Wednesday, October 13, 2010

Ilmu: Kemanfaatan belajar ilmu (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita tentang ilmu (yakni, keutamaan ilmu yg haq atas seorang yg Islam dan beriman, iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah), supaya kita dapat manfaat dari ketetapan Islam. Kita telah teliti beberapa ketetapan Islam mengenai ilmu, iaitu:
1 Orang yg akui dirinya Islam itu wajib belajar ilmu supaya mereka tahu dan faham kletetapan Islam dan syariatnya;
2. Ilmu yg wajib dipelajarai oleh orang iman itu adalah ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah;
3. Orang yg memiliki dua ilmu tersebut wajib kembangkan dn ajarkan atau sebarkan supaya umat Islam lain tahu dan terpandu;
3. Seseorang yg Islam itu pasti tidak akan sesat dalam hidupnya - mencari siratul mustaqim - jalan ke syurga - jika dia berpandukan dua ilmu tersebut;
4. Orang iman yg berilmu kemudian tidak/enggan mengajarkan dan mengembangkan ilmu kerana tujuan keduniaan, tidak akan masuk syurga;
5. Orang iman yg mengajarkan ilmu mendapat kiriman pahala dari orang yg diajarkannya dan yg mengamalkan ilmu yg diajarkannya;
6. Orang yg berilmu, kemudian menyembunyikan ilmu, yakni tidak mahu menyampaikannya tidak mendapat balasan syurga;
7. Orang imn yg mengajarkan ilmu yg batil, yakni yg tiada dalam al-Quran atau as-Sunnah, mendapat dosa dan kiriman dosa kpdnya dari mereka yg diajarkan atau diilmukannya.
Demikianlah beruntungnya ornag yg tidak bakhil ilmu dan demikian pulalah celakanya ornag yg berilmu kemudian tidak berusaha sekuat mampu mengembang dan mengajarkannya kpd saudaranya sesama Islam.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa menghilangkan dari seorang Islam lain kesusahannya dari sesuatu kesusahan dunia, maka menghilangkan oleh Allah (a.w) satu kesusahannya dari kesusahan di hari qiamat (yakni, akhirat). Dan barangsiapa menolong seorang Muslim, maka ditolong Allah (a.w) semasa di dunia dan juga di akhiratnya. Barangsiapa memudahkan atas seseorang yang susah (yakni, mengahadapi kesusahan), memudahkan oleh Allah (a.w) atasnya di dalam dunia dan akhirat. Dan Allah (a.w) menoleh kepada hambaNya (yakni, memberi kerahmatanNya) apa-apa yang ada hambaNya di dalam menoleh kepada (yakni, sentiasa berbuat baik kepada) saudaranya. Dan, barangsiapa berjalan suatu jalan yang mencari (kerana perjalanan itu) ilmu (mengenai Islam dan syariatnya, yakni ilmu al-Quran dan as-Sunnah), memudahkan Allah (a.w) baginya dengan perjalannya itu jalan ke syurga. Dan tidak mengumpulkan sesuatu kaum di dalam suatu rumah daripada rumah-rumah Allah (a.w) membaca Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan saling mengulangkaji antara mereka as-sunnah, kecuali mengelilingi para malaikat dan turun atas mereka ketenangan dan menurunkan kepada mereka kerahmatan (oleh Allah (a.w)). Dan menyebut-nyebutkan Allah (a.w) di dalam sisiNya. Dan, barangsiapa yang lemah dengan amalannya (yakni, memperbaiki amalannya dengan ilmu yang diperolehinya), tidak mempercepatkan baginya nasibnya.’ [Hadith ibnu Majah]
Di dalam hadith di atas itu ada beberapa pengajaran yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w), selain perkara kebaikan belajar dan menuntut ilmu (tentang ugama Islam itu), yang dianjurkan. Antaranya, adalah:

· Seseorang Islam yang menghapuskan kesusahan saudaranya yang Islam di dunia akan dihapuskan oleh Allah (a.w) kesusahannya sendiri semasa di dunia dan di akhirat kelak;

· Seseorang Islam yang menolong saudaranya yang Islam semasa di dunia akan ditolong oleh Allah (a.w) semasa dia di dunia dan semasa di akhirat kelak;

· Seseorang Islam yang menghapuskan atau mengurangkan kesusahan seorang saudara Islam di dunia akan dihapuskan Allah (a.w) kesusahannya di dunia dan juga di akhirat;

· Seseorang yang sentiasa mengambil berat akan kedudukan dan kebajikan saudaranya yang Islam di dunia maka Allah (a.w) akan sentiasa mengambil berat akan kebajikannya di dunia dan juga di akhirat;

· Seseorang yang berjalan atau mengembara untuk mencari ilmu (yakni, ilmu al-Quran dan as-Sunnah), maka dipermudahkan oleh Allah (a.w) baginya mencari jalan ke syurga;

· Sekumpulan orang Islam yang berada di suatu rumah kerana belajar dan mengajar al-Quran dan belajar as-Sunnah akan dirahmati Allah (a.w) dengan di kelilingi oleh para malaikat rahmat dan akan diturunkan Allah (a.w) ketenangan serta kerahmatanNya;

· Sebaliknya, barangsiapa yang tidak rajin mencari dan belajar ilmu daripada orang yang berilmu atau dia berilmu tetapi lemah (yakni, kurang rela) mengajarkan ilmu kepada orang lain ilmunya, atau tidak beramal dengan ilmunya, maka nasibnya tidak akan diperbaiki oleh Allah (a.w), terutama dalam konteks kesudahannya di dunia dan di akhirat.

Demikianlah, beberapa panduan penting yang terdapat di dalam hadith tersebut. Belajar dan mengajarkan ilmu itu adalah kegiatan yang amat disukai oleh para malaikat serta mendapat keredhaan Allah (a.w).

[Nota: Ilmu yang dimaksudkan bukan sebarang ilmu tetapi ilmu al-Quran dan as-Sunnah yang boleh memandu kehidupan manusia Islam dalam keimanan dan ketaqwaan ke arah mendapat kejayaan dunia dan akhirat]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment