Larangan Semasa Berada Di Tanah Haram
(1) Tidak boleh berperang atau membunuh (orang ataupun haiwan)
(2) Tidak boleh membuat maksiat (perkara-perkara yang mendatangkan dosa) dan melanggar ketetapan al-Quran dan as-Sunnah (yang juga mendatangkan dosa)
(3) Tidak boleh memotong atau menebang pokok atau pohon serta menebas atau memotong rumput (kecualilah lalang), namun bukanlah tugas kita menebas atau memotong lalang, maka mengapa dikerjakan?
(4) Tidak boleh berburu atau memburu haiwan buruan
(5) Tidak boleh membawa senjata yang tujuannya untuk berperang (atau untuk mencederakan orang lain seperti pisau dan seumpamanya)
(6) Tidak boleh mengambil barang hilang atau terhilang atau terjatuh oleh seseorang walaupun kita menemuinya (maksudnya, jika kita ketemui dibiarkan sahaja, jangan diambil sama ada untuk diserahkan kepada pihak berkuasa atau sebaliknya).
(1) Tidak boleh berjimak (yakni, bersetubuh dengan isteri) atau mencium isteri atau melalukan sesuatu yang bersifat permulaan ke arah berjimak (jika berlaku hubungan kelamin, maka terbatallah haji atau umrah dan dikenakan dam seekor unta)
(2) Tidak boleh bertengkar atau marah-marah, termasuk mencaci, memaki hamun dan melaknat orang lain dan juga haiwan
(3) Bagi lelaki, tidak boleh memakai pakaian berjahit seperti seluar, seluar dalam, singlet atau anak baju (yang berkolar atau tidak berkolar) dan sebagainya
(4) Bagi lelaki, tidak boleh menutup kepala (untuk tujuan apa sekalipun) atau menutup muka (kecuali dibenarkan menggunakan payung untuk berlindung dari kepanasan terik matahari atau memakai cermin mata hitam)
(5) Sesudah miqat, tidak boleh memakai minyak wangi atau bau-bauan (kecualilah, kain tersebut sudah sifat aslinya berbau wangi atau sudah wangi sebelum memakainya di miqat)
(6) Tidak boleh, bagi perempuan menutup wajah atau mukanya, (kecuali kalau penutupnya jarang, yakni kelihatan jelas wajahnya dari luar) dan tidak boleh menutup kedua tangannya (sampai ke pergelangan tangan, seperti memakai sarung tangan)
(7) Tidak boleh memotong rambut atau kuku (termasuklah membuang kulit badan atau telapak tangan yang sudah mati atau mengelupas dan sebagainya)
(8) Tidak boleh berburu atau membantu orang berburu atau menunjukkan kepada orang lain apa-apa buruan
(9) Tidak boleh memakai kasut kecuali kasut yang tidak menutup kedua buku lali (seperti selipar atau kasut yang disarung yang dipotong tanpa menutup buku lali)
(10) Tidak boleh mencuri atau memakai atau menggunakan barang-barang haram
(11) Tidah boleh lahan (yakni berbuat perkara-perkara yang tidak berfaedah atau perbuatan sia-sia atau menghabis masa, seperti bercakap-cakap yang tidak berfaedah, atau tiak bersangkutan dengan ibadah umrah atau haji), bercakap kotor (kata-kata kotor), maksiat dan bercerita atau berbual-bual perkara-perkara yang tidak berfaedah atau yang melalaikan atau melupakan kita terhadap ibadah kita atau terlupa atau terlalai mengingati Allah (a.w)
(12) Tidak boleh meminang (untuk calun isteri) atau bernikah
(13) Tidak boleh liar mata (melihat orang-orang yang bukan makhramnya) atau jalalatan (yakni, dengan perasaan syok dalam hati terhadap seseorang), memasang telinga mendengar cakap-cakap atau kata-kata sia-sia, melalaikan dan maksiat (yakni, hendaklah gunakan masa secara optimum berzikir, membaca al-Quran, berdoa dan segala sesuatu yang mendatangkan pahala)
(14) Tidak boleh mulutnya ‘misuh-misuh’ (yakni, berkata mengata orang atau kata-kata buruk), memaki hamun, mencela, menghina, berperasangka buruk terhadap seseorang, memfitnah, dan memaki hamun (dan digalakkan berzikir, membaca talbiah dan al-Quran).
[Nota:Seseorang yang menjumpai suatu barangan di jalanan kemudian diambilnya, sama ada untuk diserahkan kepada pihak berwajib atau sengaja untuk diri sendiri, menanggung tanggung jawab yang amat besar, iaitu dia hendaklah menyiarkannya untuk makluman orang ramai supaya didapatkan pemiliknya dalam tempoh setahun, barulah barangan itu boleh dimilikinya. Ini bererti dia terhalang dari kembali ke tanah airnya kerana menunggu edah pengistiharan tersebut! Apabila berlaku persetubuhan semasa berikhram, sebelum selesai ibadah haji atau umrah, yakni Tahlul Akhir, maka umrah dan haji si suami dan si isteri terbatal, dan kedua-duanya dikehendaki dipisahkan selepas kembali dari urusan umrah atau haji, dan diwajibkan pula mengerjakan umrah atau haji pada tahun hadapan secara berasingan dengan membawa ternakan dam berupa seekor unta setiap seorang dan mengjakan haji, termasuk Tawaf dengan menaiki untanya.Jika unta yang ditunggangnya semasa Tawaf itu mencederakan seseorang sehingga berdarah pula, dikenakan satu dam seekor kambing pula setiap kali berlaku kecederaan tersebut].
Rukhsah (kelonggaran atau keringanan) Semasa Berikhram
Dalam pada itu, kita juga diberi keringan dalam beberapa perkara ketika telah berikhram atau ketika pantang larang telah berkuatkuasa:
(2) Mengeruk atau menggaru, berbekam dan mengubati mata yang sakit (tetapi jika menggaru kepala mungkin terjatuh rambut dan ini melibatkan bayaran dam – sehelai rambut satu dam seekor kambing)
(3) Memakai tali-pinggang haji, cincin, kacamata dan jam tangan (namun tidak digalakkan perempuan memakai emas takut timbul perasaan riak yang mendatangkan dosa dan membatalkan pahala segala amalan)
(4) Mencium bunga, berteduh di bawah pohon dan memakai payung
(5) Memakan hasil buruan orang lain yang kita tidak terlibat memburunya
(6) Membunuh ular, gagak, kala, jengking, tikus, cicak dan anjing galak (gila) (tetapi, tidak melakukannya lebih baik)
(7) Memakai selipar atau sandal (asalkan tidak menutup buku lali)
(8) Memotong rambut atau kuku jika dharurat (yakni, terpaksa kerana sesuatu) tetapi dikenakan kifarah, yakni bayar dam menyembelih seekor kambing atau memberi makan enam (6) orang miskin
(9) Dibolehkan memakai penutup muka (mask atau topeng) untuk melindungi debu atau plaster kaki dalam keadaan dharurat (kerana sesuatu penyakit seperti luka).
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment