Sunday, September 19, 2010

Puasa Sunat: Enam Hari Syawal

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah anjurkan agar saudara yg inginkan bekalan pahala untuk akhirat usahakan beruasa Puasa Enam Hari dalam bulan Syawal itu, kerana berpuasa sebulan bulan Ramadhan ditambah dgn puasa enam hari dalam bulan Syawal diberi ganjaran pahala seumpama berpuasa sepanjang tahun (i.e. setahun). Ketetapan ini adalah untuk orang Islam lelaki dan perempuan, walaupun kita semua maklum bahawa tak mungkin seorang perempuan itu sempurna puasa Ramadhannya sebulan, kerana didatangi haid yg tidak membolehkan dia berpuasa sekurang-kurangnya 7 hari. Namun, 23 hari yg dipuasakan tetap dikira cukup sebulan Ramadhan, dan apabila ditambah dgn puasa enam hari Syawal itu, juga diberi ganjaran pahala seoleh-olah berpuasa setahun. Oleh itu usahakanlah.
Ibnu Nafis yg mengendalikan blog 'Tahu, faham & Amal' memuatkan tulisan Mufti Brunei tentang Puasa Enam Hari dalam bulan Syawal ini. saudara boleh baca nas dan dalil hadith mengenai puasa ini dalam blog tersebut, sebagai tambahan ilmu pengetahuan.
Allah (a.w) memberitahu kita, mengikut ketetapan as-Sunnah Rasulallah (s.a.w) bahawa pahala puasa Ramadhan itu digandakan mengikut kehendak dan budibicara Allah (a.w). Maka dengan itu walaupun gandaan amal soleh atau kebaikan hari-hari biasa digandakan Allah (a.w) antara 10 kali hingga 700 kali ganda, namun puasa Ramadhan itu diganda Allah (a.w) mengikut tahap ketakwaan dan keimanan serta keikhlasan kita, pasti melebihi 700 kali gandaan. Yg mendapat gandaan yg terbanyakah yg beruntung sebagai bekalan akhirat. maka dgn itu sesiapa yg berpuasa Ramadhan dgn penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari kurniaan Allah (a.w) yg terbanyak dan terbaik, akan dibebaskan dari api neraka di akhir Ramadhan. Mereka itu adalah orang yg berpuasa mentacai tahap perfection - menjaga maksiat mulut, telinga dan mata dan segala anghota lain dan membanaykkan amalan sunat terutama Solat Terawih malamnya dan solat-solat sunat lain siangnya, bertadarus al-Quran malamny, beriktikaf di masjid 10 malam terakhir Ramadhan, adalah antara pengisian yg utama untuk mendapat gandaan pahala terbanyak oleh Allah (a.w). Mudah-mudahan, ramai orang Islam yg berjaya mendapat maksimum pahala sedemikian dan dibebaskan dari neraka kerana prestasi puasa Ramadhan mereka. Amin
Saudara, yg kita pasti dalam konteks puasa enam dalam bulan Syawal ini adalah: kita mendapat ganjaran pahala (minima) seumpama berpuasa setahun. Dari segi logiknya adalah: sehari beruasa seumpama mendapat pahala 10 hari puasa kerana setiap amalan baik dibalas dgn kebaikan 10 kali seumpamanya (ketetapan al-Quran), jadi 30 x 10 = 300 hari puasa. 6 hari puasa enam Syawal pula: 6 x 10 = 60 hari puasa. Jadi 300 hari + 60 hari = 360 hari puasa. Megikut kalender Gregorian setahun ada 365 hari, maka kita mendapat pahala sama dengan berpuasa setahun.
kalau kita dijemput 'open house' oleh saudara Islam bagaimana? Rasulallah (s.a.w) memberi panduan bahawa jika kita beruasa, kita tetap diwajibkan hadir ke majlis tersebut dan kita doakan kesejahteraan kpd host atau yg menjemput atau kalau kita mau kita boleh batalkan puasa kita dan buat pada hari lain, dan makanlah dan minumlah hidangan orang yg menjemput. Menerima jemputan atau undangan Islam itu wajib di hadiri, memakannya pula adalah kefadhalan bagi kita dan bagi tuan rumah. Puasa sunat boleh dibuat hari lain asalkan Syawal masih ada. Maka dgn itulah seseorang yg ingin mendapat pahala setahun berpuasa itu akan berusaha secepat mungkin menghabiskan puasa enam Syawalnya awal-awal lagi. Ini perlu dikerjakan kerana ganjaran pahalanya, dan dalam masyarakat Melayu, terutama mereka yg masih muda dan bekerja di pejabat, ada banyak kali jamuan raya dalam organisasi masing-masing - kalau organisasi itu ada 20 bahagaian atau divisions, maka akan ada 20 kali jamuan raya. Maka kadang-kadang kerana silaturahm sesama keluarga organisasi terpaksa hadir semua, jadi ada 6 hari saja kelapangan untuk puasa enam itu? Sulit dan menyulitkan.
Oleh itu, berwaspadalah. Amalan Puasa Enam itu untuk akhirat, manakala amalan beraya sakan itu adalah adat hubungan sesama manusia. Yg terbaik buat semua dan jangan tinggalkan bekalan yg menjamin tempat kita di akhirat, insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment