakum in kuntum ta’lamuna @ Faiza qudiatis solatu fantasyiru fil ardhi wabtaghu min fadlilahi wazkurullaha kathiral la’allakum tuflihuna @ Waiza ra atu tijaratan au lahyanin faddu ilaiha wa tarakuka qaima; qul ma ‘indallahi khairum minal lahwi wa minat tijarati; wallahi khairur raziqina @.' [Maksud: Wahai orang-orang yang beriman! Ketika dipanggil (yakni, diazankan) solat Jum’at maka hendaklah bersegera kamu mengingatkan Allah (a.w) (yakni, pergi ke masjid untuk bersolat) dan tinggalkanlah jualbeli (atau dagangan, yakni urusan dunia). Demikian itu (kelakuan atau perbuatan) lebih baik bagi kamu jika kamu adalah orang yang mengetahui (keutamaan solat Jum’at itu). Maka ketika selesai solat maka bertaburanlah kamu di bumi Allah (a.w) mencari kurniaan Allah (a.w) (yakni, mencari rezki), dan hendaklah kamu bersyukur sebanyak-banyaknya (tentang kurniaan Allah (a.w), terutama rezki yang diberikan kepada kamu), mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan (dunia dan akhirat). Dan ketika melihat kamu akan dagangan (yang banyak dipaparkan kepada kamu) atau keseronokan dunia maka kamu bergegas mendapatkannya sambil kamu bangun dan berdiri (meninggalkan masjid sedangkan Rasulallah (s.a.w) sedang berkhutbah); katakanlah olehmu wahai Muhammad (s.a.w) apa-apa yang ada di sisi Allah (a.w) itu lebih baik daripada kelalaian (yakni, keseronokan dunia dari mengingatkan Allah (a.w)) dan jualbeli (atau dagangan); dan bahawasa sesungguhnya Allah (a.w) itu adalah zat dan Maha Baik memberi rezki kepada kamu.] [Ayat 9 hingga 11, Surah al-Jumu’at]
Manusia itu sering mengutamakan dunianya berbanding akhiratnya. Dalam kes yang disebutkan oleh Allah (a.w) di dalam surah tersebut, jemaah yang sedang mendegar Rasulallah (s.a.w) berkhutbah, apakala mendengar riuh rendah kabilah dagangan sampai ke masjid membawa dagangan yang banyak, para jemaah, kecuali 12 orang, meninggalkan beliau di atas mimbar kerana ingin melihat apakah dagangan yang dibawa oleh kabilah dagangan tersebut. Maka turun ayat ini mencemoh perbuatan umat Islam (yakni, jemaah) yang berbuat sedemikian serta memperingatkan mereka yang tidak berbuat sedemikian.
[Nota: Hadith qudsi adalah hadith yang merujuk kepada firman Allah (a.w) yang disampaikan melalui lisan atau sabda Rasulallah (s.a.w). Ibnu Majah menyatakan bahawa isnad hadith ini dhaif, kerana salah seorang daripada perawi dalam urutan perawi tersebut tidak begitu terkemuka. Tetapi yang utama adalah panduannya. Jikalah hadith ini sebenarnya sahih, maka kita abaikan ketetapannya kitalah yang rugi. Sebagai panduan hidup amat wajar diteliti, hanya sebagai hukum kita tidak boleh sandarkan atas hadith ini. Namun ketetapan dalam hadith tersebut di sahkan oleh hadith-hadith lain, seperti Solat Jumat itu fardu, perempuan tidak boleh mengimamilelaki, bertaubatlah sebelum tiba waktu taubat tidak diterima, perbanyakkan alan dan ibadah semasa senang, seringlah berzikir mengingatkan Allah (a.w), bersedah dan menginfaqkan harta, dan sedekah dan infaq itu mengikis dosa-dosa. Maka dgn itu, hadith ini pada hakikatnya adalah sahih.]
Hanya orang Islam sahaja yang dikumpulkan di padang makhsyar untuk menerima Kitab atau Buku Catitan Amalannya untuk dihisab. Orang kafir terus dimasukkan ke dalam neraka tanpa dihisab. Maksudnya, jika tidak mengerjakan solat Juma’at jatuh kafir. Yang Islam, walaupun masuk neraka kerana dosa-dosanya, pasti akan mendapat syurga juga akhirnya, setelah dibasuh dosa-dosanya semasa dalam neraka. Orang kafir sama sekali tidak mencium bau syurga.
Tidak lama dahlu dilaporkan dalam akhbar bahawa seorang bekas pensyarah perempuan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), bukan warganegara Malaysia, Fatimah Wadud, telah mengimankan suatu solat di sebuah masjid di Amerika Syarikat. Terdapat lelaki menjadi sebahagian makmumnya. Jelaslah perbuatan tersebut telah melanggar ketetapan as-Sunnah, yakni ketetapan Allah (a.w). Dan, kaum lelaki yg bermakmum dgnnya jelas adalah orang yg jahil tentang Islam dan syariatnya!
Di dalam sepotong hadith lain, Rasulallah (s.a.w) membuat ketetapan bahawa solat fardu itu wajib dijemaahkan. Dan, tidak salah yang menjadi imam solat tersebut orang yang jahat, atau orang yang sering melakukan dosa-dosa besar sekalipun, dibolehkan bermakmum kepadanya
Setakat ini, ketetapan al-Quran dan as-Sunnah menunjukkan bahawa tiada jumlah jema'ah minima untuk Solat Jum'at itu. Insya Allah, kita akan teliti lagi beberapa ketetaopan as-sunnah kemudian nanti, apakah ada ketetapan mengenai bilangan minima jema'ah untuk mendirikan Solat Jum'at itu.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment