Assalamualaikum,
Saudara, setelah berlalu Ramadhan dan kemudian Syawal, maka tiadalah lagi waktu yg amat menguntungkan bagi bagi orang iman dan bertakwa untuk melipatgandakan ganjaran pahala beramal dan beribadah. Namun, akan muncul pula bulan Zulhijjah - bulan yg membawakan pula beberapa kurniaan Allah (a.w) yg amat tinggi ganjaran pahalanya pula, iaitu amalan Haji dan amalan Qurban.
Bagi mereka yg mempelajari Islam dan syariatnya melalui dua sumber yg haq iaitu al-Quran dan as-Sunnah, mereka akan tahu dan mereka akan terpandu bagaimana mungkin memanfaatkan kurniaan Allah (a.w) dalam melaksanakan kewajipan kita sebagai hamba Allah (a.w) (i.e. mengabdikan diri kpd Allah (a.w) sebaik mungkin) dan bagaimana boleh mencapai tahap umat Muhammad yg menepati ketentuan as-sunnah yg terbaik (i.e. orang yg mencontohi beliau dalam segala perkara). Ingatlah orang Islam yg memenuhi ketentuan as-Sunnah sahaja yg mendapat ganjaran pahala dari segala amalan dan ibadahnya!
Bulan Haji itu adalah bermula pada 1 Syawal dan berakhir pada 10 Zulhijjah. Justeru itu, sesiapa yg mengerjakan umrah dalam tempoh tersebut diwajibkan membayar dam seekor kambing bagi setiap satu umrah yg dikerjakan olehnya! Justeru itu, janganlah saudara pergi mengerjakan umrah dalam program ziarah antara 1 Syawal hingga 10 Zulhijjah tanpa membayar dam seekor kambing bagi setiap umrah yg saudara kerjakan! Ramai para ilmuwan dan ulama' tidak tahu ketetapan ini, sehinggakan Tabung Haji menasihatkan jema'ahnya supaya membayar dam sekor kambing sahaja walaupun mereka mengerjakan umrah beberapa kali. Ada yg membuat umrah 17 kali suatu musim haji dan membayar dam hanya seekor kambing, walhal mereka sepatutnya membayar dam 17 ekor kambing! Semua ini berlaku kerana kejahilan ilmu!
Ketetapan mengenai dam ini terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah. Justeru itu, jikalah kita tidak mematuhinya maka bererti kita berhutang dgn Allah (a.w) sebanyak dam yg sewajarnya kita bayar.
Ada dua ibadah utama dalam bulan Zulhijjah: iaitu, pertama, menunaikan haji; dan kedua, menyembelih kurban atau qurban. Di dalam as-Sunnah diperjelaskan secara terperinci tentang kaedah atau cara mengerjakan haji dan umrah, syararat-syaratnya, rukun dan seumpamanya iaitu peraturan (manasik) haji dan umrah. As-Sunnah memberitahu niat untuk haji dan umrah, perlakuan (rukun fe'li) ketika haji dan umrah, rukun qauli (i.e. bacaan) ketika haji dan umrah, rukun qalbinya (i.e. lafaz niat dan doa) serta perincian prosesnya. kalau kita teliti as-Sunnah, kita akan dapati begitu banyaknya kelainan dalam rukun fe'li, qauli dan qalbi yg kita diajarkan oleh para ulama' dan ilmuwan termasuk ara mutawif Tabung haji. Kelainan yg tidak ada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah! Akibatnya? Sesuatu amalan yg tidak menepati ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, maka amalan atau ibadah tersbrut ditolak! Begitu ramai umat Islam yg mengerjakan amalan dalam kejahilan yg mengerjakannya sia-sia sahaja kerana tidak menepati ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya.
Dalam hal atau urusan menyembelih qurban juga, ramai orang Islam yg dibatasi oleh ketetapan para ulama' dan imuwan Islam dan ramai yg mengerjakannya dalam kejahilan, maka menanggung kerugian atau melakukan sesuatu yg sia-sia sahaja, kerana kejahilan tersebut. Islam, melalui ketetapan as-Sunnah, menetapkan pra-syarat bagi ternakan yg ingin dijadikan haiwan untuk kurban, cara dan kaedah menyembelihnya, serta agihan daging haiwan kurban dan sebagainya.
Insya Allah, dalam post yg akan datang penulis akan beritahu ketetapan as-Sunnah dalam konteks ibadah haji dan umrah dan dalam perkara sembelihan kurban.
Buat masa ini memadailah saudara diberitahu beberapa keistemewaan beberapa ibadah yg diberi ganjaran pahala terbanyak oleh Allah (a.w). Pertama, orang yg mengerjakan haji tanpa menggunakan kenderaan, yakni mengerjakan haji dengan berjalan kaki, dari Mekah (Masjidil Haram) ke Arafah, ke Muzdalifah, ke Mina dan kemudian balik semula ke Mekah, diberi pahala seumpama mengerjakan haji dengan menaiki kenderaan sebanyak 70 kali haji dgn berkenderaan. Maka dgn itulah Islam menggalakkan umatnya supaya menyegerakan mengerjakan ibadah haji supaya ketika kuat mampu mengerjakan haji dengan sempurna, dan mampu mengerjakan ibadah haji dengan berjalan kaki tanpa kenderaan! Berapa ramai orang Islam yg kaya yg dapat mengerjakan 70 kali haji? Kalau dia berumur 90 tahun atau lebbih mungkin, kerana dia boleh mengerjakan haji setiap tahun selepas balighnya - selama 70 tahun! Takda dan tak mungkin!
Maka dgn itu jika kita masih muda berumur di bawah 40 tahun, kita akan mampu mengerjakan haji dgn berjalan kaki.
Kemudian, ketika dalam urusan mengerjakan haji itu, kita boleh mengerjakan Tawaf sunat sebvanyak 50 kali, maka kita mnendapat ganjaran ahala seumpama mengerjakan haji bersama-sama Rasulallah (s.a.w). Menunaikan haji bersama-sama Rasulallah (s.a.w) mendatangkan ganjaran pahala terbaik dan keberkartan Allah (a.w). Ini juga memerlukan tenaga yg kental yg boleh dilakukan olerh seorang yg physically fit sehat dan kuat dan dengan penuh semangat serta komitmen!
Dalam as-Sunnah disebutkan bahawa seseorang yg Islam yg tidak menyembelih kurban tidak tergolongan sebagai umat Rasulallah (s.a.w). Ketentuan ini tidak dapat dilaksanakan sekiranya formula kurban ulama' dan ilmuwan arus pedana sekarang ini digunapakai. Sebenarnya, dalam Islam tiada ketetapan bahawa perkongsian untuk ternakan kurban itu hendaklah: 10 orang bagi seekor unta atau 7 orang bagi seekor lembu atau kerbau dan seorang bagi seekor kambing. Ini berlaku kerana silap takrif ara ulama'. Kalau begitu takrifnya, maka orang yg miskin tidak lah berjaya menjadi umat Muhammad kerana tidak dapat menunaikan kurban! Islam itu ugama yg amat adil dan prihatin.
Yg sebetulnya, setiap seorang boleh berkongsi memberi lembu atau kambing utnuk berkurban. Tidak ada ketetapan as-Sunnah atau al-Quran tentang jumlah bilangan orang yg boleh berkongsi untuk ternakan kurban itu.
Insya Allah, kita akan teliti nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah mengenai perkara ini dalam post yg kan datang. Buat sementara waktu, memadailah penulis berikan ketetapan Islam yg berguna sebagai panduan kita dalam mengerjakan ibadah-ibadah yg disebutkan itu - Haji, Umrah dan Kurban.
Mudah-mudahan tulisan ini berguna sebagai panduan kpd saudara yg membaca dan yg mengikuti blog ini, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment