Saturday, October 23, 2010

Islam dan Wanita - Suami Membimbing Isteri Cara Bijaksana

Assalamualaikum,
saudara, umat Islam diberitahu bahawa Adam (a.s), manusia pertama itu dijadikan dari sgumpal adunan tanah dari pelbagai sumber, jenis dan warna yg diambil malaikat dari berbagai lokasi. Islam memberitahu bahawa wanita pertama (Hawa (a.s))dijadikan dari sebatang tulang rusuk lelaki pertama (i.e. Adam (a.s), tulang yg paling terkeatas pada tulang rusuknya). Maka dgn itu tulang itu yg paling bengkok. Maka adalah resmi wanita itu bengkok.
Kerana kejadian semula jadinya demikian maka susahlah untuk meluruskan perempuan. namun, Islam meletakkan tanggungjawab mengurus atau membimbing perempuan (isteri) kpd lelaki (i.e. suami). Jika berkeras dia, maka seumpama meluruskan tulanmg yg bengkok, maka akan patah tulang tersebut. Jika dibiarkannya maka bengkok dan kekal bengkok. Maka dgn itu si suami hendaklah pandai menguruskan isterinya, supaya tidaklah bengkok dan supaya rumah tangganya rukun dan anak-anaknya terjaga, dan si suami selamat dari neraka.
Diriwayatkan hadith dari Abi hazim hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Menasihatilan perempuan (i.e. isteri), maka sesungguhnya isteri itu dijadikan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yg paling bengkok sesuatu itu adalah tulang rusuk yg terkeatas sekali; maka jika membuat ke tasnya dgn kekerasan maka mematahkan pada tulang; dan jika meninggalkan tulang (yakni, tidak dipedulikan), maka kekallah dia bengkok; maka menasihatilah wanita (i.e. isteri).' [Hadith Bukhari, Kitab Kejadian Manusia]
Demikianlah peringatan Islam kpd suami terhadap isterinya. Ada isteri itu yg dominan, suami sering mengikut saja kehendak isterinya, kerana tidak mau bertelagah atau berdebat dgn isterinya. Ada isteri yg hendakkan suaminya ikut saja kehendaknya, dan tidak mau give and take dalam sesuatu perkara. Ada suami yg berjawatan lebih rendah dari suaminya atau isterinya datang dari keluarga yg berada, maka si suami bergantung pada isterinya. maka susah baginya mengawal isterinya. Ada isteri yg sudah biasa bebas dan socially active pula, manakala si suaminya lebih penyngap. maka isterinya lebih menonjol.
Namun dalam Islam, tak kira status dan kedudukan sosial si isteri, suami tetap bertanggung jawab sebagai ketua keluarga. Inilah yg sering menimbulkan permasaalahan dan krisis keluarga. Namun adalah menjadi tugas si suami itu membentuk isterinya dan keluarganya. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa urusan membimbing isteri itu amat susah. Kalau suami berkeras maka akan terjadilah krisi antara suami dan isteri. kalau dibiarkannya pula, maka semakin bengkoklah si isteri. Susah nak dikawal dan dinasihati pula.
Semoga kita kaum suami tidaklah mengahadapi kerumitan yg ketara dalam membimbing isteri masing-masing. Semoga kita kaum ibu tidaklah menjadikan si suami itu dalam ketegangan kerana kita tidak mahu dinasihati. Yg wajib diingat oleh kaum isteri adalah mentaati suami itu adalah perkara wajib, dan adalah lesen untuk mendapat syurga. Jika suami tak rida, maka takmungkin si isteri mendapati syurga.

Jazakallahu khairah

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment