Monday, September 20, 2010

Menarik hari ini ...Usahawan Melayu Hilang Pedoman

Assalamualaikum,
Saudara, kelmarin dan hari ini kita akan terbaca lapuran akhbar bahawa seorang usahawan wanita Melayu (Islam?) yg berjaya dalam bidang kosmetik telah membunuh dirinya dgn menggantung dirinya di rumahnya. Sila lihat akhbar Berita Harian hari ini 20 Sep 2010. Kasian. Pada masa yg sama amat menakutkan dan memilukan bahawa semakin ramai orang Melayu yg jahil tentang islam, ugama mereka. Mereka, semakin meniru cara dan gayahidup orang bukan Islam. Dulu, kita hanya dengan orang India di estet-estet yg sering memunuh diri dgn meminum racun rumpai dan sebagainya. Hari ini, orang Melayu yg mengaku dia Islam bertindak sebagaimana orang bukan Islam - membunuh orang dan membunuh diri sendiri, membuang anak merta-rata, dan sebagainya.
Begitu dangkal dan rapuhnya keimanan orang Melayu sekarang ini. Kalau mereka jahilpun, pasti mereka pernah dengar tok-tok guru atau ustaz di kampung bercakap bahawa orang Islam yg mati membunuh diri sendiri sengaja menempah neraka di akhirat kelak!
Segala-gala ini berlaku kerana program dakwah para ulama' dan ilmuwan Islam sudah berkubur. Sekarang ilmu mengenai Islam itu hanya akan dikembangkan dgn bayaran dan upah yg tinggi. Tiada lagi khidmat penyampaian ilmu yg boleh didapati secara percuma. Takda lagi ulama' dan ilmuwan yg sanggup berdakwah secara sukarela. Ulama' kini terlalu sebuk. Ada yg disebokkan berniaga, termasuklah beriniaga menggunakan ilmu al-Quran dan as-Sunnah, melalui program motivasi, kursus pelbagai yg melibatkan bayaran yg tinggi.
Mengapakah organisasi ugama milik kerajaan dan bukan kerajaan begitu lemah dan lumpuh, dilemahkan dan dilumpuhkan oleh karenah dunia atau karenah mencari kesenangan dunia. Hari ini masyarakat Melayu tidak dapat dibantu dan dipimpin oleh para ulama', kerana banyak sebab, termasuklah bahawa ulama' sekarang ini melihat dollar signs dalam menyebut tentang ilmu dan perkara yg bersabitan dengannya.
Entah apa yg akan jadi kpd masyarakat Melayu. Sudahlah mereka tercicir dan semakin menjadi insignificant dalam dunianya, mereka akan menjadi insignificant pula dalam akhiratnya, dimasukkan ke dalam neraka kerana amalannya, kerana kejahilannya dan kerana kesombongan para ulama'nya yg tidak mahu mendengar yg haq dan mengubah perspektif pandangan mereka, walaupun telah diberitahu apa yg haq...
Mudah-mudahan, tradisi membunuh diri sebagaimana yg dilakukan oleh kawan Sosilawati, Sarina Jaafar (45 tahun), pengasas kosmetik Aveer, itu tidak menjadi amalan orang Melayu yg akui mereka Islam, kerana membunuh diri mengundang kecelakaan bagi dirinya.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment