Monday, October 4, 2010

Menolak as-Sunnah? Terima Cakap Ulama'?

Assalamualaikum,
Saudara, dalam blog ini kita sering rujuk kpd dua perkara, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sebagai seorang Islam yg beriman itu kita wajib belajar ilmu, kerana sabda Rasulallah (s.a.w): 'Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang yg akui dirinya Islam.' Oleh kerana mempelajari ilmu al-Quran dan as-Sunnah itu wajib, maka sesiapa di antara kita yg enggan mempelajari ilmu al-Quran dan as-Sunnah itu, menanggung dosa yg tidak habis-habis setiap hari dalam hidupnya! Kalaulah dia tidak mengerjakan amalan pula, maka tiadalah pahala baginya setiap hari. Pahala takda dan dosa sentiasa terima setiap hari, pastilah dia itu akan dicampakkan ke dalam neraka.
Kemudian Rasulallah (s.a.w) beritahu bahawa ilmu yg wajib kita tuntut atau pelajari itu hanyalah dua: iaitu, al-Quran dan as-Sunnah. Ilmu-ilmu yg selainnya, mengikut sabda Rasulallah (s.a.w), berguna kpd kita tapi tidak wajib. Tak belajarpun tak dapat dosa. Tapi, kalau ilmu al-Quran dan as-Sunnah, jika kita tak pelajari, maka kita berdosa tanpa henti-henti sehinggalah kita mula mengaji al-Quran dan as-Sunnah. Ini jelas. Mudah-mudahan pembaca faham maksud hadith tersebut.
Dalam ilmu al-Quran kita wajib belajar apa? Ada 3 aspek pengajian al-Quran itu, yg setiap aspeknya termasuk dalam perkara kewajipan mempelajari al-Quran. Pertama, belajar membaca al-Quran supaya makhraj huruf dan sebutan serta tartilnya betul. Kedua, belajar menghafal beberapa surah-surah pendeknya, yakni juz 30, supaya kita boleh membacanya ketika bersolat - solat fardu dan solat sunat. Sebaik-baiknya kita hafal beberapa surah panjang supaya kita boleh manfaatkan untuk solat-solat sunat yg kita buat bersendirian di rumah - malam atau siang. Ketiga, memahami isi kandungan dan mesej al-Quran. Ini juga penting. Kerana al-Quran itu mengandungi ketetapan Allah (a.w) apa yg manusia wajib akur dan patuhi. Kalau kita tak tahu isi dan mesej al-Quran bagaimanakah mungkin kita dapat menepati perintah Ayat 13 dan Ayat 14, Surah an-Nisa? Ayat 56, Surah an-Nisa'. Ayat 80, Surah an-Nisa? Ayat 103 Surah ali-Imran? Ayat 7, Surah al-Haysr?
Dalam ilmu as-Sunnah pula, apabila kita belajar kita akan tahu bagaimana menepati ketetapan Allah (a.w) pada Ayat-ayat tersebut, dan khususnya ayat-ayat yg menyuruh kita akur dan ikuti al-Hadith atau as-Sunnah, bagaimana cara dan kaedahnya mengerjakan amalan dan ibadah, terutama macam mana solat, apakah peraturan solat fardu dan solat sunat, apa yg wajib dan sunat dlam solat dan apa yg membatalkan solat dan apa yag haram kita buat dalam solat. Bagimana berpuasa. Bagaimana mengerjakan ibadah haji, bagaimana itu dan ini dan sebagainya. Bagaimana mencontohi segala perbuatan dan perlakuan Rasulallah (s.a.w) dalam mengabdikan dirinya kpd Allah (a.w), kerana Allah (a.w) perintahkan kita jadikan Rasulallah (s,.a.w) contoh atau model ikutan dalam mengabdikan diri kepada Allah (a.w) kerana dia 'uswatun hasanah'. Dalam perkara ini kita wajib faham bahawa segala ibadah dan amalan kita, dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w), adalah sia-sia jika caranya, kaedahnya dan bentuk-bentuknya berlainan daripada apa yg dibuat atau disuruh Rasulallah (s.a.w). Amalan dan ibadah yg sedemikian ditolak. Dgn itu, kita wajib pelajari dan fahami ketetapan as-Sunnah.
Kemudian Rasulallah (s.a.w) meyakinkan kita bahawa seseorang Islam yg beriman itu, jika dia berpandukan dua hazanah peninggalannya, iaitu al-Quran dan as-Sunnah, pasti tidak sesat menjalani kehidupan dunia demi mendapat kejayaan akhirat.Tapi, hari ini begitu ramai orang Islam tidak mempelajari al-Quran dan tidak mempelajari as-Sunnah, tapi mempelajri Islam dan syariatnya berpandukan kitab-kitab atau buku-buku karangan manusia, yg mengakui pula mereka adalah ulama' atau ilmuwan yg alim (i.e. berilmu)! Seringkali pula yg belajar Islam dan syariatnya melalui kitab dan buku tersebut, tidakpun belajar al-Quran dan tidak berpandu kpd as-Sunnah. Kononnya mereka dapat jalan mudah atau jalan pintas untuk memahami Islam dan syariatnya dgn membaca kitab-kitab dan buku-buku karangan manusia! Mereka terima bulat-bulat cakap-cakap atau ajaran mereka yg digelar ulama' dan ilmuwan, walhal para ulama' dan ilmuwan tersebut sendiri keliru atau jahil tentang ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Dalam blog ini kita sering tonjolkan contoh-contoh kekeliruan atau kesilapan atau kejahilan ulama' dan ilmuwan Islam, sebagai mengingatkan saudara supaya berhati-hati dan jangan terima bulat-bulat apa orang kata tanpa merujuk kpd ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Dalam pada itu, semakin ramai pula orang yg menolak hadith atau tidak meyakini hadith. Ada pula yg berkata ada banyak tafsiran ayat-ayat al-Quran dan begitu juga hadith. Sebenarnya orang-orang yg sedemikian itu atau yg berkata sedemikian itu, adalah mereka yg sengaja menempah kemurkaan Allah (a.w). Yg utamakita wajib fahami adalah Islam tanpa menerima hadith atau as-Sunna, belum Islam. Islam tapi tak mahu trima hadith atau as-Sunnah, belum Islam, malah sama dgn orang yg kafir! Kenapa? Firman Allah (a.w) pada Ayat 13 dan 14, Surah an-Nisa'. Tak terima hadith atau as-Sunnah sama dengan membelakangkan as-Sunnah atau Rasulallah (s.a.w). Tak terima Rasulallah (s.a.w) sama taraf sebagai orang yg kafir, kerana orang kafir (Yahudi dan Nesrani) tak terima Rasulallah (s.a.w). Jadi, beringat-ingatlah.
Sangsi dgn hadith bagaimana? Sangsi dgn hadithpun dikira tidak Islam kerana Ayat 7, Surah al-Haysr. Allah (a.w) berfirman dalam ayat tersebut apa saja yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) kita wajib ambil. Kita tidak ada pilihan. Dalam Islam kita hanya diwajibkan 'dengar dan taat' perintah Allah (a.w). Kita diperintahkan 'dengar dan taatkan suruhan Rasulallah (s.a.w) sekuat mampu kita.' Allah (a.w) beri kita tahu bahawa Rasulallah (s.a.w) sampaikan ketetapan Allah (a.w) melalui lisan dan perbuatan beliau, semuanya atas dasar wahyu. Dan, dia tidak buat sesuatu atas kehendak nafsu atau kemahuan dirinya sendiri (Ayat 3 dan 4, Surah an-Najmi).
Sehubungan itu, cuba kita lihat ketetapan hadith-hadith berikut:
Mengagungkan Hadith (Sunnah) 
Janganlah kita jadi orang yg menolak hadith, kerana menolak hadith bererti menolak as-Sunnah, dan menolak as-Sunnah bererti kita ingkarkan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Dan, berdasarkan Ayat 80, Surah an-Nisa', ingkarkan Rasulallah (s.a.w), bererti kita ingkarkan Allah (a.w). Yakni, kita menolak Allah (a.w). Maka kita syirik. Kerana seolah-olah kita yakin ada kuasa selain Allah (a.w) yg lebih berkuasa dari Allah (a.w),kerana Allah (a.w) kita tolak!!
Diriwayatkan hadith daripada Miqdam bin Ma’dikariba al-Kindiyi (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.aw) bersabda: ‘Hampir engkau pada seorang lelaki duduk bersandar atas kerusi malasnya dengan suatu hadith daripada hadith-hadithku maka berkata dia: ‘Antaraku dan antara kamu sekelian Kitab Allah (a.w) yang maha Agung dan maha Luhur. Maka barang apa menjumpai aku dengan ini dari (al-Quran) halal maka menghalalkan aku dengannya. Dan barang apa menjumpai aku dengannya dari haram maka mengharamkan aku atasnya.’ Ketahuilah apa-apa yang haram oleh Rasulallah (s.a.w) seperti mengharamkan oleh Allah (a.w).’ [Hadith Ibnu Majah]
Janganlah jadi orang yg dirujuk dalam hadith di atas. Bila diberitahu sesuatu adalah dari as-Sunnah, dia tak terima, dia hanya terima al-Quran. Kita wajib ingat: Rasulallah (s.a.w), mengikut ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran, membawa kpd manusia dua perkara iaitu al-Quran dan as-Sunnah (dirijuk sebagai 'al-Hikmah' dalam al-Quran). Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam hadith di atas apa yg beliau perintahkan adalah apa yg Allah (a.w) perintahkan (yakni, dia hanya terima ketetapan al-Quran tapi tak mau terima hadith). Orang yg begini juga tidak Islam mengikut ketetapan hadith-hadith di atas itu.
Jangan Jadi Anti Hadith 
Pendirian yg disebutkan dalam hadith di atas itu juga disebutkan dalam hadith di bawah ini. Pendeknya, janganlah kita tanpa ilmu berkata sesuatu yg batil tentang Rasulallah (s.a.w) dan as-Sunnah. Orang Islam itu wajib dia terima al-Quran dan as-Sunnah. jangan banyak solat, walaupun hadith adalah kata-kata Rasulallah (s.a.w).
Diriwayatkan hadith daripada Sufian bin ‘Ubainah di rumahnya bertanya aku dari Salim Abi Nadrin (r.a). Kemudian menerima di dalam hadith berkata: ‘Atau Zaid bin Aslam, daripada ‘Ubaidillah bin Abi Rafi’ (r.a) berkata hadith dari bapanya: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Jangan sampai (jadi) salah seorang dari kamu akan orang-orang yang bersandar atas kerusi malasnya datang pada perkara dari apa-apa yang memerintahkan aku dengannya atau melarang aku atasnya’, maka berkata (orang itu): ‘Tidak tahu aku (ini hadith). Apa-apa menjumpai aku (hanya) di dalam kitab Allah (a.w) (yakni, Al-Quran) mengikut aku pada kitab (yakni, Al-Quran sahaja).’ [Hadith Ibnu Majah]
Malangnya, hari ini ramai orang jahil as-Sunnah. Dahlah jahil, tak mau belajar. Dahlah tak mau belajar, bila diberitahu sesuatu ketetapan as-Sunnah (i.e. hadith) dia persoalkan atau menolak dan mengemukakan pelbagai hujjah menidakkan ketetapan hadith! Walhal, orang Islam yg beriman itu apabila diberitahu sesuatu ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dia tak soal, hanya terima.
Dilarang Membuat Pembaharuan (bid'ah)
Hari ini sudah menjadi darah daging pula dikalangan orang Islam yakin dgn 'bid'ah hasanah. Walhal, Rasulallah (s.a.w), dalam banyak hadith-hadith sahih, memberitahu umatnya bahawa semua bid'ah itu dolalah (i.e. kesesatan). Jika semua atau setiao, mana mungkin ada pengecualian? Tapi, kerana dipengaruhi oleh para ulama' dan ilmuwan yg berhujjah bahawa wujud' bid'ah hasanah', mereka terima dan yakini. Rasulllah (a.w) memberitahu bahawa bid'ah itu sesat, dan kesestan itu menjerumuskan mereka ke dalam neraka. Kerana, semua amalan dan ibadah yg dicemari oleh bid'ah, tidak diterima Allah (a.w)!
Diriwayatkan hadith daripada Qasim bin Muhammad, daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa memperbaharui di dalam perkara (ugama) aku barang apa yang tiada daripadaku, maka dia ditolak.’ [Hadith Ibnu Majah]
Hadith ibnu Majah ini sama dgn hadith mengenai perkara yg sama yg diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Maksudnya, ketetapan itu adalah hak, yakni sesuatu yg pasti.
Saudara, janganlah kita memperdagangkan akhirat kita kerana kita taksub dgn cakap-cakap orang yg menonjolkan diri mereka sebagai ulama' dan ilmuwan, tanpa usul periksa. Yg benar itu jika mereka bercakap bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah, bukan berpandukan kebijaksanaan akal fikiran mereka. Mereka yg tersesat itu rugi. Dan, kita yg mengikutinya juag rugi. [Nota: Sila rujuk post sebelum ini yg menyebutkan tentang perbalahan antara orang yg mengajar dgn orang yg mengikuti sesuatu yg batil]. Rasulallah (s.a.w) membritahu kita dalam sepotong hadith bahawa apabila ilmu (al-Quran dan as-Sunnah) hilang dari penguasaan para ulama' dan ilmuwan, kerana yg berilmu meninggal dunia, maka akan tampil orang yg jahil menonjolkan diri sebagai ualama' dan ilmuwan, mereka memberi petunjuk mengenai Islam dan syariatnya tanpa landasan ilmu yg hak (yakni, mereka jahil tentang al-Quran dan as-Sunnah), maka mereka sesat dan mereka pula menyesatkan orang lain (yakni, kita yg mengikuti mereka).
saudara, dalam Islam tiada jalan puintas untuk memehami Islam dan syariatnya. Kita wajib berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Bukan kitab dan buku karangan manusia, yg menyatakan apa yg mereka tulis itu adalah sumbernya al-Quran dan as-Sunnah, walhal mereka berdusta, kerana apabila disemak apa yg mereka katakan tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah. hanya, interpretasi mereka sendiri, walhal mereka jahil tentang al-Quran dan as-Sunnah.
Oleh itu berwaspadalah. Berhati-hatilah. Bertindaklahsecara rasional. Asas panduanyg rasional hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. maka dgn itu Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa kitab terbaik sebagai panduan orang iman itu adalah al-Quran dan petunjuk terbaik yg wajib dijadikan landasan beramal dan beribdah itu adalah petunjuk Rasulllah (s.a.w), yakni as-Sunnah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment