Assalamualaikum,
Saudara, kita lihat hadith di bawah ini tentang satu lagi peraturn rumah tangga dalam Islam dan tentang ketaatan isteri kpd dan terhadap suaminya.
Diriwayatkan hadith dari Syu'bah hadith dari Qatadah hadith dari Zurarah hadith dari abi Hurairah (r.a) berkata: 'Telah bersabda Nabi (s.a.w): 'Ketika bermalam (ie. tidur) wanita (i.e. isteri) berindah dai tempat tidur suaminya, maka melaknat malaikat rahmat atasnya sehingga dia kembali semula (ke tempat tidur suaminya).' Hadith Bukhari, Kitab Nikah]
Hadith ini memberi ketetapan bahawa ketika sampai waktu tidur, hendaklah si isteri itu berada di tempat tidur suaminya dan tidaklah boleh dia kerana sengaja atau tak sengaja tidur di tempat lain. Jika dia berindah tempat tidur kerana perselisihan faham dan seumpamanya, maka malakita rahmat melaknatnya. Dan, sepanjang masa dia tidak bersama dgn suaminya dia mendapat dosa. Malaikat adalah makhuk yg terhampir kpd Allah (a.w) dan mereka sentiasa taatkan Allah (a.w) dan tidak pernah melakukan sebarang kemungkaran atau penentangan terhadap Allah (a.w). [Nota: Apabila malaikat melaknat maka besarlah dosanya. Sebaliknya, kalau malaikat mendoakan kebaikan pula kpd kita (seumpama malaikat berdoa ketika manusia iman itu belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah), maka pastilah Allah (a.w) mengkabulkan doa mereka]
Justeru itu, walau apa sekalipun situasa dan keadaan isteri hendaklah sentiasa menuruti kehendak dan kemahuan suaminya, termasuklah dalam perkara hubungan suami isteri.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment