Assalamualaikum,
Saudara, kita teklahpun tahu bahawa apakala kita sudah melafazkan niat untuk umrah atau haji, maka pantang larang atau larangan berikhram atau haji itu bermula.
Dam dan Kifarah Melanggar Pantang Larang Ikhram
Larangan atau pantang larang ikhram itu berbagai. Kita akan senaraikan sepenuhkan dalam post yg lain dalam blog ini, insya Allah. Yg utama kita ambil perhatian setelah berikhram, melafazkan niat, adalah mempastikan kita tidak melanggarnya. Jika kita melanggarnya, maka kita tertakluk kpd denda yg disebut sebagai dam itu. Denda itu mungkin ringan iaitu seekor kambing atau memberi makan 6 orang fakir-miskin atau berpuasa 3 hari di Mekah dan 7 hari ketika sudah sampai ke tempat kediaman kita. Itu yg ringan.
Saudara, kifarah yg berat adalah jika berlaku persetubuhan antara seorang suami dgn isterinya ketika sedang berikhram atau ketika ibadah umrah atau hajinya belum selesai, i.e. belum Tahlul Thani. Kita diberitahu bahawa setelah melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah, kebanyakan larangan sudah luput,kecualilah larangan bersabit dgn hubungan suami isteri, iaitu:
1. Bercumbu-cumbuan, satu mukaddimah jimak
2. Berpeluk-pelukan, raba meraba, usik mengusik, dll juga mukaddimah bersetubuh;
3. Penamat hubungan intim suami isteri, berjimak atau bersetubuh.
Apakala telah mengenakan ikhram dan berniat untuk haji atau umrah, maka hubungan suami isteri yg halal sebelumnya di atas itu kini diharamkan. Jika dilanggar kifarahnya berat. Apakah kifarahnya?
Kifarah orang yang brsetubuh ketika belum gugur pantang larang berikhram atau larangan haji kerana belum Tahlul Thani, yakni menyempurnakan Tawaf Ifadah dan Sa'i Haji, yakni belum selesai haji adalah merangkumi perkara-perkara berikut:
1. Ibadah umrah atau hajinya batal dan kedua-duanya wajib mengerjakan hajinya atau umrahnya pada tahun depan;
2. Kedua-dua sumai isteri tidak dibenarkan tinggal sebumbung apatah lagi sebilik (atau satu kamar);
3. Diwajibkan mengerjakan umrah atau haji tahun hadapan dengan membawa dam seekor unta yg dibawa dari luar tanah haram, i.e. luar Mekah;
4. Hendaklah dam unta itu dibawa oleh kedua-duanya seorang seekor;
5. Hendaklah dibawa bersama ketika mereka mengerjakan Tawaf;
6. Dan, menyempurnakan ibadah umrah atau hajinya sehingga selesai.
Dalam hubungan mengerjakan Tawaf bersekali dgn unta dam mereka, jika unta tersebut melanggar atau mencederakan orang pula, bagi setiap orang yg dicederakan oleh unta itu, sama ada mengakibatkan luka atau keluar darah atau tidak, dikenakan dam pula seekor kambing. Dalam keadaan sekarang, dalam situasi begitu ramainya manusia yg Tawaf mengelilingi Bai'tullah atau Ka'abah pada musim haji, sudah pastilah amat sukar mempastikan unta yg dibawa tidak bertembong dgn orang lain yg Tawaf! Oleh itu, berwaspadalah, supaya jangan terkena keadaan sedemikian.
Selalunya, tidak mungkinlah berlaku peristiwa persetubuhan itu jika hanya mengerjakan umrah, kerana umrah itu selesai apabila selesai Tawaf dan selesai Sa'i dan kemudian bercukur. Tapi, oleh kerana ibadah haji itu lanjut dan berbagai prosesnya (i.e. rukunnya), maka terdapat beberapa hari berlalu - iaitu mulai 9 Zulhijjah sampai 13 Zulhijjah (5 hari), dan suami isteri tidur ketika berada di Mina, maka kemungkinan berlaku persetubuhan suami isteri itu semasa ibadah haji belum selesai. Tambahan pula, syaitan itu selalulah mengajak manusia melakukan maksiat dg pujuk rayunya yg berbagai. Apatah lagi bagi jema'ah haji yg mampu yg tinggal berdua dgn isteri sebilik pula, kemungkinan berlakunya persetubuhan!
Oleh itu berwaspadalah. walaupun dam itu adalah berupa sedekah atau kurban dalam musim haji, namun pelanggaran pantang larang berikhram itu sangat sulit, terutamalah kalau kifarah berat tersebut perlu dilalui.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment