Assalamualaikum,
Saudara, masa berjalan begitu pantas sekarang ini. Rasanya, sekejap saja pagi dan sudahpun petang. Sekejap saja kita lalui siang sudahpun akan malam tidak lama lagi. Dan umur kita entah berapa tinggal berapa. Entah bila ajal kita tiba.
Tapi yg utama bukan itu, kerana semua yg hidup akan mati, firman Allah (a.w) dalam al-Quran. Bila ajal datang, tiada siapa boleh lambatkan atau mempercepatkan walaupun sesaat! Yg utama adalah soalan-soalan berikut:
1. Sudahkah kita bersedia untuk mati?
2. Sudah cukup kah bekalan yg kita simpan untuk kegunaan di akhirat?
3. Adakah kita berpuas hati bahawa kita telah sempurnakan tanggung jawab kita kpd Allah (a.w) sepanjang hidup kita semenjak di lahirkan sehingga ke saat ini?
4. Sudahkah kita menyemak semula hidup kita dan kita bertaubat segala dosa dan kesilapan yg kita lakukan setakat ini?
5. Sudahkah kita pasti bahawa segala amalan dan ibadah kita selama ini diterima Allah (a.w) dan kita yakin penuh memberatkan timbangan untuk kita?
6. Bagaimanakah kita pasti yg segala amalan dan ibadah kita itu di terima Allah (a.w)?
Menyentuh Soalan #1 sama ada kita telah bersedia atau tidak bersedia kita akan mati, bila sampai ajal yg ditetapkan. Tiada siapa yg benar-benar bersedia. Orang yg selamat adalah para rasul dan para nabi, mereka maksum, tiada dosa. Kemudian orang yg mati kerana perjuangan fi sabilillah. Orang lain, terutama kita, mempunyai banyak dosa. Sebahagian dosa dikikis oleh beberapa amalan rutin kita spt mengambil wudu', bersolat, berbuat baik dan sebagainya. Sebahagiannya, tak terhakis tanpa ditaubatkan dan Allah (a.w) terima taubat kita. Ada dosa yg tidak boleh ditaubatkan, spt dosa yg kita yakin dgn kekusaan ghaib selain Allah (a.w) - syirik jelas atau syirik samar (khaufi).
Tentang Soalan #2: Tidak siapa yg cukup simapanannya. Ada simpanan yg tiris pula, kerana ada perlakuan kita yg disedari atau tidak, terhapus oleh sesuatu perbuatan kita, spt mengumpat, mencaci, dan sebagainya. Ada amalan dan ibadah kita tidak diterima kerana ia dicemari oleh sesuatu yg ditegah oleh Allah (a.w) (dalam al-Quran) dan ditegah oleh Rasulallah (s.a.w) (dalam as-Sunnah). Yg terbanyak dalam kategori perkara yg menghapuskan sebarang pahala atau diterima Allah (a.w) sebarang amalan dan ibadah adalah 'bid'ah'.
Tentang Soalan #3: Belum pasti. Kerana, para ulama' dan ilmuwan, sebagai contoh, wajib sampaikan ilmunya dan wajib bimbing masyarakatnya yg jahil tentang ugamanya, dan dia lebih tahu kerana dia berilmu. Orang kaya belum sempurnakan tanggungjawabnya kalau dia belum infaqkan sekurang-kurang 10% dari kekeyaaan untuk fi sabilillah. Ini tak termasuk zakat yg diwajibkan atasnya. Pemimpin jema'ah umat Islam belum sempurnakan tanggung jawabnya kalau dia membiarkan akhlak umat Islam semakin cemar, membenarkan kemaksiatan dlm pelbagai bentuk terus tanpa disekat atau ditangani. Orang yg menguruskan kewangan belum memenuhi tugasnya kalau dia belum wujudkan satu sistem kewangan yg menepati ketetapan Islam, terutama riba'.
Orang biasa belum penuhi tanggungjawabnya apabila dia kerajakan amalan dan ibadah dalam kejahilan. Ini penting bukan kpd orang biasa spt kita, tapi kpd semua kita yg akui dirinya Islam. Pertama, kita wajib mengilmukan diri kita dan keluarga kita tentang Islam dan syariatnya supaya menepati ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Rasanya 99.9 persen umat Islam abaikan kewajipan mempelajari ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Kalau begitu, tak ramai orang Islam yg telah penuhi tanggungjawabnya. Sesiapa yg tidak belajar ilmu dia menanggung dosa setiap saat! Kedua, kita wajib semak segala amalan dan ibadah kita yg lalu dan sekarang sama ada kita sudah pasti kita beramal dan beribadah atas dasar ilmu atau atas dasar ikut-ikut saja. Orang buat kita buat. Orang buat begini kita buat begini. Orang kata buat gitu kita ikut buat gitu! Kita gagal. Kerana Allah (a.w) beritahu kpd kita: 'wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' [Maksud: janganlah kamu lakukan atau kerjakan (yakni, buat sesuatu amalan dan ibadah) yg kamu tidak tahu tentang ilmu mengenainya.] [Ayat 36, Surah al-Isra'] Maksudnya: kita beramal dan beribadah dalam kejahilan kita sendiri! Kita jahil kalau tak belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Kalau begitu, segala amalan kita tidak diterima Allah (a.w).
Selanjutnya, firman Allah (a.w) itu menyebutkan bahawa apa-apa yg kita kerjakan atau lakukan tanpa ilmu, kita (iaitu kerana telinga (pendengaran) kita, mata (penglihatan) kita dan hati/kalbu, yakni otak dan fikiran) akan ditanya oleh Allah (a.w). Siapakah yg mengajar kita? Adakah apa yg diajarkan betul? Apakah bukti yg mengajar atau yg kita kerjakan betul? mengapakah kita lakukan akalau tiada perintah Allah (a.w) dan suruhan Rasulallah (s.a.w)? Siapa yg perintahkan kita kerjakan?
Kerana, syarat pertama beramal dan beribadah adalah hendaklah beramal dan beribadah dgn sandaran ilmu. Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'al-Ilmu qabla amal' [Maksud: berilmulah dahulu sebelum beramal dgn sesuatu amalan atau ibadah]. Kita tak boleh buat amalan atau ibadah semata-mata meniru cara orang kecuali kita sudah pasti cara dan kaedah itu adalah benar berpandukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Contoh: Berzikir dalam gelap dgn suara kuat dan bercampur jema'ah lelaki dan wanita, dalam suatu perkumpulan tasawuf atau tarikat. Betulke?
Soalan #4 obvious. Tak perlu kita banyak fikirkan. Dosa tidak akan terampun, mengikut firman Allah (a.w) dalam al-Quran, tanpa ditaubatkan. Dan, Allah (a.w) saja yg berkuasa mengampunkan dosa-dosa kita. Ada caranya bertaubat. Insya Allah, kalau perlu kita akan lakarkan nanti dalam post akan datang.
Soalan #5: Apakah amalan dan ibadah kita selama ini diterima Allah (a.w)? Amalan dan ibadah diterima tertakluk kpd beberapa syarat. Antaranya, amalan dan ibadah iu dikerjakan dgn sandaran ilmu yg hak dari al-Quran dan as-Sunnah, itu yg utama. Amalan dan ibadah yg dibuat dalam persangkaan atau kejahilan atau secara taklid buta, tidak diterima. Amalan dan ibadah yg tiada dalam perintah al-Quran dan as-Sunnah, tidak diterima. Amalan yg dicemari oleh bid'ah tidak diterima. Amalan dan ibadah yg dikerjakan tanpa menepati firman Allah (a.w): '...wa-yarjuna rahmatahu, wa-yahafuna 'azabahu ...' [Maksud: kerana mencari kerahmatan Allah (a.w) (yakni, syurgaNya) dan takutkan azab Allah (i.e. neraka)] [Ayat 57, Surah al-Isra'], tidak diterima. Keikhlasan yg dimaksudkan dalam beramal dan beribadah itu adalah yg menepati firman ini.
Kita tau, tak mungkin kita mendapat syurga kerana amalan dan ibadah kita yg kita kerjakan paling lamapun 55 tahun kalau kita hidup selama 70 tahun (yakni, kita baligh ketika berumur 15 tahun). Amalan dan ibadah sedemikian tidakpun cukup untuk imbangi nikmat mata (n)... Jadi bukan banyaknya amalan itu penting tapi keikhlasan tersebut kerana menepati ketetapan Ayat 57, Surah al-Isra' itu. Kita buat segala-galanya kerana mengharapkan kerahmatan Allah (a.w), yakni diberi syurga, dan supaya kita selamat dari neraka!
Soalan #6 itu mudah dijawab. Kita pasti dgn amalan kita kalau kita penuhi sekurang-kurang syarat-syarat pokok berikut:
1. Rasulallah (s.a.w) bersabda bahawa kalau kita asaskan segala sesuatu kpd al-Quran dan as-Sunnah, sudah pasti kita tidak akan sesat mencari syurga dan selamat dari neraka;
2. Allah (a.w) berfirman bahawa jika kita ikuti al-Quran dan as-Sunnah, sudah pasti kita dapat syurga (Ayat 13, Surah an-Nisa');
3. Allah (a.w) berfirman jika kita taatkan Rasulallah (s.a.w), iaitu kita ikuti ketetapan as-Sunnah, kita dikira sudah pasti taatkan Allah (a.w) (Ayat 80, Surah an-Nisa');
4. Allah (a.w) berfirman jika kita terima pakai segala sesuatu yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) (yakni, as-Sunnah) dan kita tinggalkan segala yg ditegah oleh Rasulallah (s.a.w) (yakni, tegahan as-Sunnah), kita telah taatkan Rasulallah (s.a.w), yakni ikuti as-Sunnah (Ayat 7, Surah al-Haysr);
5. Oleh kerana solat adalah amalan yg paling utama umat Islam, amalan yg mula-mula dihisab di akhirat dan amalan yg menentukan seseorang itu dapat syurga atau tidak di akhirat kelak, dan amalan yg menentukan timbangan amalan-amalan wajib dan sunat yg lain, kita wajib pastikan solat itu menepati sabda Rasulallah (s.a.w): 'Sollu kama ra-aitumuni usalli' [Maksud: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat] [Hadith Bukhari];
6. Kita Islam secara berjema'ah (Ayat 103, SUrah ali-Imran) dan kita dasarkan segala sesuatu kpd al-Quran dan as-Sunnah
Mudah-mudahan saudara faham apa yg dimaksudkan dalam post ini. Sebenarnya, ada banyak amalan dan ibadah yg kita diajarkan semenjak dahulu yg bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kita hanya tahu kalaulah kita belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah secara sempurna. Kita baca, faham ayat-ayat al-Quran dari halaman pertama sehingga ke Surah an-Nas. Kita pelajari setiap hadith dalam kitab Sahih Bukhari dari muka depannya hingga ke muka belakangnya. Demikian juga dgn Sahih Muslim, Sunan an-Nasa'i, Sunah Abu Daud, Sunan at-Termidzi dan Sunan ibnu Majah (Kuttubul Sittah) dgn berguru. Kita akan faham Islam dan syariatnya. Kita akan faham maksud firman Allah (a.w) bahawa Rasulallah (s.a.w) itu 'uswatun hasanah'.
Malah kita faham segala-galanya tentang Islam, tentang dunia dan tentang akhirat, dan bagaimana menyediakan diri untuk berjaya dalam kehidupan akhirat. Allah (a.w) beritahu bahawa kehidupan yg sebenarnya adalah kehidupan akhirat ...
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment