Thursday, September 30, 2010

Ibadah Haji - Solat Sunat Selepas Tawaf

Assalamualaikum,
Saudara, kita selanjutnya apakah amalan yg amat menguntungkan kita ketika kita berada di Mekah, khususnya Majidil Haram, apabila kita berkesempatan ke sana. Kita ke Mekah dgn dua tujuan yg lazim, iaitu mengerjakan haji atau mengerjakan umrah. Sesiapa yg berpeluang ke Mekah, mereka yg tahu, akan melakukan perkara-perkara berikut (di luar musim haji):

(a) Mengerjakan solat-solat fardu secara berjema'ah;
(b) Mengerjakan solat-solat sunat sebanyak mungkin pada siang hari dan pada malam harinya;
(c) Membaca al-Quran;
(d) Berdoa sebanyak mungkin;
(e) Berzikir dan berwirid sebanyak mungkin;
(f) Minum air zam zam sebanyak mungkin; dan
(g) Tawaf Sunat sebanyak yg mungkin.

Di dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sesiapa yg dapat mengerjakan Tawaf Sunat sebanyak 50 kali Tawaf yg sempurna, dia mendapat pahala seumpama mengerjakan haji bersama-sama dgn Rasulallah (s.a.w). Satu Tawaf itu merangkumi dua perlakuan; iaitu, pertama, Tawaf 7 pusingan dgn menepati cara dan kaedah Rasulallah (s.a.w) tawaf; dan kedua, selepas selesai Tawaf itu mengerjakan solat sunat dua rakaat di belakang Makam Ibrahim. Itulah set Tawaf; i.e. Tawaf dan solat sunat dua rakaat.
Dalam post yg lalu kita telahpun lihat hadith ini. Selain pahala yg didapati dari mengerjakan Tawaf tersebut, dan pahala kerana mengerjakan solat sunat tersebut dan pahala khas kerana kita bersolat di hadapan Ka'abah, malah Hajar Aswad, kefadhalan dari 40 rahmat Allah (a.w) (ketika siang atau malam yg diturunkan Allah (a.w) atas Masjidil haram), serta juga dapat kefadhalan yg jauh lebih penting, iaitu doa yg dikabulkan Allah (a.w).

Doa Khusus
Selepas Solat Sunat Dua Rakaat di belakang Makam Ibrahim.

Mengikut as-Sunnah, Solat Sunat dua rakaat di belakang Makam Ibrahim itu adalah membawa banyak ganjaran pahala. Surah-surah yang perlu dibaca mengikut as-Sunnah adalah: rakaat pertama Qulya Aiyuhalla kafirun; dan rakaat kedua, Qul huallahu ahad selepas al-Fatihah.
Setelah selesai solat, bacalah doa khusus yang amat afdhal ini (kerana sesiapa yang membaca doa ini diampunkah Allah (a.w) dosanya dan sebagainya (sila rujuk hadith).
Diriwayatkan hadith dari Buraidah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Lamma ahbatallahu Adama ilal-ardhi tofa bilbaiti usubun’an wa-solla hiza-al-baiti rak’ataini, thumma qala: ‘Allahumma anta ta’lamu sirri wa-‘alaniati faqbil ma’zirati wa-ta’lamu hajjati fa-‘atini sukli wa-ta’lamu ma ‘indi faghfirli zunubi asaluka imananyubahi qalbi wa-yaqinan sodiqan hatta ‘alama annahu innahu la yusibuni illa ma katabat li wa-raddini biqada-ika.' [Maksud: Ketika apa-apa menurunkan Allah (a.w) Nabi Adam (a.s) ke bumi Tawaf dia di baitullah (Kaabah) tujuh pusingan dan solat dia lurus dekat Baitullah dua rakaat, kemudian berkata (yakni, berdoa): Ya Allah ya Tuhanku! Engkau tahu rahsiaku (yakni, sesuatu yang samar atau disembunyikan) dan (Engkau tahu) apa-apa yang aku zahirkan (sebutkan), semoga menerima Engkau keperluanku maka memberikanlah Engkau kepadaku permintaanku dan tahu Engkau apa-apa di sisiku (yakni, dosa-dosa yang ada padanya) maka mengampunilah dosa-dosaku; aku minta kepada Engkau keimananku (yakni, ketinggian iman) aku minta pengertian (kefahaman tentang ugamaMu dalam) hatiku dan semoga memberi Engkau keyakinan yang benar hingga tahu aku (bahawa) tidak mengenai (yakni, mendapat) aku (sesuatu) kecuali apa-apa yang telah dituliskan (yakni, qada’kan) Engkau untukku dengan beberapa qadar Engkau’. Maka diwahyukan Allah (a.w) keatasnya (yakni, Adam, jawapanNya):’Ya Adamu innaka da’autani biduain fastajabtu laka fihi walan yadghuni bihi ahadun min zurriatikan illa istajabtu lahu wa-ghafartu lahu zanbihi wa-farrajtu hammahu wa-ghammahu wat-tajartu lahu min warai kulli tajiri wa-atathud-dinya raghimatan, wain kana la yuriduha.' [Maksud: Wahai Adam! Sesungguhnya engkau telah berdoa padaKu maka telah aku kabulkan bagi kamu di dalamnya (yakni, doa engkau), dan tidak akan berdoa kepadaKu dengan ini doa seseorang dari kalangan keturunanmu (yakni, cucu cicit keturunan Adam, yakni kita semua) kecuali Aku kabulkan baginya dan Aku mengampuni baginya dosa-dosanya dan Aku mengeluarkan dia dari kesusahan (yakni, cita-cita dan hasrat) dia dan (mengeluarkan) musibah dia dan jualbelinya dan di belakangnya tiap-tiap jualbeli (yakni, kebolehan dan kejayaan berniaga) dan datang pada orang dunianya hina (yakni, Allah (a.w) membuka dunia untuk manusia) (dunia itu hina dan tidak penting pada Allah (a.w)), dan jikapun ada (walaupun) tidak siapa yang berkehendakkan pada dunia (Allah (a.w) tetap memberinya dan tidak mengira siapa yang diberikanNya).] [Hadith at-Tobrani dalam Kitab al-Usita Wabnis Asakar.]
Jelaslah begitu mustajab dan tinggi manfaat doa yang dibacakan oleh Nabi Adam (a.s) itu. Dan, Allah (a.w) menjanjikan sesiapa yang berdoa sebagaimana Adam (a.s) berdoa dia mendapat lima jenis kurniaan. Berhubung dengan permintaan dunianya akan diberikan Allah (a.w) walaupun tidak dipinta oleh hambaNya, akan diberikan juga oleh Allah (a.w). Kerana, dunia itu tidak ada nilainya pada Allah (a.w), namun Allah (a.w) akan diberikan kepada cucu cicit zuriat Adam (yakni, hambaNya) walaupun tidak diminta mereka.
Bacalah doa ini selepas solat sunat di belakang Makam Ibrahim, kerana Allah (a.w) telah menjanjikan bahawa Dia akan mengkabulkan segala permintaan kita yg terkandung dalam doa tersebut. Jika dengan keyakinan yang penuh insya Allah segala apa yg kita hajatkan akan diberikan Allah (a.w) segala sesuatu yang dihajati yang dizahirkan ataupun yang dirahsiakan dalam kalbu.
[Nota: Apabila Adam (a.s) dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke dunia di di Mekah dan hawa di Afhghanistan, kemudian setelah 40 tahun berpisah bertemu di Jabal Rahmah . Disebutkan di dalam hadith lain bahawa sebelah kepak lalat di syurga itu lebih bernilai pada Allah (a.w) dari dunia ini dan isinya! Tidak ada nilai dunia ini pada Allah (a.w). Yang bernilai pada Allah (a.w) adalah syurgaNya. Maka dengan itulah Allah (a.w) mengajak hambaNya berusaha untuk dapatkan syurga (Ayat 221, Surah al-Baqarah: ‘… wallahu yad’u ilal jannati wal-maghfirati bi-iznihi …’(maksud: (lebih kurang) 'Dan Allah (a.w) itu mengajak kepada syurga dan keampunan dengan izinNya ...'). Bagi mereka yg belajar ilmu al-Hadith tahu, bahawa orang yg paling miskin di akhirat kelak memiliki harta yag nilainya melebihi 10 kali dunia dan segala isinya!
Mudah-mudahan kita diberi Allah (a.w) tambahan rezki untuk membolehkan kita berkesempatan ke Mekah, i.e. ke Masjidil Haram, setiap tahun, dan dikurniakanNya kesihatan dan kekuatan untuk mengerjakan pelbagai ibadah dan amalan yg dapat membanyakkan simpanan dividen pahala akhirat untuk kita, insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment