Friday, October 22, 2010

Mati Syahid (Samb.)...

Assalamualaikum,
Saudara, kita lihat hadith berikut yg menyebutkan situasi-situasi bilamanna seseornag yg Islam dan iman itu dikira mati syahid jika terbunuh dia.
Diriwayatkan hadith dari Abi 'Ubadah b Muhammad b 'Ammar b Yassar hadith dari Talhah b Abdillah b 'Aufin hadith dari Said b Zaid hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Barangsiapa di bunuh di bawah (yakni, kerana membela) hartanya, maka dia mati syahid, dan barangsiapa dibunuh di bawah (yakni, kerana membela) keluarganya atau di bawah (yakni, mempertahankan) darahnya (yakni, dirinya) atau di bawah (yakni, mempertahankan atau membela) ugamanya, maka dia mati syahid.' [Hadith Abu Daud, Kitab Sunnah]
Di dalam hadith di atas itu, Islam menghukum bahawa sesiapa yg mati atau dibunh kerana mempertahan sesuatu yg disebutkan dalam hadith tersebut, dia mati syahid. Situasi-situasi tersebut adalah: Pertama, mempertahankan harta dari diambil secara paksa oleh orang lain yg tidak berhak; kedua, mempertahankan keselamatan keluarga atau ahli keluarganya daripada diapa-apakan oleh orang lain; ketiga, mempertahankan dirinya daripada diapa-apakan oleh orang lain, termasuk yg membahayakan dirinya; dan keempat, mempertahankan ugamanya dari kedurjanaan orang lain seperti dicaci atau diperlekehkan oleh orang lain, yakni orang yg anti ugama Islam;
maka orang tersebut jika mati, maka mati syahid dia.
Tidak hairanlah orang Palestine, sebagai contoh, sanggup berperang dgn orang yahudi walaupun tidak mempunyai kekuatan senjata dan seumpamanya, rela mati, kerana mereka mati sebagai seorang syuhada (orang mati syahid). kalau masuk perompak ke dalam rumah kita dan kita melawan mereka, dan ditakdirkan kita terbunuh atau dibunuh, maka kita mati syahid. Begitu jugalah jika rumah kita dimasuki perncuri, kemudian mereka hendak memperkosakan isteri atau anak perempuan kita, maka kita pertahankan mereka, dan kita ditakdirkan terbunuh, maka jika kita mati, mati syahidlah kita. Demikian jugalah ada orang berugama lain yg cuba meremehkan dan menodai Islam, kemudian kita pertahankan, maka kita juga mati syahid jika ditakdirkan kita mati,. Contoh, mempertahankan orang kafir yg hendak merosakkan masjid, surau atau tempat pebgajian milik jema'ah Islam.
Oleh itu, jika kita inginkan jalan pintas ke syurga, jika berpeluang dalam keadaan sedemikian, janganlah kita lari atau mengalah. Hendaklah kita pertahankan hak kita.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment