Assalamualaikum,
Saudara, dalam post ini kita lihat definasi wanita Islam yg terbaik pada kata mata atau penilaian Islam berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Menceritakan hadith dari Syurahbil b Syarik bahawasanya dia mendengar Aba Abdul Rahman al-Hubuliya menceritakan hadith dari Abdullah b 'Amru b 'Ass bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Sesungguhnya dunia ini kesemuanya menyenangkan (yakni, menyeronokkan) dan sebaik-baik kesenangan (yakni, keseronokan, bagi seorang suami) di dunia adalah (mempunyai) isteri yg solehah.' [Hadith an-Nasa'i]
Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam hadith di atas itu bahawa dunia ini memang menyeronokkan kpd manusia. Namun, sebaik-baik kesenangan di dunia itu adalah apabila seorang suami isteri memilik seorang isteri yg solehah. Tiada yg lebih menyenangkan kpd si suami melebihi kesenangan atau keseronokan di dunia. Kerana, isteri yg solehah itu sentiasalah menyenangkan hati dan kehidupan suaminya. Dia taatkan Allah (a.w) dan taatkan RaulNya dan dia taatkan suaminya. Dia tidak pernah menimbulkan sebarang masalah kpd suaminya. Dia sentiasa patuh. Sentiasa berusaha menjalankan tanggung jawabnya sebagai isteri terhadap suaminya dan terhadap anak-anaknya. Dia menjaga segala sesuatu yg diamanahkan oleh suaminya kepadanya, seperti rumah tangganya dan harta suaminya serta mendidik anak-anaknya.
Sebaliknya, jikalah seorang suami itu mendapat seorang isteri yg tidak sedemikian, maka hidupnya seumpama neraka di dunia. Sentiasa menyulitkannya dalam perkara dunianya dan akan lebih menyulitkannya lagi dalam perkara akhiratnya. Isteri tidak dapat dikawal. Tidak dapat dididik, tidak mendengar cakap dan suami pula terpaksa sentiasa mendengar cakapnya pula!
Menceritakan hadith dari Ali b Yazid hadith dari Qasim hadith dari Abi Umamah hadith dari Nabi (s.a.w) bahawasanya bersabda: 'Tidak memberi manfaat kepada seorang iman selepas ketaqwaan kepada Allah (a.w) lebih baik dari itu dari isteri yang solehah. Sesungguhnya isteri yg solehah itu adalah apabila diperintah padanya dia taatkan perintah (suaminya), apabila (suami) melihat ke atasnya menyenangkan pada suaminya dan apabila memberi (nafkah) atasnya memperbaikinya dan jika tiada suaminya di sisinya menasihatinya pada dirinya dan hartanya.' [Hadith ibnu Majah]
Dalam hadith di atas itu diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) beberapa ciri utama isteri yg solehah itu. Ciri-ciri utama isteri yg solehah adalah: pertama, bila diperintah oleh suaminya dia akur dan taat, tak banyak solal, kecuali mendapt kepastian tentang perintah tersebut jika kuirang difahami. Setelah difahami dia taat dan laksanakan. Kedua, suaminya sentiasa merasa gembira dan tenang melihat isterinya. Ketiga, apabila diberi nafkah oleh suaminya, dia akan memaksimumkan manfaat dari nafkah tersebut, tidak membazir dan menguruskannya dgn cermat dan terbaik demi kebajikan keluarganya. Keempat, apabila suamiya ada urusan di luar rumah, si isrteri kan memperngatkan suaminya akan tanggungjawabnya terhadap Allah (a.w) dan RasulNya, terhadap pemimpin jema'ahnya dan jema'ahnya, dan terhadap dirinya sendiri. Dan, si isteri juga menasihati dirinya sendiri supaya menjaga rumah tangga suaminya dan menjaga dirinya.
Diriwayatkan hadith dari abi Nasrin , iaitu Abdullah b Abdul Rahman dari Musawirin al-Himyari dari ibunya yg berkata: 'Aku mendengar Ummu Salamah berkata: 'Mendengar aku Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Mana-mana isteri yg mati dan suaminya ridha atasnya, masuk dia ke dalam syurga.' [Hadith ibnu Majah, Kitab Nikah]
Hadith di atas itu memberitahu kaum isteri betapa mudahnya baginya untuk mendapat syurga. Yg diperlukan hanyalah dia taatkan suaminya. Ketaatan terhadap suaminya adalah salah satu sebab yg membolehkan suaminya ridha terhadapnya. Tanggung jawab ugama dan tanggung jawab mengurus keluarganya adalah atas bahu suaminya, kerana lelaki itu bertanggung jawab terhadap isteri dan keluarganya. Selain ketaatannya terhadap Allah (a.w) dan RasulNya, si suami bertanggungjawab mengurus dirinya dalam Islam dan ahli keluarganya. Jika dia berjaya, barulah dia mendapat syurga. Isteri hanya perlukan keridhaan suaminya terhadapnya, apabila dia meninggal dunia.
Menceritakan Nadru b Sumailin menceritakan kepadanya hadith dari Muhammad b 'Amrin hadith dari Abi salamah hadith dari abi Hurairah hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: 'Seandainya ada aku boleh memerintahkan seseorang bahawa sujud dia kepada seseorang, nescaya memerintah aku kepada wanita (yakni, isteri) bahawa sujud dia (isteri) kepada suaminya.' [Hadith at-Temidzi, Kitab Nikah]
Betapa utamanya ketaatan seorang isteri terhadap suaminya disebutkan dalam hadith di atas itu. Manusia tidak dibolehkan dalam Islam menyembah orang lain. Namun, Rasulallah (s.a.w) memberitahu, kalaulah dia berkuasa, yakni diberi kekuasaan oleh Allah (a.w) memerintahkan seorang manusia itu sujud kpd seorang manusia yg lain, maka dia akan perintahkan si isteri sujud kpd suaminya. Begitulah utamanya isteri itu mengagungkan suaminya dalam Islam.
Jelaslah, mudah bagi seorang isteri itu mendapatkan syurga. Syarat yg diperlukan hanyalah dia taatkan suaminya asalkan suaminya tidak menyuruh dia membuat maksiat, yakni perbuatan yg melanggar ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (yakni, as-Sunnah). Kalau suaminya zalimpun, tapi tidak menyuruhnya membuat maksiat, dia taatkan perintah dan suruhan suaminya, dia dianggap taat.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment