Sunday, October 10, 2010

Islam dan Wanita

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post ini kita teliti beberapa ketetapan islam menyentuh kaum wanita. Apabila menyebut 'wanita' - dalam al-Quran dan as-Sunnah - ketetapan itu merujuk kpd kedudukan atau status wanita sebagai kaum isteri. Manusia yg beriman itu mengharapkan kesejahteraan atau keselamat di akhirat, kerana semua kita akan mati, dan apabila mati ada alam kehidupan lain yg lebih kekal yg kebajikan kita ditentukan oleh apa yg kita lakukan semasa hidup di dunia.
Islam memberi kita tahu bahawa syurga itu akan diberikan kpd merka yg taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah) (Ayat 13, Surah an-Nisa'), dan taati 'ulil amri' (yakni, barisan keimpinan jema'ah umat Islam yg diketuai oleh seorang Imam atau Amir) (Ayat 59, Surah an-Nisa'). Anak pula tertakluk kpd ketaatan kpd kedua ibu bapa mereka. Kemudian perempuan yg sudah berumah tangga ketaatan kpd suami mereka. Islam memberi jaminan bahawa isteri yg taatkan Allah (a.w), taatkan Rasulallah (s.a.w), taatkan Imam atau Amir dan taatkan suaminya, pasti mendapat balasan syrga.
Firman Allah (a.w): 'Kaum lelaki itu adalah pengatur (atau bertanggungjawab menguruskan) atas isteri mereka dgn apa-apa kefadhalan (i.e. kurniaan) Allah (a.w) sebahagian atas sebahagian yg lain dan dgn apa-apa yg dinafkahkan (atau dibelanjakan) (atas isteri mereka) dari harta mereka (lelaki atau suami), maka wanita-wanita yg solehah itu taat (akan suaminya), menjaga ketika ketiadaan suami mereka dgn apa-apa yg menjaga Allah (a.w); dan wanita (isteri) yg khuatir suaminya dia melanggar maka nasihatkanlah dan tinggakanlah di dalam tempat tidurnya danpukullah, maka jika taat mereka (isteri) pada suaminya, maka janganlah mencari atasnya jalan (pergaduhan); sesunmgguhnya Allah (a.w) itu adalah zat yg Maha Tinggi (luhur) dan Maha Agung (Besar).' [Ayat 34, Surah an-Nisa']
Mesej dalam firman Allah (a.w) di atas itu adalah ketetapan-ketetapan berikut:
(a) lelaki (suami) itu bertanggungjawab memberi nafkah kpd isterinya (makan minum, persalinan pakaian, tempat tinggal dan saraan untuk anak-anak);
(b) Ciri-ciri isteri yg solehah itu adalah dia taatkan suaminya, menjaga hak suaminya ketika suaminya tiada di rumah;
(c) Jika isteri melanggar ketaatan tersebut, suaminya hendaklah lakukan salah satu atau kesemua tindakan berikut:
(ca) Suami beri nsihat kpd isterinya;
(cb) Tinggalkan tempat tidur, i.e. jangan tidur sekatil dgnnya;
(cc) Pukullah dia (dgn pukulan ditubuhnya selain muka, yg tidak mencederakan cukup sebagai pengajaran kpdnya)
(d) Selepas isteri itu kembali taat dan berbaik-baik, janganlah cari jalan pergaduhan semula.
Hari ini,begitu ramainya suami yg gagal menafkahkan siterinya dan anak-anaknya.Lelaki yg memiliki isteri lebih dari satu, sering pula gagal menyara isteri-isterinya dan berlaku adil terhadap isteri-isterinya. Malah, diabaikannya nafkah terhadap anak-anaknya pula. Dalam zaman moden ini ada pula suami yg mengambil kesempatan mengahwini wanita yg pula meyaranya, walhal dia tidak bekerja atau tidak menjalankan tanggungjawabnya menafkahkan isteri dan anak-anaknya. Walaupun si isteri rida menanggung belanja keluarga, kerana dia lebih mampu dari suaminya, tapi suami tetap tidak terlepas dari tanggungjawab menyara isteri dan anak-anaknya.
Kerap pula terjadi suami yg menceraikan isterinya sama ada isterinya bersalah atau tidak setelah diceraikan - tetapi ex-suami, sebagai bapa kpd anak-anaknya, wajib menyara nafkah anak-anaknya, walaupun tidak bersama dgnnya kerana menetap dgn ex-isterinya. Lebih mengundang celaka adalah suami yg tidak menyara isteri dan anak-anaknya tapi meninggalkan isterinya tanpa menceraikannya.Suami-suami sedemikian itu mengundang kecelakaan dalam kehidupan akhiratnya. Dia menzalimi dirinya dan menzalimi pula isteri dan anak-anaknya!
Zaman kini, begitu ramainya suami isteri yg jahil tentang tanggung jawab mereka. Tidak ada pula program pengilmuan oleh pihak berkuasa ugama tentang ketetapan al-Quran dan as-Sunnah tentang tanggung jawab suami dan isteri. Malah dalam kursus perkahwinan yg pendek dan ringkas yg diadakan, bakal suami dan isteri tidak diilmukan dan ditekankan tentang peranan dan tanggungjawab mereka dalam Islam, khususnya dalam realiti rumah tangga.Suami tidak sedar bahawa setelah berumah tangga dia mendapat dosa kerana isterinya tidak menutup aurat. Malah begitu ramai orang yg berpengaruh yg berwang, contohnya, berbangga dgn isterinya yg sering mendedahkan aurat mereka pula! Sudahlah mereka sendiri mencari dosa dalam berbagai-bagai karenah mereka, termasuk bersalaman dgn wanita, dia sendiri menggalakkan isterinya mendedahkan tubuh badan mereka pula.
Suami-suami sedemikian bukanlah jahil. Tapi, mereka sebenarnya ambil ringan ketetapan ugama. Atau, mereka tidak yakin bahawa ada kehidupan yg lebih kekal di akhirat.
Mudah-mudahan, kita terselamat dan diselamatkan oleh Allah (a.w) dari menempa kerugian dan bencana akhirat disebabkan isteri kita dan tanggungjawab kita terhadap isteri kita, insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment