Assalamualaikum,
saudara, bagi saudara yg memintai berita dan desas desus tentang gayahidup dan berita sensati selebriti, seringlah terbaca dalam majalah dan akhbar perkara cerai berai di kalangan artis dan penyanyi serta skandal mereka, dan kerana itu timbullah pelbagai permaslahan rumah tangga - cerai dan minta cerai. Sebenarnya isu cerai dan minta ccerai dan rujuk itu terjadi dalam masyarakat Islam, khususnya Melayu, agak kerap dewasa ini. Semuanya kerana pengarauh duniawi dan kerana kejahilan orang Islam terhadap Islam.
Kali ini kita lihat, apakah ketetapan Islam tentang satu dimensi perceraian, iaitu isteri meminta faskh atau cerai dari suaminya. Bolehke atau tidak? Atau, kalau tak boleh apakah akibatnya?
Diriwayatkan hadith dari Abi Qilabah hadith dari Asma' hadith dari Syu'ban berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Manakah si isteri yg meminta dia kepada suaminya supaya diceraikan (ie. ditalaqkan akandia) dari (i.e. kerana) selain membahayakan dirinya? Maka diharamkan atasnya (i.e. si isteri itu) baunya syurga.' [Hadith Abu Daud, Kitab Talaq (Perceraian)].
Hadith di atas itu memberikan ketetapan bahawa seorang isteri yg sengaja meminta dia diceraikan oleh suaminya tanpa sebab-sebab yg jika dia kekal dgn suaminya membahayakan diri dan keselamatannya, tidak mencium baru syurga. Jika tidak dapat mencium bu syurga, pastilah tidak masuk syurga dan pastilah dia masuk neraka, wal iya zubillah.
Yg dibolehkan seorang isteri itu menuntut cerai dari suaminya jika keadaan membahayakan dirinya jika kekal menjadi isteri suaminya tersebut. Apakah yg membahayakan kpdnya? kemungkinan secara pasti membahayakan diri dan anak-anaknya kalaulah suaminya itu kaki botol dan mabuk sentiasa dan apabila mabuk, melakukan sesuatu yg mmeudaratkan dia dan anak-anaknya. Atau, suaminya memang seorang yg panas baran dan sentiasa cepat marah atas sebab yg kecil, dan apabila marah dia memukul isterinya. Atau, dia adalah antara beberapa isteri kpd suaminya, dan suaminya tidak berlaku adil, jarangkali pulang ke rumah, emnyerak dia dan anak-anaknya, dan dia tidak pula bekerja maka terpaksa keluar rumah mencari maisya untuk diri dan anak-anaknya. Apabila keluar rumah pelbagailah dugaan dan cubaan yg dihadapi oleh isteri, terutama jikalah dia terpaksa keluar malam mencari rezki bekejra syif dan sebagainya. Atau, suaminya tidak memberikan kpdnya nafkah bati yg sepatutnya diberikan kepadanya, kerana suaminya melampias nafsu di luar, sebagai contoh, maka keinginan dan naluri batinya membahayakan dirinya. Atau, suaminya tidak mampu memberi nafkah batin, kerana alat kelamin tidak berfungsi lagi (i.e. mati pucuk), dan dia masih kuat dan berkeinginan untuk mendapatkan nikmat rumah tangga dgn lelaki. Apabila kekal dgn suaminya, dia tidak berpeluang memenuhi keperluan nalurinya, maka akan membahayakan dirinya, kerana memuaskan keinginannya secara tidak direstui Islam.
Demikianlah, instances yg memungkin si isteri itu menuntut cerai dari sumainya. Dan, suaminya wajib melapaskannya.
Jika suaminya rukun baik, penyayang dan sentiasa menepati tanggungjawabnya terhadap dirinya dan dia - kediaman, nafkah zahir dan batin, pakain dan membimbing dia dan anaknya dalam ugama, maka dalam situasi sedemikian, si isteri tidak dibolehkan meuntut cerai. Dan, jika dituntutinya, maka dia di akhirat kelak tidak mencium bau syurga.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment