Tuesday, October 26, 2010

Ibadah Haji: Larangan Berburu

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post-post yg lalu tentang Ibadah haji/Umrah, kita senaraikan larangan/pantang larang ketika berikhram, yakni setelah memakai ikhram dan melafazkan niat untuk haji atau umrah. Antara larangan/pantang larang berikhram tersebut disebutkan dalam hadith berikut:

Larangan Berburu/Membantu Orang Berburu

Antara larangan berikhram/pantang larang berikhram (atau haji) itu adalah berburu/menolong orang yg berburu.
Diriwayatkan hadith dari Abdillah b Abi Qatadah as-Salmi hadith dari bapanya bahawasana berkata:’Ada aku pada suatu hari sedang duduk beserta beberapa lelaki dari kalangan para sahabat Nabi (s.a.w) di suatu tempat jalan ke Mekah; dan Rasulallah (s.a.w) bertempat di depan aku (duduk); dan kaum (ie.e sahabat) memakai ikhram, dan aku tidak memakai ikhram. Maka melihat mereka seekor himar (i.e. kaldai liar). Dan aku disibukkan menjahit seliparku untuk mnelihat, maka tidak diberitahu oleh mereka kepadaku tentangnya (i.e. kaldai itu). Dan, suka aku jikalah melihatnya. Maka ternampak aku, maka berdiri aku dekat tungganganku, maka menyediakannya, kemudian menunggangnya, dan lupa aku cemeti dan tombakku. Maka berkata aku kepada mereka (sahabat): ‘Tolonglah berikan kepadaku cemeti dan tombaku!’ Maka berkata mereka: ‘Tidak! Demi Allah (a.w) tidak akan menolong aku akan dikau sesuatu.’ Maka marah aku, maka turun aku (dari tunggangan), maka mendapatkan kedua-duanya, kemudian menaiki tungganku dan mengejar kaldai, kemudian menemui aku kaldai dan (ditikam) mati dia. Maka memasaknya di dalamnya dan makan makan mereka. Kemudian sesungguhnya ragu-ragu mereka dalam memakannya dan mereka sedang berikhram. Maka aku menyimpan peha depannya bersama-samaku. Maka menjumpai kami Rasulallah (s.a.w), maka bertanyakan dari perkara sedemikian. Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Adakah bersama-sama kamu sesuatu (dari tinggalan kaldai)?’ maka memberikan paha (tadi), maka memakannya sehingga dibersihkan (daging-daging di tulangnya), dan dia sedang ikhram.’ Berkata Muhammad b Jaafar: ‘Dan menceritakan kepadaku Zaid b Aslam hadith dari Ato’ b Yassar hadith dari Qatadah seumpama hadith ini.’ [Hadith Bukhari, Kitab Makanan]
Di dalam hadith ini disebutkan oleh Abu Qatadah bahawa semasa mengikuti rombongan haji Rasulallah (s.a.w), para sahabat memakai ikram, dan dia tidak memakai ikhram. Mereka ternampak seekor kaldai liar. Dia bergesa mengejarnya, tetapi terlupa bawa cemeti kuda dan tombaknya. Apabial disuruh sahabat lain ambil untuknya mereka enggan, maka marah dia. Kemudian diambilnya sendiri, lalu mengejar kaldai tersebut, ditombaknya kemudian mati (yakni, didapatinya). Lalu dimasak. Para sahabat makan bersma-samanya. Kemudian para sahabat was-was, apakah mereka yg sedang berikhram boleh makan daging buruan, walaupun mereka tidak turut serta berburu. Abu Qatadah menyimpan peha depan dan menemui Nabi (s.a.w) bertanyakan persoalan makan daging buruan ketika berikhram. Rasulallah (s.a.w) bertanyakan apakah masi ada baki daging kaldai tersebut. Setelah diberikan. Nabi (s.a.w) memakannya sampai dibersihkan dengan gigi daging-daging yang melekat pada tulang kaki depan (kaldai) tersebut.
Hadith ini memberikan ketetapan Islam dan syariatnya beberapa perkara: Pertama, kaldai liar itu halal dimakan; kedua, orang yang sedang berikhram (untuk haji ataupun umrah) tidak boleh berburu; ketiga, orang yang sedang ikhram tidak boleh menolong orang yang berburu; keempat, orang berikhram itu tidak dihalang, yakni dibolehkan, makan daging ternakan/haiwan yang diburu orang lain; kelima, apakala makan, dibolehkan mengigit daging yang melekat ditulang; dan keenam, apabila makan tulang berdaging, hendaklah dihabiskan atau dibersihkan dengan memakan daging yang melekat ditulang, supaya tidak dibazirkan.
Hadith ini dipetik dari Kitab Makanan dalam Sahih Bukhari. Walaupun tajuknya adalah makanan kerana ia memberikan beberapa peradaban (atau, peraturan) tentang makan atau makanan, iaitu: pertama, makan daging kaldai liar; dan kedua, menggigit sisa daging-daging yang melekat ditulang supaya dihabiskan dan tidak ditinggalkan, ia memberikan dua prinsip penting yang lain, iaitu mengenai patang larang/larangan berikhram, iaitu: pertama, ketika berikhram dilarang berburu; kedua, dilarang membantu atau memberi bantuan kepada orang yang berburu; dan ketiga, orang yang sedang berikhram dibolehkan makan daging buruan orang lain .
[Nota: Islam melalui ketetapan as-Sunnah melarang memakan daging kaldai yang diternak, yakni kaldai jinak. hanya kaldai liar sahaja dibolehkan dimakan dagingnya.]
[Komen Khas: Saudara, tidak ada logik dalam penjelasan mengenai Islam dan syariatnya. Islam adalah ugama Allah (a.w) dan disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w), orang yg diamanahkan oleh Allah (a.w) untuk menyampaikan ugama Islam, ugama yg diridhai Allah (a.w), sebagai wadah pengabdian manusia (dan jinn) terhadap Allah (a.w). Ugama lain selain Islam tidak diterima Allah (a.w). Maka dengan itu orang yg tidak anuti Islam, tidak mungkin mendapat syurga dan pasti masuk neraka. Begitu jugalah ketetapan dalam Islam kpd umat Islam sendiri, antaranya, tidak hala hidup tiga orang Islam sama ada bertempat di suatu qariah atau dalam musafir, kalau tidak mengangkat seorang di antara mereka menjadi Imam ke atas mereka bertiga. Tiada logik untuk menjelaskan ketetaan tersebut!
Begitu jugalah dengan ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (dan ketetapan Omar b Khattab) bahawa umat Islam hanya sah dikatakan Islam jika mereka berjema'ah dalam menganuti Islam dan apabila berjema'ah perlu wujud seorang pemimpin (atau, umumnya Imam) yg mereka lantik, kemudian mereka berbai'at berjanji 'mendengar dan taatkan perintah Imam' (Surah an-Nur). Tidak ada penjelasan logik mengenainya, walaupun boleh dijelaskan secara logik! Yg wajib bagi manusia adalah Ayat 13, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr dan, sehubungan itu dan atas landasan itu jugalah, orang Islam yg iman akur dengan perintah Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah.
Apakah mungkin manusia boleh menjelaskan sesutu ketetapan Allah (a.w) dgn menggunakan ilmu, walhal Allah (a.w) menyebut dalam Surah al-Kahfi bahawa ilmu Allah (a.w) itu amat luas. Ilmu yg ada pada manusia hanyalah setakat air yg melekat di jari kita apabila kita celupkan jari kita ke laut, dan air lautan itu adalah ilmu Allah (a.w), dimisthalkan, dan kita ingin jelaskan sesuatu ketetapan Islam? Allah (a.w) memberitahu kalaulah kesemua pohon di bumi ditebang dan dijadikan pensel dan air lautan itu dijadikan dakwatnya, untuk menulis ilmu Allah (a.w), pasti digandakan sekali atau tujuh kali ganda lagipun, tidak akan habis ilmu Allah (a.w) itu ditulis! Maka dgn itu, manusia hanya perlu terima ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya sahaja, jangan banyak soal atau banyak buat penyelidikan sehingga dapat double Ph D dan sebagainya. Tetap, orang sedemikian belum cukup ilmunya. Yang wajib hanya manusia yg akui dirinya Islam dan beriman itu belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah supaya faham Islam dan syariatnya dan dapat beribadah dan beramal tanpa kejahilan dan menepati ketetapan syariat Islam mengikut as-Sunnah. Maka, baru kita boleh dianggap berilmu. Dan, kita berjaya mengabdikan diri sebagaimana yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Itu saja yg perlu untuk berjaya mendapatkan syurga. Itu janji Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa' dan Ayat 80, Surah an-Nisa'.
Jangan ketepikan as-Sunnah dan ambil panduan orang lain, ulama' ataupun ilmuwan betapa hebat sekalipun mereka. Yg tak sesat adalah mereka yg berpandukan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah sahaja.
Mudah-mudahan saudara faham Islam dan tuntutannya, insya Allah]

Jazakallahu khairah.

No comments:

Post a Comment