Assalamualaikum,
Saudara, mungkin ada antara kita yg beranggapan bahawa menyediakan wang untuk haji itu priority rendah. Ada yg memikirkan belaja itu belanja hangus pula, maka dilambatkan selambat yg boleh. Orang yg berpandangan sedemikian melambangkan kecetekan iman serta bersifat kikir terhadap Allah (a.w). Wal iya zubillah.
Tahukah saudara bahawa apabila kita membelanjakan wang ringgit untu mengerjakan haji, kita bukan sahaja melabur untuk mendapat dividen akhirat, tetapi kita sebenarnya mendapat kekayaan yg pasti kerana segala perbelanjaan kerana menunaikan haji - wang tambang pergi balik (atau wang biayaan pakej haji), wang yg kita belanjakan ketika di Madinah atau Mekah dan wang yg kita siapkan bagi menampung hidup keluarga tanggungan kita yg tinggal di Malaysia, kesemuanya diganti (yakni dimbuh kembali oleh Allah) - malah digandakan oleh Allah (a.w). Bukan sedikit gandaannya. Setiap RM 1 dibelanjakan kerana ibadah haji itu digandakan menjadi RM 1,000.0 k (i.e. sejuta) pula. Bukankah banyak gandaan oleh Allah (a.w) itu.
Inilah yg disebutkan dalam hadith berikut:
Kemurahan Allah (a.w) dapat dihayati dengan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut. Allah (a.w) akan mengganti segala perbelanjaan menunaikan haji (atau umrah) itu setiap RM yang dibelanjakan kerana mengerjakan haji diganti oleh Allah (a.w) RM 1,000.0k (i.e. sejuta RM). Tidaklah kita tahu Allah (a.w) menggantikan bila dan dalam bentuk apa. Namun yg pasti diganti sebanyak itu.
Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Nabi (s.a.w): ‘Adapun orang yang haji dan orang yang umrah adalah tetamu Allah (a.w), memberi Allah (a.w) apa-apa yang diminta mereka dan mengkabulkan Allah (a.w) bagi mereka apa-apa yang di doakan dan diganti (atau ditukar) Allah (a.w) atas mereka apa-apa yang dibelanjakan (kerana haji atau umrah itu) setiap satu dirham dengan satu juta (i.e. alfu alfi) dirham.’ [Hadith al-Baihaqi dalam Kanzil Umal]
Maka dengan itulah dikatakan bahawa orang yang mengerjakan haji atau umrah itu tidak harus curiga bahawa dia akan melarat jatuh miskin kerana banyaknya perbelanjaan yang terlibat. Segala perbelanjaan mengerjakan haji, termasuk yang dibelanjakan kerana saran hidup ketika mengerjakannya dan perbelanjaan yang ditinggalkan pada keluarga yang ditinggalkan akan diganti oleh Allah (a.w) dengan gandaan sejuta bagi setiap ringgit.
Dua hadith memberikan dalil as-Sunnah mengenai gandaan oleh Allah (a.w) wang ringgit yang dibelanjakan kerana menunaikan haj (atau umrah) itu. hadith di atas diriwayatkan oleh Anas b Malik (r.a) dan riwayatkan Ali b Abi Thalib (r.a) di bawah.
Diriwayatkan hadth dari Ali (b. Abi Thalib) (r.a) berkata: ‘Wukuf Rasulallah (s.a.w) di Arafah dan manusia menghadapnya dan dia (Nabi) bersabda: ‘Beruntunglah dengan tetamu Allah (a.w) (Nota: Tetamu Allah (a.w) adalah orang yg mengerjakan haji atau umrah) orang-orang yang ketika meminta pada Allah (a.w) memberi Allah (a.w) pada mereka dan mengkabulkan doa-doa mereka dan dilipatganda bagi seorang lelaki dari satu dirham yang dinafkahkannya (yang, yang dibelanjaknnya kerana menunaikan haji) dirhamnya yang satu sebanyak (alfu alfi) 1,000,000 gandaan dirham.’ [Hadith Riwayat ad-Dailami dalam Kanzil Umal]
Allah (a.w) memberi ganjaran gandaan rezki yang amat banyak kerana orang yang mengerjakan haji atau umrah itu adalah tetamu Allah (a.w), maka Allah (a.w) memberikan kepada kurniaan yang amat banyak.
Oleh kerana itu, mengapakah kita melambat-lambatkan bersiap sedia untuk menunaikan haji? Mungkin ramai antara kita yg tidak yakin dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w), sebagaimana ramai orang Melayu, termasuk para ulama' dan ilmuwan Islam di Malaysia, yg kurang yakin dgn al-hadith atau ketetapan as-Sunnah, kononnya saja dibuat-buat oleh para pengumpul hadith kerana motif strategis masing-masing! Sia-sialah orang yg berpandangan sedemikian atau orang yg tidak yakin dgn as-Sunnah, walhal as-Sunnah itu menentukan apakah mereka sebenarnya Islam atau tidak!
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment