Thursday, October 28, 2010

Islam dan Wanita: Isteri Menyakiti si Suami ...

Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung lagi perbincangan kita tentang tajuk di atas. Yg kita sering dengar adalah suami yg menganianya isteri - berlaku kasar, meninggalkan isteri tanpa nafkah, tidak memberi nafkah kpd isteri dan anak, suami menghilangkan diri, atau suami memukul istei, dan dalam akhbar tak lama dulu suami menyimbah asid kpd isterinya kerana enggan menunaikan kemahuannya. Dan berbagai-bagai lagi. Peranahkah kita dengan si suami sebaliknya dianianya atau disakitkan oleh si isteri? Berlakuke sedemikian? Suatu masu dulu ada juga kita terbaca si isteri membelasah suaminya. Itu penganianyaan secara fisikal oleh isteri terhadao seorang suami! Lebih kerap isteri menyakiti suami secara emosi atau psikologi dgn meluahkan kata-kata kesat, mencaci dan memburuk-burukan suaminya apabila si isteri bertemu dgn orang lain, terutama di kalangan isteri-isteri lain.
Sesungguhnya selain mengkufuri pemberian suami, wanita itu terjerumus ke dalam neraka, kerana mulutnya: suka memfitnah, mencaci maki orang, membawa mulut dan sebagainya. Kerana mulut badan binasa, kata bidalan Melayu. Antara sebab yg banyaknya wanita menjadi ahli neraka di akhirat kelak adalah kerana mulutnya.
Kalau si isteri menganianya suaminya atau menyakiti suaminya bagaimana? Kita lihat ketetapan dalam sabda Rasulallah (s.a.w) berikut:
Diriwayatkan hadith dari Kathir b Murrah al-Hadarmi hadith dari Muaz b Jabal hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: 'Jangan menyakiti seorang perempuan (i.e. isteri) suaminya di dunia! (Apabila disakiti oleh isteri suaminya di dunia) berkata bakal isteri-isteri suami dari kalangan hurur-ain (bidadari syurga): 'Jangan menyakiti kamu pada suamimu! Semoga membunuh (maksudnya) melaknat Allah (a.w) kepada kamu. Maka sesungguhnya (suami) sisi kamu yg masuk sekejap (i.e. berada dgn kamu sementara saja), hampir memisahi suami akan kamu dan (kembali) kepada kami (di akhirat).' [Hadith at-Termidzi, Bab Talaq]
Hadith diatas menyebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) melarang isteri itu menyakiti suaminya - fisikal ataupun spirtitual, kerana jika disakiti oleh isteri suaminya, akan didoakan oleh bidadari syurga (yg merupakan bakal isteri suaminya kelak di syurga) supaya Allah (a.w) melaknat si isteri. Isteri yg dilaknat Allah (a.w) tidak akan dapat syurga. Isteri yg taatkan suaminya dan ridha akan dia, maka si isteri akan menjadi Queen (ie. permaisuri atau ratu) di dalam istana suaminya di akhirat kelak, bilamana rumah tangga suaminya yg termasuk hurul-ain itu dibawah kawalan isteri. [Nota: Suami yg termiskin di dalam syurga di akhirat kelak memilik harta kekayaan seumpama 10 kali dunia dan isinya. meiliki pelbagai istana dan mahligai ertakluk kpd amalan si suami di dunia].

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment