Sunday, October 24, 2010

Ibadah Haji - Umrah dalam bulan Ramadhan

Assalamualaikum,
Saudara, rasanya sudah ada jema'ah Malaysia yg akan mengerjakan haji dan umrah berlepas ke Tanah Suci. Mereka akan mengerjakan salah satu tiga kategori haji; iaitu: Haji Ifrad, iaitu mengejakan haji dahulu, kemudian umrah; Haji Tamattuk, mengerjakan umrah dahulu kemudian haji; dan Haji Qiran, mengerjakan haji dan umrah bersekali.
Haji Qiran tidak lagi dikerjakan oleh orang Islam sekarang kerana tidak dimungkinkan oleh keadaan. Untuk mengerjakan Haji Qiran jema'ah hendaklah menunggang unta ketika mengerjakan Tawaf. Dan, unta tersebut akan dijadikan hadiah/kurban selepas melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah. Dalam keadaan penuh sesak manusia sekarang ini mustahil mengerjakan Tawaf dgn menunggang unta.
Dalam kita membincangkan pelbagai dimensi ibadah yg mendatangkan banyak pahala, ada satu ibadah yg harus kita yg inginkan pahala banyak dilakukan. Tapi, ibadah ini hanya boleh dikerjakan dalam bulan Ramadhan - iaitu mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan. Kita lihat hadith berikut menyebutkan bahawa sesiapa yg mengerjakan satu umrah dalam bulan Ramadhan dia mendapat ganjaran pahala sama dgn mengerjakan satu haji.
Diriwayatkan hadith dari Ato' hadith dari ibni Abbas (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda kpd seorang wanita dari golongan/kaum Ansar, yang disebutkan dia itu namanya Ummu Sinan: 'Apakah yg mencegah (yakni, menghalang) engkau apabila ada padamu mengerjakan haji bersamaku?' Berkata (wanita Ansar): 'Bersamaku ada dua unta sifolan (i.e. suaminya), seekor bagi abi fulan (suaminya) mengerjakan haji, adapun dia dan anaknya atas yg satu, dan adapun yg satu lagi memberi minum atas budakku.' Maka bersabda Nabi (s.a.w): 'Maka kerjakanlah umrah dalam bulan Ramadhan, (umrah dalam bulan Ramadhan itu) membandingi atau menyamai satu haji atau mengerjakan haji bersama-sama denganku (Nabi).' [Hadith Muslim, Kitab Haji]
Saudara, kerana besarnya pahala mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan itu, eloklah saudara kerjakan. Mungkin dah terlepas Ramadhan tahun ini, insya Allah dipanjangkan umur, tahun depan pergilah ke Mekah untuk merasai pengalaman berpuasa di Mekah dan mengerjakan umrah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment