Assalamualaikum,
Saudara, Dalam beberapa post yg lalu dalam blog ini kita telah komen isi ceramah seorang ulama' muda yg menyampaikan Kuliyah Maghrib di sebuah masjid di Cheras pada, rasanya, 24 Oktober 2010, hari Ahad malam Isnin, kalau tak silap. Dia cuba jelaskan tanpa sandaran nas dan dalil as-Sunnah tentang dua perkara iaitu Dajjal dan Golongan 1 drpd 73 umat Islam yg berjaya mendapat syurga, yg 72 drpd 73 golongan itu gagal mendapat syurga, sebaliknya dicampakkan ke dalam neraka.
Penulis telah huraikan dgn panjang lebar tentang Dajjal. Berhubung dgn perkara kedua, saudara boleh rujuk post dahulu apabila kita huraikan dan perincikan apakah maksud 'ahlus-sunnah wal-jama'ah'. Namun, mungkin ramai lagi orang Islam yg masih belum faham. Kita turunkan dan teliti dua hadith berikut. Hadith pertama merujuk kpd dimensi pertama iaitu mengikuti as-Sunnah (i.e. jadi 'ahlus-sunnah') dan hadith kedua iaitu anuti Islam secara berjema'ah (yakni, maksud 'wal-jama'ah') itu.
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhkan di kemudian hari nanti akan berpecah umatku (dalam hal atau perkara ugamanya) sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi (iaitu, tidak berpandukan syariat Nabi Musa (a.s) berpandukan Kitab Taurat) dan Nesrani (iaitu, tidak berpandukan syariat Nabi Isa (a.s) berpandukan Kitab Injil) dalam ugama mereka. Berpecah umatku menjadi 73 firqah (atau golongan atau mazhab), 72 golongan atau firqah atau mazhab masuk Neraka dan satu (golongan sahaja) masuk Syurga.’ Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iaitu mereka yang mengikut jalanku (yakni, as-Sunnah) dan jalan sahabat-sahabatku yakni, ‘Khalifah ar-Rasyidin al-Mahdiyin’) (iaitu, Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali).’ [Hadith sahih riwayat at-Termidzi dll]
Hadith di atas menyebut golongan yg satu yg berjaya mendapat syurga itu adalah golongan yg ikuti ketetapan as-Sunnah - iaitu sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin. Itu satu dimensi atau satu muka sekeping syiling (mithalan Islam dan syariatnya) dan satu dimensi lagi adalah golongan yg berjaya mendapat syurga itu adalah yg anuti Islam secara berjema'ah (mengabdikan diri kpd Allah (a.w) sebagai satu jema'ah). Muka kedua, atau sebelah lagi kpd syiling Islam dan syariatnya adalah haditth berikut:Menceritakan hadith oleh Safuan Nahwahu berkata: ‘Menceritakan hadith Azhar b Abdullah al-Haraziyu hadith dari Abi ‘Amirin al-Hauzani hadith dari Muawiyah bin Abi Sufiyan bahawasanya dia berdiri di kalangan kami (sahabat-sahabatnya), maka berkata Abu Sufiyan (yakni, berkhutbah): ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) berdiri di kalangan kami (sahabat), maka bersabda dia (Nabi (s.a.w)): ‘
Ala inna man qablakum min ahli kitabi iftaraqu ‘ala thintaini wa-sab’ina millatan, wain hazihil-millata sataftariqu ‘ala thalathina wa-sab’ina thintani wa-sab’una fin-nari wa-wahidatun fil-jannati wahial jama’atun.' [Maksud: Ingatlah bahawa orang-orang sebelum kamu (yakni, sebelum datangnya Islam, yakni kaum Yahudi dan Nesrani) telah berpecah atas tujuh puluh dua (72) golongan (atau ugama), dan sesungguhnya ini golongan (yakni, ugama Islam) berpecah atas tujuh puluh tiga (73) golongan, tujuh puluh dua (72) golongan di dalam neraka dan satu golongan di dalam syurga, iaitu mereka yang Islam secara berjemaah.] [Hadith Abu Daud]
.Jelasnya, di akhir zaman kelak (yakni, selepas kewafatan Nabi (s.a.w)) umat Islam akan berpecah menjadi sejumlah 73 golongan atau firqah dalam mengamalkan Islam dan syariatnya. Drpd 73 golongan tersebut, 72 golongan sesat, mereka berusaha mencari syurga tapi gagal, sebaliknya, mereka dapat neraka. Hanya satu golongan yg berjaya iaitu mereka yg mengabdikan diri berpandukan semata-mata as-Sunnah, secara berjema'h.Umat Islam yg berjaya itu ada jema'ah yg formal, ada kepimpinan, iaitu Imam atau Amir (atau dirujuk secara generic dalam Ayat 59, Surah an-Nisa, sebagai 'ulil amri', ada janji ikrar taat setia mengabdikan diri kpd Allah (a.w) dgn 'mendengarkan nasihat dan perintah Imam dan mentaati perintah Imam secara formal (yakni, bai'at).Jelasnya, Islam yg haq itu ada dua dimensi atau memenuhi dua pra-syarat: pertama, ikuti as-Sunnah, dan kedua, anuti Islam secara berjema'ah. Apabila menepati dua dimensi itu barulah sekumpulan umat Islam itu diterima sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah'.
.Jelasnya, di akhir zaman kelak (yakni, selepas kewafatan Nabi (s.a.w)) umat Islam akan berpecah menjadi sejumlah 73 golongan atau firqah dalam mengamalkan Islam dan syariatnya. Drpd 73 golongan tersebut, 72 golongan sesat, mereka berusaha mencari syurga tapi gagal, sebaliknya, mereka dapat neraka. Hanya satu golongan yg berjaya iaitu mereka yg mengabdikan diri berpandukan semata-mata as-Sunnah, secara berjema'h.Umat Islam yg berjaya itu ada jema'ah yg formal, ada kepimpinan, iaitu Imam atau Amir (atau dirujuk secara generic dalam Ayat 59, Surah an-Nisa, sebagai 'ulil amri', ada janji ikrar taat setia mengabdikan diri kpd Allah (a.w) dgn 'mendengarkan nasihat dan perintah Imam dan mentaati perintah Imam secara formal (yakni, bai'at).Jelasnya, Islam yg haq itu ada dua dimensi atau memenuhi dua pra-syarat: pertama, ikuti as-Sunnah, dan kedua, anuti Islam secara berjema'ah. Apabila menepati dua dimensi itu barulah sekumpulan umat Islam itu diterima sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah'.
Sehubungan itulah, Omar ibni Khattab (r.a) merumuskan seperti berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman b Maisarah hadith dari Tamim ad-Darimiyi berkata: ‘Berlumba-lumba (atau bersaingan) manusia (yakni, para sahabat Muslimin) di dalam membina binaan atau bangunan (yang tinggi dan tersergam) dalam zaman Omar (r.a), maka berkata Omar (r.a): ‘Wahai masyarakat Arab! Dunia! Dunia! (maksudnya, janganlah dilekakan oleh kehidupan dunia) Sesungguhnya tidak atau bukan (dikatakan) Islam kecuali dengan berjemaah dan tidak (dikatakan) berjemaah kecuali dengan berimam (yakni, diangkat menjadi Imam seorang dari kalangan mereka jemaah Islam) dan tidak (dikatakan) berimam kecuali dengan ketaatan (rokyah atau rakyat kepada imam); maka barangsiapa memilih imam dari kalangan kaumnya yang faqih (yakni, benar-benar faham tentang Islam) ada kehidupan (yakni, tenteram, selamat dan bahagia) bagi imam mereka dan ada kehidupan bagi mereka (kaumnya). Barangsiapa memilih imam mereka kerana pertimbangan selain kefaqihan (tentang Islam dan syariatnya berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah dan secara berjemaah) ada baginya (imamnya) kerosakan dan kerosakan bagi kaumnya.] [Hadith ad-Daramiyi]
Umat Islam dalam zaman Omar (r.a) sebagai khalifah telah banyak dan meluas dan kaya raya. Maka mereka berlumba-lumba mencari dan menonjolkan kejayaan dunia mereka. Omar dalam khutbahnya menyebut beberapa prinsip yg sebenarnya berupa rumusan ketetapan as-Sunnah, yakni sunnah Rasulallah (s.a.w).Hadith ini menjelaskan bahawa 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu hendaklah memiliki ciri-ciri yg disebutkan oleh Omar (r.a) dalam hadith tersebut. Bagi mereka yg mempelajari as-Sunnah secara sempurna, mereka akan faham bahawa kesemua ketetapan tersebut terdapat asasnya dalam firman Allah (a.w) dalam al-Quran. Dan, atas wahyu yg diterima oleh Rasulallah (s.a.w) memperjelaskan lagi ketetapan Allah (a.w) tersebut dalam as-Sunnah beliau.
Maka dgn itulah Allah (a.w) perintahkan kita dalam firmanNya: 'wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' [Maksud: Janganlah kamu lakukan (atau kerjakan) sesuatu tanpa kamu terlebih dahulu tahu tentang ilmu mengenainya (yakni, apa yg dilakukan) terlebih dahulu] [Ayat 36, Surah al-Isra']. Dan, Rasulallah (s.a.w) beritahu kita: 'Al-ilmu qabla amal' [Maksud: Berilmulah dahulu sebelum mengerjakan amalan] [Hadith at-Termidzi].
Jangan ikut rentak hati atau ikut cakap sifolan dan sifolan. Semuanya berdasarkan ilmu. Dan, ilmu yg diwajibkan kita belajar dan fahami adalah al-Quran dan as-Sunnah [Hadith ibnu Majah]. Dan, Rasulallah (s.a.w) suruh kita yg Islam ini tuntutilah ilmu (yg dua itu) dan mempelajari kedua-dua ilmu itu adalah wajib pada kita. Kalau tanpa ilmu kita buat sesuatu dalam kejahilan atau ikut persangkaan atau perasaan. Sehubungan itu jugalah Rasulallah (s.a.w) sebut: 'Aku (Nabi) tinggalkan kpd kamu sekelian dua khazanah panduan dan juga hazanah ilmu, yg jika kamu sekelian berpegang dgn kedua-duanya, maka tidak sesatu kamu sekelian selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sunnah NabiNya (yakni, as-Sunnah).' [Hadith al-Hakim dll]. Kalau kita berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, sudah pasti kita tidak sesat mencari 'siratul mustaqim' (i.e. jalan ke syurga atau jalan mendapatkan syurga). Jika begitu, kita dalam satu golongan drpd 73 golongan yg berjaya mendapat syurga itu. Kalau kita jahil, beramal dan beribadah tanpa ilmu dan panduan, pastilah kita tergolong dalam 72 golongan yg cari syurga dapat neraka. Simple!
Mudah-mudahan saudara faham penjelasan dalam post ini.
Jazakallahu khairah
Askm kepada semua ahli blog ini,
ReplyDeleteIzinkan saya membuat atau menambah komen kpd perkara yang telah diketengahkan di atas.
Sebenarnya, itulah perkara asas dalam hidup kita sebagai seorang Muslim. Tapi sayang sejumlah besar masyarakat Islam di Malaysia khasnya dan di dunia amnya, tidak dapat menepati perentah Allah sepenuhnya kerana mereka jahil tentang ilmu Quran & Hadith, ilmu yang wajib setiap Muslim mempelajarinya. Mereka masih "mempelajari dan memahami quran & hadith" melalui ceramah2 agama atau sesi2 taskirah yg di sampaikan olih uztaz2 yg "berkelulusan". Lagi ternama tokoh2 uztaz tersebut, maka lagi ramailah pendengar yg sungguh minat & menerima apa saja yg disampaikan. Para akademik Islam pula banyak membuat kajian dan membuat tafsiran dari pengkajian mereka utk dibahaskan dan seterusnya mendapat pengiktirafan & penerimaan masyarakat.
Sebenarnya, cara yang betul untuk mendapatkan ilmu itu mestilah dalam kaedah MANQUL, ASNAT & MUTASIR. Sama saperti asalnya ilmu itu disampaikan olih Allah kepada Nabi SAW melalui Jibril dan Nabi SAW pula samapikannya kepada sahabat2 dan seterusnya, tanpa lebih tanpa kurang. Yakni kita mestilah berguru yg ada asnatnya utk menyampaikan yg haq dengan dalil2 yg nyata. Kalau tidak, ianya nampak BETUL tapi sebenarnya SALAH. Pelik kan?
Olih yg demikian, jalan selamat utk kita keluar dari suasana saperti di atas atau lebih tepat dari ARUS PERDANA, eloklah kita menumpukan perhatian kepada konsep " APA YANG DIKATAKAN dan bukan SIAPA YANG BERKATA". Fikir2kanlah kalau hendakkan kepastian anda dalam golongan yang SATU itu. Insya'allh kita akan selamat, ameen.