Tuesday, September 28, 2010

Ibadah Haji - Menyembelih Kurban

Assalamualaikum,
Saudara, kita tahu bahawa bagi mereka yg berada dan juga bagi mereka yg tinggi keimanannya, akan berusaha untuk menyembelih kurban dalam bulan haji, iaitu mulai selepas Solat Aid hinggalah tiba waktu 'Asar pada 13 Zulhijjah. Kurban itu sekurang-kurangnya seekor kambing. Jika lembu boleh dikongsikan. Dalam ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, tiada ketetapan yg menghadkan bahawa seekor lembu itu hanya boleh dikongsikan oleh 7 orang dan seekor unta itu hanya boleh dikongsikan oleh 10 orang. Islam itu mudah dan Islam itu adil. Oleh kerana besarnya pahala menyembelih kurban itu, maka orang yg miskinpun boleh berkongsi unuk menyembelih kurban seekor lembu.

Selesai Melontar Jamrah Aqabah Sembelih Kurban bagi yang Mampu

Kebanyakan umat Islam tidak menyedari bahawa suruhan berkurban dalam bulan haji, yakni 3 hari Tasyrik bermula selepas selesai Solat Aidil Adha (10 Zulhijjah) sampai waktu Asar hari Tarik ketiga (i.e. 13 Zulhijjah) itu adalah perintah atau suruhan yang wajib. Ini jelas dalam sabda Rasulallah (s.a.w) pada hadith di bawah ini.
Diriwayatkan hadith dari Abu Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa (atau sesiapa) yang memiliki kelonggaran (i.e. kelebihan sumber, yakni melebihi dari keperluan hidup yang lazim untuk makan minum, pakaian dan keperluan yang mesti untuk diri dan keluarga) dan tidak menyembelih (kurban ketika berhaji dan ketika tidak mengerjakan haji) maka jangan menghampiri tempat solat kami (aku) (yakni, Masjib Nabawi)’ [Hadith ibnu Majah dan Hakim dalam Kanzil Umal]
Seseorang yang sudah memiliki sumber yang dikira melebihi keperluan asas yang mesti atau wajib untuk menyara diri dan keluarga setiap hari, cukup untuk mengadakan tempat kediaman bagi keluarganya dan pakaian asas bagi keluarganya dianggap sudah wajib untuk berkurban. Berkorban tidak semestinya seorang seekor lembu atau kambing, tetapi boleh dikongsikan.
Yang utama adalah mengerjakan ibadah kurban tersebut bagi orang yang mengerjakan haji atau orang yang tidak mengerjakan haji. Sesiapa yang tidak melaksanakan ibadah kurban selepas Aidil Adha, tidak dibenarkan menghampiri Masjid Nabawai. Itu perintah yang berat. Maksudnya, tidak akan dapat syafaat Rasulallah (s.a.w) jikalah tidak melaksanakan ibadah kurban itu!
[Nota: Ini adalah larangan yang berat. Maka dengan itu menyembelih qurban itu adalah sesuatu perbuatan yang dikira wajib atas orang Islam. Tidak ada had mengenai qurban itu seumpama seekor unta dikongsi oleh 10 orangdan seekor lembu itu dikongsi oleh 7 orang sebagaimana menjadi kelaziman. Semua boleh berkongsi untuk menyembelih qurban. Contoh: Kalau seekor lembu itu berharga RM 2,500.00 maka boleh dikongsi oleh 250 orang yang menyumbang RM 100.00 seorang.]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment