Assalamualaikum,
Saudara, kalau tak silap, Ahad malam Isnin yg lalu, (24 Oktober 2010), seorang ulama' muda jemputan menyampaikan satu Kuliah Maghrib di sebuah masjid di Cheras. Ada dua perkara yg diceramahkan dan diperjelaskan oleh beliau: iaitu, pertama, Dajjal, dan kedua, hadith yg menyebut di akhir zaman kelak umat Islam akan berpecah menjadi 73 golongan, hanya satu golongan daripada 73 golongan umat Islam itu sahaja yg berjaya mendapat syurga; golongan mana dan siapa? Menarik cermah beliau kerana dia melambangkan model ulama' atau ilmuwan muda zaman kini yg mendapat tempat dalam masyarakat arus perdana Islam memberi ceramah konon-nya atas asas ilmu! Cuba kita lihat apa isi ceramah beliau, kemudian kita komen.
Sebelum meneliti komen penulis, cuba baca Komen Khas dalam post sebelum ini sebagai titik tolak kita mengamati serta menilai ceramah ustaz muda dalam Kuliah Maghrib tersebut, dulu.
Rasulallah (s.a.w) menyebut salah satu alamat/tanda bahawa kiamat akan terjadi adalah turunnya Dajjal. dalam as-Sunnah disebutkan beberapa perkara: pertama, Dajjal itu kafir, tertulis di dahinya perkataan 'kaf-fa-ra' = Kafir. Dia hanya memiliki satu mata, yg satu lagi buta, iaitu mata kanannya buta dan terkeluar dari soket matanya terjuntai. Dia diberi keistimewaan oleh Allah (a.w) boleh menghidupkan orang mati atau menghidupkan mayat yg dah lama dikemubikan. Jika mayat itu mayat orang islam atau iman, apabila digalinya akan dihidupkannya semula dan diminta akui dia (Dajjal) tuhan, jika tidak dimakannya. Dajjal akan bermaharajalela di dunia zaman itu, menggali segala kubur orang islam atau iman yg dapat dicam atau dipastikannya melalui binaan seumpama batu nesan atau binaan simen atau batubata di kubur. [Nota: Maka dgn itulah Islam melarang mayat Islam dikuburkan dan kuburnya dibubuh tanda. Kerana ia memudahkan Dajjal mengenalpasti kubur orang Islam]. Dajjal menyebut sesuatu yg baik itu sebenarnya yg jahat, dan yg jahat itu baik. Segala yg ditawarkannya kpd manusia yg mengikutinya adalah kekufuran dan segala yg ditegahnya adalah kebaikan. Manusia disuruh pilih satu antara dua itu. Mana-mana kubur orang iman yg telah digali, dihidupkan olehnya, diberi pilihan akui dia sebagai Tuahn atau disiksanya setelah dihidupkannya.
Dajjal akan menjelajahi dunia dari Timur ke Barat sehingga sampai ke tanah Arab - Mekah dan Madinah. Tapi, Allah (a.w) tidak membenarkannya masuk ke tanah haram Mekah dan Madinah. Orang yg semasa hidupnya Islam tapi lemah imannya, jika ditemui Dajjal kuburnya, digali dan dihidupkan semula, tidak akan tahan siksaan (yg merupakan fitnah atau huruhara Dajjal yg hebat ketika itu) pasti akan mengketepikan imannya terhadap Allah (a.w) dan mengikuti Dajjal. Mereka itu di akhirat akan masuk neraka, walaupun matinya Islam dan iman.
Itulah yg dimaksudkan oleh Rasulallah (s.a.w) supaya kita memohon perlindungan Allah (a.w) dari fitnah Dajjal. Itulah ringkasan cerita tentang Dajjal yg disebutkan dalam as-Sunnah.
Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita melalui as-Sunnah bahawa hendaklah kita jangan abaikan memohon perlindungan Allah (a.w) melalui doa supaya kita tidak menemui huruhara Dajjal tersebut semasa hidup dan setelah mati kita (sebelum kiamat). Kerana hanya orang Islam yg kental imannya sahaja yg dapat melawan Dajjal jikalah ditemuinya.
Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita orang Islam bahawa kesemua para rasul dan para nabi sebelum beliau, pasti memperingatkan umat mereka tentang fitnah atau huruhara Dajjal ini. Kerana, pujukan dan siksaan Dajjal itu amat hebat, dan mudah sekali menjadikan orang yg beriman menjadi kufur (atau kafir) apabila bertemu dgnnya.
Tapi, malangnya saudara penceramah yg penulis rujuk tadi tidak ceritakan seperti yg diceritakan dalam as-Sunnah itu. Dia tidak ceritakan apa yg penulis tuliskan di atas itu! Malah netah dari mana dia mendapat 9lmu apabila dia menyebut bahawa Dajjal itu sudahpun wujud lama dulu dan sekarangpun. katanya mengikut hadith ada 30 Dajjal yg bangkit menjelang kiamat. Tapi, bilangan 30 itu hanya menunjukkan bilangan yg agak ramai bukan bilangan yg haq, i.e. tetap. Katanya, Dajjal itu buka seorang tetapi ramai. Mereka memesongkan aqidah umat Islam, mengajarkan Islam yg batil atau songsang atau ajaran yg sesat, mereka yg mengakui dirinya nabi dan rasul, atau pejuang ugama Islam yg haq dan berbagai-bagi lagi gelaran. Mereka itulah, katanya Dajjal yg dimaksudkan dalam sabda Rsulallah (s.a.w) itu!
Saudara, lihatlah betap jauhnya ilmu si penceramah ini. Betapa remehnya dia pandang Dajjal itu walhal kesemua rasul dan nabi menasihatkan umat mereka bahawa Dajjal itu adalah fitnah yg berat kpd umat-umat mereka. Dajjal itu suatu gejala yg akan memsongkan aqidah mereka setelah mereka mati, jikalah mereka dihidupkan oleh Dajjal dari kubur yg digalinya dan disuruh pilih syurga atau neraka. Neraka pada Dajjal adalah syurga pada Allah (a.w), yakni keimanan. Syurga pada Dajjal adalah neraka pada Allah (.aw) kekufuran. Hebatnya Dajjal itu. Tapi, diremehkan oleh penceramah. malah dia bercakap bohong kerana menyebut perkara yg tiada asas ilmu al-Quran mahupun as-Sunnah. Orang yg bercakap sesuatu tanpa sandaran al-Quran dan as-Sunnah, disisi Islam, adalah pendusta!!
Rasulallah (s.a.w) memerintahkan umat Islam supaya jangan ditanda atau diberi lambang atas kubur orang Islam. Kubur orang Islam hendaklah dijadikan 'ambgious' (yakni, tak siapa tahu). Ia hanyalah wujud sebagaimana tanah biasa tanpa ditanam bungan khas atau batu khas atau dgn binaan ukiran khas dan sebagainya. Kerana, di khuatiri di saat Dajjal keluar dan menjelma, dalam perjalanannya mencari orang Islam dan kubur orang Islam, dia temui kubur kita. Apabila dia pasti itu satu kubur orang Islam akan digalinya, dihidupkannya semula, dan kemudian dia pinta si-mati akui dia Tuhan, dan ikuti segala perintahnya. Jika tidak dikuti, akan dibuhnya semula dgn membelah badan kita dgn cara menarik kai kita sehingga terbelah badan. dalam proses tersebut, kita akan merasa sakitnya sebagaimana kita rasai sakit ketika kita bernyawa!!
Hebat cubaan Dajjal itu. tidak ramai orang yg mati Islam dan iman yg dapat dibangkitkan ketika kiamat kelak sebagai orang Islam dan iman! Sepatutnya ulama' muda tersebut, beritahu jema'ah di masjid Cheras itu certa sebenar Dajjal itu supaya mereka diperingatkan jangan lakukan sesuatu yg menjadikan dia calun untuk dikafirkan oleh Dajjal, walaupun apabila mereka mati semuanya Islam! Itu lebih wajar. jangan buat-buat cerita dongeng sendiri, sebagaimana yg dilakukan olehnya malam itu...
Saudara, insya Allah dalam post selepas ini kita akan ulas pula aspek kedua ceramahnya (Kuliah Maghribnya) iaitu pentafsiran hadith yg mengatakan di akhir zaman nanti umat Islam akan berpecah menjadi 73 Islam, semuanya akui mereka Islam, tapi 72 firqah atau kumplan atau golongan gagal dapat syurga, tapi masuk neraka, dan hanya satu golongan sahaja yg masuk syurga itu.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment