Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung perbincangan kita mulai hari ini dgn Rukun Kelima Islam iaitu ibadah haji. Ramai orang Melayu menjadikan tradisi melambatkan ibadah haji mereka, sehinggakan ada yg tidak sempat mengerjakannya kerana sampai ajalnya. Adalah menjadi kelaziman orang Melayu itu sengaja melambatkan ibadah haji sehingga sudah berumur barulah mereka mengerjakannya. Ada yg berpandangan bahawa ibadah haji adalah sijil penamat amalan dan ibadah mereka. Maka apakala dikerjakan dia sewajibnyalah sudah bersedia untuk mati dan menemui Tuhan mereka!
Dalam post yg lalu ada kita sentuh ketetapan Islam melalui as-Sunnah dua perkara: pertama, hendaklah kita segera tunaikan haji setelah kita dikira mampu menyiapkan diri dari segi bekalan untuk ke Mekah dan untuk menanggung keluarga yg ditinggalkan semasa kita mengerjaka haji; dan kedua, bahawa kita diperingatkan melalui as-Sunnah, bahawa jika kita sudah dikira mampu dan kita tidak tunaikan dan kita mati sebelum senmpat menunaikan haji, maka kita mati dalam keadaan matinya seorang di zaman jahiliah, maksudnya, mati kita kafir dan tidak Islam walaupun kita Islam! Peringatan yg kedua ini amat penting kita jadikan pedoman hidup kita jikalah kita yakin bahawa alam akhirat itu wujud dan kita akan kembali menemui Allah (a.w) setelah kita mati dan setelah kiamat dunuia.
Syariat Haji itu diwajibkan atas perintah Allah (a.w) dalam firmanNya pada Ayat 97, Surah ali-Imran, Ayat 196, Surah al-Baqarah dan Ayat 197, Surah al-Baqarah (berikut):
Firman Allah (a.w): ‘Wa-lillahi ‘alan nasi hijjul baiti manistota’a ilaihi sabilan waman kafara fainnallaha ghaniyun ‘annil ‘alamina...' [Maksud: Dan Allah (a.w.) mewajibkan atas manusia (mengerjakan) haji di Baitullah bagi barangsiapa yang mampu atasnya membuat perjalanan (ke Baitullah) dan barangsiapa kufur (yakni, ingkar dari mengerjakannya) maka sesungguhnya Allah (a.w) zat yang Maha Kaya dari seluruh ‘alam (yakni, sekelian makhluk).] [Ayat 97, Surah ali-Imran]
Firman Allah (a.w) di atas memberitahu kita yang Islam bahawa ibadah haji itu wajib. Yang meringankannya hanyalah ‘kemampuan’. Mereka yang tidak mampu kerana tidak memiliki sumber kewangan yang cukup untuk ke Mekah atau mereka dalam keadaan sakit yang tidak membolehkan dia ke Mekah dan mengerjakan perlakuan atau rukun fe’li haji atau umrah seumpama Tawaf (mengelilingi Ka’bah tujuh pusingan), Sai (berjalan dari Bukit Safa ke Bukit marwah tujuh kali pergi balik) dan melontar Jamrah (mula-mula Jamrah Aqabah pada hari tasyrik pertama, kemudian melontar ketiga-tiga jamrah, Jamrah Ula, Wusta dan Aqabah, tujuh lontaran) memerlukan kesihatan badan.
Firman Allah (a.w): ‘ Wa-atimmu hajja wal-‘umrata lillahi ...' [Maksud: Dan kerjakanlah haji dan umrah semata-mata (i.e. ikhlas) kerana Allah (a.w) ...] [Ayat 196, Surah al-Baqarah]
Di dalam ayat di atas Allah (a.w) peringatkan supaya kita mengerjakan haji dan umrah semata-mata kerana keikhlasan kita untuk mengabdikan diri kepadaNya. Ikhlas kerana mencari pahala dan kerahmatan Allah (a.w) supaya diberikan kepada kita syurga dan dijauhkan olehNya siksaan di neraka. Di dalam hadith berikut pula diperjelaskan bahawa haji itu pada musim yang sedia maklum oleh manusia (yakni, setelah merujuk as-Sunnah), iaitu mulai 1 Syawal tamat tanggal 10 Zulhijjah.
Firman Allah (a.w): ‘Alhajju asy’urun ma’lumataun ...' [Maksud: Bahawasanya haji itu syiar Allah (a.w) yang diketahui semua ...] [Ayat 197, Surah al-Baqarah]
Demikianlah nas dan dalil al-Quran mengenai wajibnya ibadah haji dan umrah itu. Insya Allah dalam post yg akan datang kita akan teliti pula nas dan dalil as-Sunnah mengenai ibadah haji ini. Tanpa keterangan as-Sunnah bagaimana kita mungkin tahu bahawa yg dimaksudkan bulan haji itu adalah bermula 1 Syawal dan berakhir pada 10 Zulhijjah. Bagaimana mungkin kita tahu niat haji dan umrah, rukun haji dan umrah, pantang larang ketika berikhram dan sebagainya. Segala perlakuan kita ketika berhaji dan mengerjakan umrah adalah ditetapkan dalam as-Sunnah. Maka dengan itu sesiapa yg tidak mempelajari as-Sunnah mereka jahil tentang haji dan umrah, dan mereka bertaklid kpd cakap-cakap para ulama' yg menerima ilmu tanpa sumber yg hak!
Rasulallah (s.a.w) mengerjakan haji hanya sekali. Haji ini dipanggil haji wida’ (haji peninggalan) kerana tidak lama selepas itu turun ayat al-Quran menyebut tentang kesempurnaan Islam dan syariatnya, dan Rasulallah (s.a.w) kemudiannya berkhutbah berpesan kepada umat Islam bahawa ditinggalkannya dua perkara iaitu al-Quran dan as-Sunnah yang jika mereka berpegang dengannya sebagai panduan hidup dan panduan ibadah dan amalan, mereka tidak akan sesat selama-lamanya, yakni akan menemuinya siratul mustaqim, dan berjaya mendapat kerahmatan Allah (a.w) dengan ganjaran syurga dan selamat dari siksaan neraka.
[Nota: Keikhlasan dalam mengerjakan sebarang amalan dan ibadah itu dirumuskan oleh Allah (a.w) pada Ayat 57, Surah al-Isra’: ‘... wa-yarjuna rahmatahu wa-yahafuna ‘azabahu ...’ (Maksud: dan mencari keridaaan Allah (a.w) (yakni, untuk mendapat balasan syurga) dan takutkan azabNya (yakni, tidak disiksa dalam nerakaNya). Bulan haji itu bermula waktu selepas Asar 1 Syawal hinggalah 10 Zulhijjah. Bulan haram. Sesiapa yang mengerjakan umrah dalam tempoh tersebut dikenakan dam (iaitu denda yang ditetapkan dalam peraturan haji dan umrah, iaitu seekor kambing.
Syariat Islam itu sudah disempurnakan Allah (a.w) dengan turunnya Ayat 3 Surah al-Maidah di bawah ini. Maka dengan itu sesiapa yg membuat penambahan kpd syariat Islam yg tiada sandaran al-Quran dan as-Sunnah adalah seumpama membodohkan Allah (a.w), walhal Allah (a.w) memberitahu kita dalam al-Quran, antaranya dalam Surah al-Kahfi, ilmu Allah (a.w) meliputi segala sesuatu yg tidak ditandingi oleh mana-mana manusia sebijak manapun.
Ayat 3 Surah al-Maidah: ‘Al-yauma akmaltu lakum dinakum wa-atmamtu alaikum nikmati, wa-raditu lakum Islama dina … al-ayat ’[Maksud: Pada hari ini Aku (Allah (a.w) muktamatkan atau sempurnakan ugama kamu sekelian dan Aku (Allah (a.w)) telah mencukupkan nikmatKu atas kamu sekelian dan Aku (Allah (a.w)) redha Islam menjadi ugama kamu sekelian …].
Ayat 7, Surah al-Haysr menetapkan bahawa orang yg akui dirinya Islam itu wajib ikuti ketetapan as-Sunnah. Dan, Rasulallah (s.a.w) sendiri memberitahu kita dalam hadith berikut supaya ikuti ketetapan beliau sebagaimana kita disuruh ikuti cara dan kaedah bersolat cara dan kaedah beliau bersolat: 'Soll kama ra-aitumuni usalli' [Maksudnya: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat]. Begitu juga dgn lain-lain ibadah dan amlan, termasuklah amalan ibdah haji dan umrah. Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, kitaballahi wa-sunnati nabiyi’ [Maksud: Aku tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara, tidak sekali-kali akan sesat barangsiapa yang berpegang dengan kedua-duanya, iaitu Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan Sunnah nabiNya (yakni, as-Sunnah)].
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment