Sunday, September 26, 2010

Ibadah Haji - Unsur Bid'ah Dalam Perkara Niat

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah kaji dan teliti ketetapan as-Sunnah menyentuh tentang niat haji. Niat tersebut bukanlah niat yg kita diajarkan oleh mutawif Tabung Haji atau yg diceramahkan oleh para ustaz di surau atau masjid dalam kursus haji atau semasa kuliah Maghrib atau kuliah Subuh ataupun dalam media, termasuklah TV. Bagaimana para ustaz dan mutawif membuat keputusan tentang niat itu wallahu a'lam. Dari mana di dapatipun penulis tak tau. Yg pastinya, tiada di dapati dalam mana-mana ayat al-Quran ataupun hadith. Justeru itu, niat haji yg dilafazkan itu tidak sejajar dengan niat yg disebutkan dalam as-Sunnah atau niat yg dilafazkan oleh Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat ketika mengerjakan haji zaman mereka.
Soalnya: Jika tiada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah bagaimana? Yg pastinya Allah (a.w) memberitahu kita dalam firmanNya dalam al-Quran bahawa Rasulallah (s.a.w) itu 'uswatun hasanah' - maka bagi orang iman yg inginkan akhirat yg baik baginya, maka hendaklah dia jadikan Rasulallah (s.a.w) itu model dalam semua perkara, terutama dalam perkara amalan dan ibadah (Ayat 21, Surah al-Ahzab).
Malangnya, hari ini majoriti umat Islam tidak lagi mengendahkan Rasulallah (s.a.w), malah membelakangkan as-Sunnah. Walaupun begitu mereka masih kekal menyangka yang mereka itu adalah orang Islam dan orang iman yg sebenarnya! Orang iman yg haq itu adalah mereka yg berpegang kepada ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Panduan mereka dalam menjalani kehidupan dunia ini dmi kesejahteraan akhiratnya adalah al-Quran dan as-Sunnah. Mereka tidak akan mengambil tunuk ajar manusia, tetapi mengambil panduan as-Sunnah. Kalau as-Sunnah menyuruh/melarang sesuatu, maka dibuat/ditinggalkannya. Tapi, hari ini begitu ramai orang Islam membuat apa-apa yg dilarang oleh as-Sunnah, kerana ada para ulama' atau ilmuwan Islam yg menyatakan boleh dibuat!
Kalau kita teliti bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah mengerjakan amalan dan ibadah tersebut, serta kita teliti pula rukun qalbi, rukun fe'li dan rukun qauli ibadah-ibadah tersebutan, kita akan dapati banyak perkara yg ditegah Rasulallah (s.a.w) kita buat, dan yg disuruh kita tinggalkan. banayk pula perlakuan, bacaan dan lafaz niat yg kita buat tanpa sandaran as-Sunnah.
Saudara, panduan bagi umat Islam yg beriman itu adalah hadith berikut. Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita tahu bahawa dua sumber panduan orang iman adalah al-Quran dan as-Sunnah. Rasulallah (s.a.w) yg menjanjikan kpd kita bahawa jikalah kita berpandukan kedua-duanya, maka selamat kita - mendapat syurga dan terselamat dari neraka, jika kita amalkan kesemuanya.
Sabda Rasulallah (s.a.w):'Taraktu fikum amraini ma in tamasaktum bihima lan tadillu, kitaballahi wasunnati nabiyi.' [Maksud: Aku tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duanya, tidak akan sesat kamu selama-lamanya (dalam mencari dan mendapat serta mengikuti siratul mustaqim, yakni mendapatkan syurga) (iaitu): Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sunnah nabi (yakni, sunnah Rasulallah (s.a.w)). [Hadith sahih at-Termidzi, Ahmad ibnu Hanbal, Ibni al-Asim, al-Hakim, at-Tobrani, ad-Dalamii dan al-Thahawi]
[Nota: Pesanan ini disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam khutbah terakhir beliau ketika mengerjakan haji wida’ tahun 9 Hijrah. Di dalam al-Quran disebutkan ‘kitab’ dan ‘hikmah’: Surah-surah al-Baqarah (ayat-ayat 129, 151 & 231), ali-Imran (ayat 164), an-Nisa’ (ayat 113), ad-Dhuhan (Ayat 34) dan aj-Jumu’at (Ayat 2). Mengikut Imam as-Shafie perkataan ‘hikmah’ mengikut persetujuan para ulama yang faqih tentang Ilmu al-Quran bermaksud Sunnah Rasulallah (s.a.w) atau as-Sunnah.]
Rasulallah (s.a.w) melarang kita supaya jangan melibatkan diri dgn apa yg disebut sebagai bid'ah. Bid'ah adalah melibatkan pembaharuan dalam perkara dalam konteks rukun qauli dan rukun fe'linya. Sesuatu amalan dan ibadah itu hendaklah menepati speks yg ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Jika berlainan, mana pastilah perbuatan atau lafaz kata-kata tersebut tercemar oleh sesuatu yg bid'ah. Jika kita melakukan bid'ah dalam apa jua amalan dan ibadah, kita tertakluk kpd ketetapan hadith-hadith berikut - amalan atau ibadah kita itu batal dan tidak diterima Allah (a.w). kalau, tak terima apa gunanya kita kerjakan.
Diriwayatkan hadith dari ‘Amasy hadith dari abi Salleh, hadith dari abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ma amartukum bihi fakhuzuhu, wa-ma nahaitukum ‘anhu fantahu.'[Maksud: Apa-apa yang memerintahkan aku atas kamu sekelian dengan sesuatu (perintah) maka hendaklah kamu ambil (dan kerjakan), dan apa-apa yang melarang (atau menegah) aku atas kamu sekelian dari sesuatu (larangan/tegahan) maka hendaklah kamu jauhilah (atau tinggalkanlah).] [Hadith ibnu Majah]
Hadith ini sebenarnya adalah mengulangi perintah Allah (a.w) pada Ayat 7 Surah al-Haysr. Kita yg Islam dan beriman wajib ikuti ketetapan as-Sunnah. Kalau tiada dalam as-Sunnah pastilah itu pembaharuan atau bid'ah.

Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man akhdatha fi amrina haza malaisa minni fahua raddu.'[Maksud: Barangsiapa mengadakan pembaharuan (yakni, bid’ah) dalam perkaraku (yakni, Islam dan syariat ugama Islam) yang ianya bukan daripadaku (yakni, didatangkan daripadaku, i.e dicontohkan oleh aku (Nabi (s.a.w))), maka dia (i.e. amalan atau ibadahnya) ditolak (i.e. tidak diterima Allah (a.w)).] [Hadith Bukhari].

Maka dengan itu sia-sia sajalah segala ibadah dan amalan kita. Kalaulah ibadah atau amalan itu berupa solat yg merupakan ibadah utama dan yg pertama dihisab di akhirat kelak, kita dapati kosong seolah-olah tidak kita kerjakan langsung seumur hidup kita. kalau ibadah haji dan umrah, maka sia-sialah kita bersuah payah dan menghabiskan begitu banyak wang kerana ibadah umrah dan haji, tapi tidak diterima Allah (a.w).

Sabda Rasulallah (s.a.w): '

Man ‘amila ‘amalan laisa ‘alaihi amruna fahua raddu.' [Maksud: Barangsiapa beramal dengan sesuatu amalan yang tidak datangnya daripada perkara atau urusanku (yang didatangkan oleh aku i.e dicontohkan oleh aku (Nabi (s.a.w))), maka dia (i.e. amalan dan ibadahnya) ditolak (i.e. tidak diterima Allah (a.w)).] [Hadith Muslim].

Ketetapan yg serupa juga disebutkan dalam hadith Muslim. Jelaslah, ketetapan menyentuh bid'ah itu adalah ketetapan Islam yg jelas. Tapi, ramai para ilmuwan Islam dan juga ulama' masih berdegil menyebut bahawa ada amalan yg bersifat 'bid'ah hasanah', walhal kalau kita mengaji secara sistematik perkara-perkara menyentuh bid'ah, kita tidak jumpa satupun nas dan dalil hadith yg menyebut bahawa ada 'bid'ah hasanah' itu! Yg utama adalah dalam apapun amalan dan bid'ah hendaklah kita berpandukan as-Sunnah barulah kita dapat kepastian bahawa hanya dgn panduan as-Sunnah kita beramal dan beribadah dgn betul menepati ketetapan Allah (a.w) tentang dimensi 'uswatun hasanah' itu.

Muda-mudahan, saudara berwaspada supaya tidaklah terus beramal dan beribadah secara batil, kerana yg rugi bukan orang lain tapi diri sendiri. Jika sudah mati kita, maka menyesal tiada gunanya lagi. Eloklah kita meneliti semula amalan kita dan hendaklah kita buat amalan dan ibadah dgn sandaran ilmu. Allah (a.w) peringatkan kita:' Wala taqfu ma laisa bihi ilmun' (maksud: Dan janganlah kamu kerjakan sesuatu tanpa terlebih dahulu ilmu mengenainya) (Ayat 36, Surah al-Isra') dan Rasulallah (s.a.w) berpesan: 'Al-ilmu qabla amal' (maksudnya: Berilmulah dahulu sebelum mengerjakan amalan) (Hadith).


Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment