Saturday, October 23, 2010

Islam dan Wanita: Kekurangan Wanita

Assalamualaikum,
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu sebagai sebahagiandaripada penjelasan ayat al-Quran bahawa lelaki (i.e. suami) itu diberikan kedudukan lebih tinggi dari wanita (i.e. isteri), kerana adalah tanggung jawab suami untuk membimbing keluarganya dan membentuk keperibadian mulia isterinya. Malangnya, hari ini ramai wanita 'terpelajar' mempersoalkan perkara ini. Mereka, seumpama Sisters in Islam, mencontohi pemikiran Barat dan orang buakn Islam, inginkan kesamaan antara lelaki dan perempuan.
Diriwayatkan hadith dari 'Aiyad b Abdillah hadith dari Abi Said al-Khudri berkata: 'Keluar Rasulallah (s.a.w) pada hari raya idil Adha atau Aidil Fitri untuk bersolat, maka lalu dia di hadapn jema'ah wanita, maka bersabda dia: 'Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu. Maka sesungguhnya aku melihat kamu kebanyakan menjadi penghuni neraka.' Maka berkata (i.e. bertanya) kaum wanita: 'Sebab apa wahai Rasulallah (s.a.w)?' Bersabda Nabi (s.a.w): 'Memperbanyakkan kamu sekelian laknat melaknat (sesama manusia), dan ingkar (i.e. kufur, yakni tidak bersyukur) kpd suami kamu.' Tidak melihat aku dari kurang akal kamu dan (tidak melihat aku) kurang ugama kamu dan menghilangkan hati lelaki (terhadap kamu) cerdas /pandai salah seorang kamu.' Berkata wanita: 'Dan apakah kurang ugama kami dan (kurang akal) kami, wahai Rasulallah (s.a.w)?' Bersabda Nabi (s.a.w): 'Apakah tidak ketika menjadi saksi (yakni, mengambil penyaksian) perempuan seumpama separuh penyaksian kaum lelaki' Berkata perempuan: 'Bahkan.' Bersabda Nabi (s.a.w): 'Maka demikianlah dari kurangnya akal perempuan. Apakah tidak haid perempuan? Tidak solat mereka (perempuan) dan tidak berpuasa mereka?' Berkata perempuan: 'Bahkan.' Bersabda Nabi (s.a.w): 'Demikianlah kekurangan wanita tentang akal mereka dan ugama mereka.' [Hadith Bukhari, Kitab Bersuci]
Hadith di atas itu menyebutkan bahawa kaum wanita dan kaum lelaki itu tidak sama taraf dan kedudukan dalam Islam. Dalam aspek perundangan, seorang saksi lelaki hanya disamakan dgn dua saksi perempuan. Berbanding dgn kaum lelaki - yg sama kuat amalan dan ibadahnya - tetap wanita kurang dalam ugamanya kerana setiap bulan 7 hari dia haid maka dia tidak boleh solat dan tidak boleh berpuasa. Maka dgn itu wanita itu kurang berbanding dgn lelaki dalam Islam.
Malangnya hari ini, wanita meminta disamakan dgn lelaki dalam pelbagai bidang, termasuk dalam penghakiman. Sudah ada peguam syar'i wanita dan ada pula yg telah dilantik jadi hakim syar'i. walhal, wanita tidak boleh menjadi hakim dalam Islam. Apatah lagi menjadi juruhukum tentang Islam dan syariatnya. Mungkin satu hari nanti akan berluasa apa yg berlaku suatu masa dulu seorang wanita (Fatimah Wadud, bekas pensyarah UIAM) mengimamkan Solat Jum'at di US walhal wanita tidak boleh menjadi menjadi imam solat, apatah lagi imam hukum (mahkamah)!
Tapi, para ulama' dan ilmuwan Islam Malaysia hari ini diselubungi dgn kejahilan ilmu al-Quran dan as-Sunnah, kerana menyetujui perlantikan wanita sebagai hakim syar'i! Atau, mereka dipengaruhi oleh kepentingan keduniaan, sehingga mereka membelakangkan ketetapan Allah (a.w) dan Rasul? Atau, mereka telah menerima syariat ugama lain sebagai sebahagian drp syariat Islam?

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment