Sunday, October 24, 2010

Menarik hari ini: Membangunkan Menara Gemilang...

Assalamualaikum,
Saudara, sejak akhir-akhir ini, sering kita dengar tentang cadangan kerajaan, khususnya PM, dgn tertubuhnya sebuah syarikat milik kerajan 1MDB. CEO syarikat ini orang Melayu yg dikatakan pintar, kerana mendapat ijazah dari ivy league universiti dari luar negera. Pastilah dia sukakan cadangan tersebut. Dia dapat menonjolkan diri. Dia boleh menunjukkan kehebatannya dalam sektor korporat. PM pula inginkan satu, jika tidak lebih dari satu, mercu tanda yg dia boleh berbangga sebagai PM Malaysiadan yg akan menjadi legacynya pula. Mahathir meningalkan mercu tanda yg banyak - Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat Putrajaya yg mengayakan begitu banyak usahawan/tokok China, terutama SP Setia. Mahathir terkenal bahawa dalam eranya Malaysia memiliki dua menara kembar yg tertinggi di dunia - The Petronas Twin Tower. Abdullah Badawi pula tinggalkan legacy apa - yg sehebat Mahathir? Takda. Jadi Najib ingin, selain pertimbangan-pertimbangan lain, ingin tinggalkan mercu tanda yg tak kurang hebatnya dgn warisan Mahathir! iaitu binaan yg tertinggi di dunia kelak yg akan dibina di kawasan Stadium Merdeka?
Yang jelas apa? Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa salah satu tanda-tanda akhir zaman atau kiamat akan berlaku adalah apabila anak-anak hamba (yakni, orang miskin) mnenjadi pemimpin bangsanya. Apabila, pemimpin-pemimpin sedemikian berbangga dan berlumba-lumba membina bangunan yg tersergam mencakar langit, sebagaimana firaun dulu suruh orang-orang kaya zamannya, termasuk Qarun, membina suatu menara yg akan membolehkan dia melihat Allah (a.w)!
Apakah Malaysia sudah begitu kaya maka memerlukan satu mercu tanda lain pula? Tak cukup dgn Petronas Twin Tower? Dulu Mahathir guna wang Petronas bangunkan Petronas Tower dan juga Putrajaya. Kini Najib nak gunakan pula wang yg begitu banyak tersimpan dgn PNB dan mungkin KWSP. Malah caruman pekerja di KWSP telahpun digunakan untuk membeli RHB bank yg hampir bankrap, kini akan membeli pula PLUS yg mengenakan pelbagai 'kickbacks' kpd pemilik PLUS kerana tidak dapat menaikkan bayaran tol sebagaimana yg dijanjikan dalam perjanjian. Yg siksa nanti adalah orang ramai yg dhaif. Tapi, orang miskin tak guna lebuhraya, kata mereka. Oklah. Tapi, bagaimana pula dgn orang yg melarat yg masih miskin, yg tak dapatpun kais pagi makan pagi, yg masih banyak di Kelantan, Terenggau, Kedah dan seumapamnya? Bila menjelang Aidfil Fitri keluar cerita mereka. Bila habis Raya, senyap semula? Apakah Islam tidak menyuruh pemimpin Islam fikirkan kebajikan mereka itu?

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment