Friday, October 29, 2010

Jum'at: Solat Jum'at dan Khutbah Jum'at

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini kita sempat menemui semula hari Jum'at. Bererti sudah seminggu lagi bertambah hidup kita dan seminggu pula kita menghampiri ajal kita!
Dalam post tak lama dulu penulis sebutkan bahawa Hari Jum'at itu adalah hari yg amat utama kpd umat Islam. Hari itu juga akan lebih menjadi utama kpd manusia, kerana pada hari Jum'atlah kiamat akan berlaku. Hari Jum'at adalah 'Saidul Aiyam' kata para ulama'. Memangpun hari Jum'at itu diuatamakan oleh Allah (a.w) terhdap manusia semenjak dulu lagi. Tapi orang Yahudi (kaum Bani Israil) tidak mau Jum'at dijadikan hari kebesaran mingguan mereka, mereka pilih hari Sabtu. Orang Nesrani juga begitu. Mereka tidak mau menerima anugerah Allah (a.w) supaya dijadikan hari kebesarn mereka juga. Mereka pilih hari Ahad. Umat Muhammad (s.a.w) akur dgn kehendak Allah (a.w). Mereka menerima hari Jum'at sebagai hari kebesarn mingguan mereka.
Walaupun begitu, yg wajar kita merasa ralat adalah orang Islam salahgunakan hari Jum'at. Memang umat Islam kerjakan Solat Jum'at pada hari Jum'at, tetapi mereka telah mengubah ketetapan Allah (a.w) tentang Solat Jum'at itu. Apa yg diubah? Pertama, walaupun khutbah Jum'at itu adalah sebahagian daripada rukun Solat Jum'at, yg sepatutnya dibaca dalam bahasa yg ditetapkan iaitu bahasa Arab, mereka baca khutbah dalam bahasa masing-masing, yakni Melayu bahasa Melayu, Cina bahsa China dan India dgn bahasa India (Tamil, urdu dsbnya). Kedua, mesej yg mereka utamakan dalam khutbah Jum'ah adalah kesemuanya keduniaan dan sedikit sangat peringatan tentang apa yg telah mereka kerjakan demi Allah (a.w) minggu lalu dan apakah yg patut mereka kerjakan minggu depan demi mempastikan mereka benar-benar orang yg beriman dan bertaqwa.
Soalnya: Jikalah khutbah itu wajib dibaca dalam bahasa solat, sebagaimana azan dan qamat itu disebutkan dalam bahasa solat, yakni bahasa Arab, dan khutbah itu sebahagian daripada syariat Solat Jum'at, apakah sah solat Jum'at kita? Pastilah Solat Jum'at kita itu tidak sah dan terbatal.
Menyebut tentang khutbah ini, penulis pernah hadhir dalam Solat Jum'at yg diadakan di Masjid Stretham UK. Imamnya seorang al-Hafiz bangsa Pakistan. Dia mensolatkan Solat Jum'at dgn membaca khutbah dalam Bahasa Arab. Apabila dibandingkan dgn khutbah di Masjidil Haram dan Masjid an-Nabawai jelas tidak berbeza dari segi format dan isinya (content). Kesemuanya mengenai peringatan kpd kaum Muslimin tentang keimanan dan ketakwaan, tentang amalan dan iabadah yg dikerjakan inggu lalu, dan tentang amalan dan ibadah yg wajib dikerjakan minggu depand sebagai membuktikan keimanan seorang Islam dan iman yg semakin meningkat keimanan dan ketaqwaan sejajar dgn ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), pendeknyamencari kerahmatan Allah (a.w) dan menyiapkan diri supaya terselamat dari neraka Allah (a.w). Itulah mesej Ayat 57, Surah al-Isra', iaitu: '(beramal dan beribadah semata-mata) kerana mengharapkan kerahmatan Allah (a.w) dan takutkan siksaan Allah (a.w), iaitu neraka'. Menyedari bahawa makmumnya tidak faham bahasa Arab, imam tersebut mensyarahkan isi kandungan khutbah yg dibacanya melalui satu pra-khutbah sebelum khutbah dalam bahasa Inggeris supaya makmumnya faham apa mesej khutbahnya kelak. Itulah kaedah terbaik jikalah tujuannya untuk memberi kefahaman kpd makmum dan kemudian selepas azan membaca khutbah dalam bahasa Arab.
Rasanya, tidak ada khatib ataupun imam di Malaysia yg melakukan sedemikian buat masa ini. Penulis pernah juga hadhir Solat Jdi beberapa tempat di Indonesia, di mana imamnya membaca khutbah dalam bahasa Arab. Katanya, golongan sedemikian adalah sedikit sahaja.
Mudah-mudahan Allah (a.w) memberi hidayah Islam yg haq kpd imam-imam di Malaysia supaya menyedari betapa jauhnya mereka sudah menyimpang dari syariat Islam tentang Solat Jum'at ini. Jika tidak imam dan makmunya terkenalah hukuman Allah (a.w) sebagaimana orang yg meninggalkan Solat Jum'at tiga kali berturut-turut itu dikunci oleh Allah (a.w) hatinya (maksudnya, menjadi orang munafiq yg haq. Orang munafiq yg haq itu di akhirat kelak tempat dibahagian paling terkebawah kawah neraka, lebih hina dari orang kafir, waliyazubillah).

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Askm, saya setuju sangat dengan pandangan sdr. Saya juga pernah solat Jumaat bersama orang2 tempatan di Tajikistan. Imam ketika itu sedang memberi/ menyampaikan penerangan kandungan khutubah yg akan dibaca dalam bahasa tempatan. Selesai, azan akan di laungkan,selesai, imam baca khutubah dalam bahasa Arab. Kemudian Solat dan seterusnya macam di Mekah/Madina yg kita alami. Bermakna mereka mengikut format & cara asal sebagaimana amalan Rasullullah menyampaikan khutubah.

    Persoalannya kenapa di Malaysia khasnya dan rantau sini amnya, mencampurkan bahasa tempatan dan Arab dalam khutubah? Padahal kita diberitahu tahu bahawa sesiapa yg mengamal ibadah tidak mengikut amalannya nabi, maka amal itu akan ditolak. Jadi sia2lah amalan ibadah kita itu. Kalau kita sanggup, maka bukankah itu satu amalan yg bodoh dan merugikan.

    Yang peliknya sebelum imam/katib membaca khutubah, makmum telah dinasihati supaya diam dan jangan sekali2 berkata2 ketika imam/katib sedang membaca khutubah, sungunhpun perkataan "diam". Saya tafsirkan ini bahawa pembacaan khutubah itu sendiri adalah sebahagian dari solat Jumaat dan dengan itu bacaan dalam khutubah juga mesti dalam bahasa Arab dan olih itu kita tidak bolih berkata2 dalam solat/khutubah.

    Ini pendapat saya adalah satu perkara yg serious yang akan menentukan sama ada solat Jumaat kita sah atau tidak. Apa pendapat ahli2 agama, mufti2, uztaz2 dalam hal ini? Apakah salah jika ada sekumpulan di Malaysia yg membaca atau ingin membaca khutubah Jumaat dalam bahasa Arab? Apakah agaknya hujah2 yg bolih mereka berikan untuk membenarkan amalan sedemikian?

    Juga, apakah dalil yg memerlukan 40 orang dari kariah mesjid untuk menjadikan solat Jumaat itu sah? sebab saya pernah mengalami tandatanya di satu ketika katib mesjid memberi tahu bahawa kariah mesjid tak mencukupi 40 orang( padahal nyata yg makmum ketika itu melimpah sampai keluar ruang besar mesjid ) dengan itu beliau bertanya sama ada perlu diteruskan solat Jumaat atau solat zohor berjemaah saja. Nasib baik salah seorang jawatankuasa menyuruh teruskan solat Jumaat. Saya binggung. Apa pendapat anda, the bloggers?

    Semuga Allah memberi petunjuk dan perlindungan kepada kita semua. Ameeen

    ReplyDelete