Thursday, September 30, 2010

Ibadah Haji - Solat 40 Waktu di Masjid Nabawi

Assalamualaikum,
Sauadara, kita tel;ah lihat bahawa dalam program haji yg diuruskan oleh Tabung Haji ataupun anak syariatnya atau lain-lain syarikat yg dilesenkannya, jema'ah diberi pilihan sama ada bertolak ke Mekah dahulu dari Jeddah ke atau bertolak ke Madinah dahulu kemudian baru ke Mekah. Islam mula bertapak di Mekah selama 10 tahun dan kemudian setelah berhijrah Rasulallah (s.a.w) Islam berkembang di Madinah pula, selama 13 tahun. Rasulallah (s.aw) dilantik Allah (a.w) menjadi Rasul atau Pesuruh Allah (a.w) ketika umurnya 40 tahun dan beliau wafat ketika umurnya 63 tahun. Justeru itu Islam bermula dan berkembang dan syariat Islam itu selesai disempurnakan dalam tempoh 23 tahun, sebelum wafatnya Rasulallah (s.a.w).

Solat Fardu 40 Waktu Di Madinah

Semasa berada di Madinah atau berkesempatan berada di Madinah 8 hari atau lebih, ambillah kesempatan bersolat fardu secara berjemaah di Masjid Nabawi sebanyak 40 waktu tanpa putus-putus. Banyak pahalanya, seperti yang disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Anas bin Malik (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bahawasanya bersabda: ‘Man solla fi masjidi arba’ina solatan la yafutuhu solatan kutibath lahu bara-atun minan nari wa-najatun minal ‘azabi wa-baria minan-nifaqi.' [Maksud: Barangsiapa bersolat 40 solat (yakni, solat fardu) di dalam masjidku tidak terputus solatnya ditulis baginya (pertama) terpelihara dari neraka dan (kedua) dijauhkan dari azab dan (ketiga) dipelihara dari sifat-sifat nifaq (atau, menjadi orang munafiq).] [Hadith Imam Ahmad, dalam Musnad]
Hadith di atas itu menyebutkan kefadhalannya kepada kita ketika berada di Madinah, kita mengerjakan solat fardu berturut-turut 40 waktu atau lapan hari tanpa putus-putus. Rasulallah (s.a.w) memberitahu jika kita berkesempatan berbuat sedemikian, kita mendapat ganjaran:

(a) Terpelihara dari neraka (di ahirat kelak);
(b) Djauhkan dari azab (ketika hidup); dan
(c) Dipelihara Allah (a.w) dari sifat-sifat nifaq (i.e. kemunafikan).

Jelaslah sangat menguntungkan kita, iaitu dua yag dikurniakan Allah (a.w) itu kita terima ketika di dunia dan satu ketika di akhirat. Masalallah.
Jika begitulah mengapakah ramai umat Islam tidak mengerjakannya? Ramai orang Islam yg mampu dari segi kewangan kerap kali berkunjung ke Madinah, terutama dalam perkara bisnes mereka. Mereka membelanjakan banyak wang untuk menziarahi atau melawati negara-negara luar, kerana ingin melihat dunia! Tapi, tak ramai orang Islam yg sanggup membelajakan wang demi mencari bekalan pahala yg banyak seumpama yg diberi peluang oleh Allah (a.w) mengikut hadith di atas itu.
Ada juga orang yg berpeluang. Jema'ah haji yg akan menunaikan haji diberi peluang berada di Madinah selama 9 atau 10 hari supaya mereka dapat mengerjakan solat fardu secara berjema'ah di Masjid Nabawi tanpa putus-putus maka dapat manfaat yg disebutkan dalam hadith tersebut. malangnya menghabiskan masa bersiar atau tidur dalam bilik mereka atau bersolat sendirian dalam kamar hotel merka!

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment