Tuesday, October 12, 2010

Menolak as-Sunnah? Terima Cakap Ulama'?(Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, sekali sekala dalam blog ini kita peringatkan diri kita tentang tegahan dan larangan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) tentang sesuatu. Tujuannya: supaya tidaklah kita tersesat beramal, kerana apabila kita tersesat beramal, maka yg rugi dir kita sendiri di akhirat kelak. Ramai umat Islam, termasuklah para ulama' dan ilmuwan Islam, walaupun mereka boleh dianggap berilmu (malah mereka akui diri mereka berilmu berbanding dgn orang semacam kita), mereka juga tersesat. Contoh kesesatan mereka adalah apabila mereka berhujjah dan berkeras dengan pendirian mereka bahawa tidak semua pembahruan dalam ugama itu dolalah (kesesatan), adayg hasanah (i.e. baik), dan boleh dijadikan panduan dan diamalkan. Kita yg jahil dan dahagakan ilmu bertemu dgn mereka untuk belajar sesuatu tentang ugama kita supaya tidaklah kita beramal tanpa bimbingan. Mereka ajarkan kita sesuatu yg 'bida'ah hasanah', kita amalkan kerana yakin dgn mereka itu. Di akhirat esok kita dapati kita tersasar jauh dari kebenaran. Malah kita melakukan (i.e. mengamalkan) sesuatu yg batil. Rugi kita. Tak dapat ganjaran pahala. Malah mendapat dosa pula. Kita berdosa kerana mengamalkannya dan anak-anak serta cucu cicit kita pula sama-sama tersasar dalalm kebatilan. Kita rugi, merekapun rugi. Anak-anak kita, cucu cicit kita akan meminta pertolongan kita di akhirat. Mereka mencemuh kita kerana ajarkan mereka perkara yg batil sehinggakan segala amalan dan ibadah mereka sia-sia walaupun betul mengikut kaedah para ulama' dan ilmuwan yg mengajarkan kita dulu! Tetap batil.
Inilah peringatan Allah (a.w) dalam perkara menolak as-Sunnah dan menerima caka-cakap atau panduan manusia yg kita sendiri tau, setelah berilmu, bahawa mereka mengajarkan yg batil. Berwaspadalah supaya tidaklah apa yg difirmankan Allah (a.w) berikut ini menjadi realiti kesudahan kita di akhirat:
Di dalam al-Quran, Allah (a.w) mengingatkan bahawa sesiapa yang benar-benar Islam dan mengikuti ketetapan Rasulallah (s.a.w) tidak harus merasa takut dan susah, kerana akan diberi ganjaran syurga Allah (a.w) seperti yang dijanjikan dalam Ayat 13 Surah an-Nisa’ itu. Ini difirmankan oleh Allah (a.w) seperti berikut:
Firman Allah (a.w):'Bala man aslam … (hingga) … walahum yahzanuna.' [Maksud: ‘Bahkan, sesiapa yang benar-benar menyerah diri kepada Allah (a.w) (yakni, benar-benar Islam) dan sungguh-sungguh mengikuti tuntutan Rasulallah (s.a.w) (yakni, berpandukan as-Sunnah), maka baginya tersedia pahala di sisi Tuhannya, dan tidak akan merasa takut atau susah (di akhirat nanti) ….’] [Ayat 112, Surah al-Baqarah].
Jelasnya, amal dan ibadah yang diterima oleh Allah (a.w) hendaklah memenuhi dua syarat: pertama, ikhlas beramal dan beribadah kerana Allah (a.w) semata-mata; dan kedua, tepat dan sesuai dengan tuntutan Rasulallah (s.a.w) (yakni, mengikuti as-Sunnah). Bila amal dan ibadah itu ikhlas, tetapi tidak mengikuti metetapan as-Sunnah maka tidak diterima Allah (a.w), sebagaimana disabdakan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa beramal dengan sesatu amalan tidak menurut tuntutan kami, maka amalannya tertolak.’ [Hadith Muslim].
Maka dengan itulah Allah (a.w) memberitahu kita pada dalam Ayat 23, Surah al-Furqan perkara yg sama sebagai peringatan kepada kita:
Allah (a.w) berfirman: ‘Wa qadimna ma ‘amilu min ‘amalin faja’alna haba-an mansyuran.'[Maksud: Dan Kami (Allah (a.w)) periksa amal mereka, kemudian Aku (Allah (a.w) jadikannya (yakni, amalannya) bagaikan debu yang berhamburan (atau beterbangan)’ (yakni, tidak diterima seumpama habuk dan debu sahaja segala apa yang diamalkan) [Ayat 23, Surah al-Furqan].
Dan, kemudian Allah (a.w) menggambarkan pula dalam ayat 2, 3 dan 4, Surah al-Ghasiyah, dengan cerita apa yg akan berlaku di padang mahsyar kelak, apabila mereka yg tersilap jalan itu akan merasa terhina melihat Kitab Catatan Amalan mereka kosong, walaupun semasa di dunia dulu, istiqamah mengerjakan amalan dan ibadah yg berbagai pula.tapi semuanya batil sahaja! Akhirnya tak dapat syurga tapi masuk neraka.
Firman Allah (a.w): ‘Wujuhuy yaumaizin khasyi’ah @Amilatun nasibah @ Tasla naran hamiah.'[Maksud: Beberapa wajah manusia pada hari itu (di akhirat) tunduk merasa hina dan rendah diri @ Dahulu mereka telah beramal dengan bersusah payah @ Akhirnya masuk ke neraka yang sangat panas.] [Ayat 2-4, Surah al-Ghasyiah]
Kita diperingatkan oleh Allah (a.w) dan juga oleh Rasulallah (s.a.w) janganlah jadi golongan sedemikian.Maksudnya, walaupun bersusah payah mengerjakan amalan dan ibadah, tetapi nyata tidak mendapat pahala. Kerana, semua amalannya tertolak. Tidak diterima Allah (a.w) sebagaimana amalan yang sah. Allah (a.w) beri kita tahu dalam firmanNya pada Ayat 7, Surah al-Haysr, ambillah apa-apa yg diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) dan tinggalkanlah apa-apa yg ditegahnya. Allah (a.w) juga peringatkan kita pada Ayat 36, Surah al-Isra', iaitu, janganlah kita mengerjakan amalan atau ibadah tyanpa mengetahui secara sah ilmu mengenai amalan atau ibadah tersebut. Rasulallah (s.a.w) beritahu dan peringatkan kita dalam as-Sunnah supaya berilmulah dahulu sebelum mengerjakan sebarang amalan. Rasulallah (s.a.w) beri kita tahu berpandulah kpd dua warisannya iaitu al-Quran dan as-Sunnah, kerana sesiapa yg berpandukan hidupnya kpd dua hazanah panduan dan ilmu tersebut pasti tidak akan sesat. jangan berpandu dgn cakap-cakap atau kata-kata orang yg mereka sendiri jahil atau tidak faqih tentang al-Quran dan as-Sunnah. Kita yg rugi. Janganlah perdagangkan akhirat kita dalam kejahilan!
Tak ubahlah seperti orang yang menyembah patung-patung juga. Warak tetapi takda gunanya. Kerana, mereka tidak menyembah Allah (a.w). Maka dengan itulah wajib kita berwaspada kerana amalan yang diterima sebagai sah hanya jika menepati dua syarat, iaitu ikhlas beramal dan tepat mengikut ketetapan as-Sunnah sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam praktikalnya! Rasulallah (s.a.w) sendiri tidak tahu bagaimana hendak mengerjakan perintah Allah (a.w) tanpa ilmu. Maka dengan itulah Allah (a.w) wahyukan kepadanya. Dan, apabila perlu ditunjukkan sejelas-jelasnya, maka Allah (a.w) perintahkan malaikat Jibrail (a.s) turun ke langit dunia menjelmakan diri sebagai seorang lelaki muda berpakaian serba putih mengajarkan Rasulallah (s.a.w).
[Nota: Islam yang benar dan hak itu adalah semata-mata menepati ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Amalan dan ibadah yang tidak sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah adalah amalan dan ibadah yang batil. Tidak akan diterima Allah (a.w), walapun pada kacamata manusia nampak begitu cantik dan baik! Rujuk Tafsir Ibnu Katsir, Jilid 1, m.s. 194 - 195
Umat Islam wajib mentaati 'ulil amri' dalam jema'ah, i.e. termasuklah para ulama' yg membimbing umat Islam, tetapi 'ulil amri' tiada haq menukar - menambah atau mengurangi - apa-apa ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) menyuruh berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, Allah (a.w) menyuruh kita ikuti contoh perlakuan Rasulallah (s.a.w) kerana dialah model atau contoh terbaik i.e. 'uswatun hasanah'. Rasulallah (s.a.w) beri kita tahu bahawa ilmu yg wajib kita orang Islam yg beriman itu pelajari, fahami betul-betul adalah dua iaitu al-Quran dan as-Sunnah.
Hari ini ramai orang Melayu tidak belajar al-Quran dan lebih-lebih lagi as-Sunnah (i.e. al-Hadith). Para ulama' dan ilmuwan tidak mengajarkan al-Quran dan as-Sunnah sebagaimana sepatutnya. Orang Melayu tidak mengamalkan ugamanya berteraskan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, sebaliknya meyakini kata-kata dan caka-cakap atau ajaran para ulama' yg berkata-kata tanpa iulmu yg sempurna. maka, tidak hairanlah esok di akhirat ramai yg tersasar dan terjerumus sebagaimana yg disebutkan oleh Allah (a.w) dalam firmanNya itu.]
Mudah-mudahan kita tidaklah terlambat. Kembali ke pangkal jalan kalau kita tersasar. Ketaksuban terhadap segolongan ulama' atau kpd fahaman kemazhaban, contohnya, atau kpd sesuatu aliran, tidak menguntungkan kita. Kita yg beriman wajib taksubkan Rasulallah (s.a.w) dgn mempelajari as-Sunnah. Kerana itu saja yg dapat menyelamatkan kita di akhirat kelak. Panduan lain pasti - lambat laun - akan menyesatkan atau menjerumuskan kita ke dalam neraka.
Mudah-mudahan kita ada kekuatan berubah. Mudah-mudahan kita diberi kesempatan membuat perubahan minda dan perubahan paradigma dalam ugama. Mudah-mudahan Allah (a.w) menunjukkan jalan yg benar itu, jalan yg kita minta Allah (a.w) tunjukkan kpd kita setiap kali kita membaca Ayat 5, Surah al-Fatihah itu. Itu saja tindakan yg menguntungkan kita.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment