Assalamualaikum,
Saudara, hari ini dalam akhbar Sinar Harian ( 1 Oktober 2010) penulis terbaca 'Jawapan' Dr Mohd Asri, mantan Mufti Perlis, menjawab satu soalan yg berkisar di sekeliling pemberian atau bantuan kewangan oleh mana-mana pihak yg datangkan dari wang hasil judi dan kegiatan haram. Isu bersabit dgn pemberian bantuan kpd orang miskin Islam oleh kerajaan Pulau Pinang yg sumbernya adalah dari kegiatan judi dan lain-lain yg haram dalam Islam. KM P Pinang kata wang yg diagihkan kpd orang miskin Raya Puasa lalu datangnya bukan dari hasil judi atau sumber yg haram. Pihak yg mengkritik kerajaan DAP berkata, wang itu hasil judi, arak dan lain-lain aktiviti yg haram, maka yg menerimanya memulangkan wang terebut.
Dalam tulisan Dr Asri itu beliau berpendapat bahawa orang Islam boleh terima bantuan atau hadiah wang dari kerajaan, walaupun mungkin dari sumber yg tidak halal dalam Islam, seumpama hsil judi, jualan arak, dan sebagainya, kerana yg menerimanya tidak terlibat secara langsung dgn aktiviti yg haram itu. Maka beliau berkata orang Islam boleh menerimanya dan halal digunakan. Wang haram adalah haram pada seorang Islam jika aktiviti itu secara langsung melibatkan usaha dirinya. Beliau memuatkan dua potong hadith untuk menyokong hujjah beliau. Dalam satu hadith Omar (r.a) ketika menjadi khalifah jema'ah umat Islam, meyebut bahawa orang yg diberi makan oleh seorang yg melibatkan dirinya dalam kegiatan haram, halal dimakannya. Kalau Omar (r.a) memutuskan sedemikian dan hadith itu sahih, maka nas dan dalil haadith itu boleh diterima.
Bagi saudara yg berminat bolehlah lihat tulisan Dr Asri dalam Sinar Harian tersebut.
Menyentuh perkara ini, kita mungkin boleh bertanya pada alim ulama' arus perdana beberapa soalan. Contohnya: Apakah halal seseornag itu makan untuk diri dan keluarganya, apabila dia bekerjaka dalam satu institusi riba' seumpama institusi kewangan, seumpama Bank? Bagaimana pula kesnya orang Islam yg bekerja dalam organisasi seperti Empat Nombor Ekor (terlibat terus dalam perjudian) atau bekerja dgn Guinnes Anchor atau Calsberg di Shah Alam tu (syarikat yg terlibat dgn pembuatan dan penjualan arak?) atau bekerja di Coffee House yg menjual liquor atau arak? Masih ramai orang yg 'kononnya' Islam bekerja ditempat-tempat sedemikian.
Semua kesilapan yg berlaku ini kerana semakin ramai umat Islam yg semakin jahil dgn ugamanya. Malah semakin ramai pula umat Islam yg tidakpun menjalankan tanggungjawabnya mengerjakan solat dan sebagainya... hari ini. Mereka tersilap berperasangkaan bahawa setelah mengucap dua kalimah syahadah, mereka Islam, maka mereka akan masuk syurga di akhirat kelak! Walhal, Allah (a.w) memberitahu di dalam al-Quran, syurga itu disediakan bagi mereka yang mengerjakan amalan yang diperintahkan oleh Allah (a.w) dan mereka mendapat kerahmatan Allah (a.w).
Semoga kita terselamat dari fitnah dunia ini,insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment