Assalamualaikum,
Saudara, kali ini kita akan teliti ketetapan Islam dan syariatnya tentang suatu perkara yg sering tidak diberi keutamaan oleh orang Islam, termasuklah mereka yg ditarafkan sebagai para ulama' dan ilmuwan Islam. Juga, majoriti umat Islam keliru dgn apakah sebenarnya yg dimaksudkan dgn 'jema'ah' itu? Kerana, majoriti para ulama' dan ilmuwan Islam bincangkan dalam pelbagai forum, tetapi mereka juga keliru dan tidak memhaminya. Malah apa yg mereka rumuskan di akhir muzakarah atau muktamar tersebut adalah bertentangan dgn atau tidak menepati langsung ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah.Mereka merujuk kpd konsep 'ahlus sunnah wal-jama'ah' tetapi apa yg mereka gambarkan apabila mereka cerakinkan atau perincikan konsep tersebut adalah berlainan sama sekali.
Insya Allah, mulai post ini dn beberapa post yg akan muncul kelak, insya Allah, kita akan huraikan dan perjelaskan supaya kita faham maksud sebenar 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Ketetapan al-Quran dan as-Sunnah adalah ketetapan yg haq bukan pentafsiran manusia, walaupun mereka akui diri mereka ulama' atau mereka dinobatkan oleh manusia sebagai ulama'.
Siapakah yg akan berjaya mendapat syurga? Jawabnya: orang Islam yg beriman. Siapa dia orang Islam yg beriman: iaitu mereka yg bersolat, berpuasa, mengeluarkan zakat dan menginfaq sebahagian dari rezki kurniaan Allah (a.w) kepadanya yg melebihi keperluan lazim, dan mereka yg menunaikan haji - yakni Rukun Islam dilaksanakan olehnya dan Rukun Iman itu menjadi panduannya. Orang-orang sedemikian itu berjaya mendapat syurga berdasarkan ketetapan firman Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa': 'Barangsiapa yg taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah) dimasukkan ke dalam syurga.' Kemudian Rasulallah (s.a.w) pula memperincikan lagi perkara tersebut dalam hadith-hadith berikut:
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhkan di kemudian hari nanti akan berpecah umatku (dalam hal atau perkara ugamanya, yakni ugama Islam dan syariatnya) sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi (iaitu, tidak berpandukan syariat Nabi Musa (a.s) mengikut Kitab Taurat pada zaman sebelum Islam) dan Nesrani (iaitu, tidak berpandukan syariat Nabi Isa (a.s) mengikut Kitab Injil dalam zaman sebelum kedatangan Islam) dalam ugama mereka. Berpecah umatku (umat Islam zamannya dan zaman-zaman kemudiannya) menjadi 73 firqah (atau golongan atau mazhab), 72 golongan atau firqah atau mazhab masuk Neraka dan satu (sahaja) masuk Syurga.’ Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iaitu mereka yang mengikut jalanku (yakni, as-Sunnah) dan jalan (yakni, sunnah) sahabat-sahabatku (yakni, ‘Khalifah ar-Rasyidin al-Mahdiyin’) (iaitu, Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali).’ [Hadith sahih riwayat at-Termidzi dll]
Dalam hadith ini, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa umat Islam, termasuk yg beriman sekalipun, akan berpecah menjadi 73 golongan atau firqah, semuanya mengakui dirinya Islam dan berpandukan kononnya kepada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi hanya satu golongan sahaja yg Islamnya benar, kerana daripada 73 golongan itu, hanya satu golongan sahaja yg berjaya mendapat syurga, selainnya, yakni 72 golongan atau firqah, tidak berjaya mendapat syurga, tetai terjerumus ke dalam neraka. Apabila ditanya oleh para sahabat, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa yg berjaya mendapat syurga itu satu golongan, iaitu mereka yg berpandukan as-Sunnah, iaitu sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah ar-rasyidin (i.e. yg benar) al-mahdiyin (i.e. yg mendapat petunjuk Allah (a.aw)). Rasulallah (s.a.w) menyimpulkan bahawa yg berjaya mendapat syurga itu adalah orang yg mengikuti atau menetapi 'ma 'alahi wa-ashabi' (maksud: apa yg aku Nabi berpegang tasnya dan apa-apa yg para sahabatku berpegang atasnya). Jelaslah: ahli as-Sunnah wal-Jamaah berpandukan kepada hanya dua sumber ilmu serta panduan ibadah dan amalan dan panduan hidup. Oleh kerana perincian mengenai syariat Islam serta bentuk-bentuk serta cara dan kaedah ibadah dan amalan terdapat dalam as-Sunnah, maka dari segi praktikalnya adalah as-Sunnah. Dan, as-Sunnah itu termasuklah sunnah khalifah ar-Rasyidin al-Mahdiyin yang empat tersebut sahaja. Jika, mencampuradukkan ketetapan orang lain ditakuti akan mengamalkan sesuatu yang bertentangan atau berlainan daripada ketetapan as-Sunnah.
Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) dalam hadith yg lain menyebut bahawa beliau tinggalkan sebagai panduan umatnya dua perkara, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Sesiapa yg berpegang kpd kedua-duanya mereka tidak akan sesat selama-lamanya dan sudah pasti mereka mengikuti jalan lurus ke syurga itu. Jalan itu adalah mengikuti as-Sunnah. Ketetapan ini selari dgn firman Allah (a.w) dalam Ayat 7, Surah al-Haysr - iaitu ikutilah as-Sunnah dan contohilah Rasulallah (s.a.w) kerana dia adalah 'uswatun hasanah' model ikutan terbaik bagi umat Islam.
Diriwayatkan hadith daripada Muawiyah berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang Ahli Kitab (yakni, Yahudi dan Nesrani) yang sebelum kamu (yakni, sebelum datangnya Islam) telah berpecah kepada 72 firqah (mazhab), dan sesungguhnya umat ini (yakni, umat Islam) akan berpecah kepada 73 firqah (mazhab atau golongan), 72 golongan dalam neraka dan satu golongan sahaja dalam syurga, mereka itulah yang mengikuti jemaah.’ [Hadith Bukhari dan Hadith at-Termidzi]
Kemudian, hadith kedua di atas itu memberi kita tahu satu dimensi lain pula, atau the other side of the same coin, iaitu akuti Islam secara berjema'ah bukanla anuti Islam dan syariatnya secara independent atau bebas bersendirian. Jelasnya: ada dua ciri mereka yg berjaya mendapat syurga itu: iaitu, pertama panduan hidup serta panduan amalan dan ibadah mereka sebagai orang Islam yg beriman adalah as-Sunnah; dan kedua, mereka amalkan Islam secara berjema'ah.
Kedua-dua hadith di atas itu saling lengkap melengkapi satu sama lain. Hadith pertama menyebutkan bahawa mereka yang mengikuti ketetapan as-Sunnah itu berjaya mendapat syurga. Golongan-golongan lain dikuatiri telah mencemarkan ibadah dan amalannya apabila timbul kelainan atau perbezaan bentuk-bentuk (yakni, jenis ibadah wajib dan sunat), cara (bagaimana ibadah atau amalan itu dikerjakan) dan kaedah (perlakuan khusus mengenai sesuatu ibadah atau amalan apabila) beribadah atau mengerjakan amalan. Panduannya dalam semua dimensi ibadah dan amalan adalah sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin. Hadith kedua menyebutkan semua pengamal Islam, yakni orang Islam yang berpandukan as-Sunnah tersebut berada dalam satu jemaah Islam. Dengan itulah mereka digolongkan sebagai ahli as-Sunnah wal-Jamaah.
'Jema'ah' dalam Islam adalah perkumpulan yg khusus dan formal bukanlah satu persatuan yg longgar. Insya Allah kita akan teliti selanjutnya kelak bagaimanakan formalnya sistem 'jema'ah' itu dalam Islam, supaya lebih jelas dan kita lebih faham dan kita dapat menjadi seorang Islam yg benar-benar menepati ketetapan Allah (a.w).
Perintah berjema'ah ini adalah perintah Allah (a.w) pada firmanNya dalam Ayat 103, Surah ali-Imran, yg berbunyi seperti berikut:
Firman Allah (a.w): 'Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (a.w)(yakni, ugama Allah (a.w), iaitu Islam, yang syariatnya berasaskan al-Quran dan al-Hadith atau as-Sunnah) dan janganlah kamu berfirqah-firqah (yakni, berpecah belah dan berpuak-puak atau berkumpulan yang terasing) dan ingatlah akan ni’mat Allah (a.w) atas kamu ketika ada kamu bermusuh-musuhan dalam hati-hati kamu antara satu sama lain (yakni, sebelum datangnya Islam atau Rasulallah (s.a.w) bilamana masyarakat Islam itu berpuak-puak, berperang antara satu puak dengan puak yang lain, bermusuh-musuhan sesama sendiri dan antara puak-puak atau kelompok, yakni masyarakat jahiliah) maka Allah (a.w) menjadikan kamu dengan ni’matNya (yakni, ugama Islam) kamu semua bersaudara (yakni, satu umat atau ummah) dan adalah kamu atas tepi jurang Neraka (yakni, tanpa Islam itu dan jika mereka tidak Islam sudah pastilah mereka mengalami neraka dunia kerana persengketaan sesama mereka dan apabila mati dimasukkan ke dalam neraka kerana mengkufuri Allah (a.w) dan syirik terhadap Allah (a.w)), maka menyelamatkan (Allah (a.w) sekelian kamu) darinya (yakni, jurang Neraka itu), maka demikian itulah Kami (Allah (a.w)) terangkan bagi sekelian kamu tanda-tanda (kebesaran Allah (a.w)) mudah-mudahan kamu sekelian (umat Islam) mendapat hidayah (atau petunjuk, yakni mengikuti perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w)).] [Ayat 103, Surah ali-Imran]
[Nota: ‘Jemaah’ di sini bermaksud ‘ahli as-Sunnah wal-Jamaah’, iaitu mereka yang beramal dan beribadat semata-mata berpandukan dua sumber iaitu al-Quran dan al-Hadith. Di dalam hadith at-Termidzi itu dijelaskan bahawa golongan yang satu yang berjaya mendapat syurga itu adalah ‘mereka yang mengikuti jalan atau sunnah Rasulallah (s.a.w) dan jalan atau sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin’ – yang berpandukan semata-mata al-Quran dan al-Hadith.]
Allah (a.w) melarang umat Islam itu berfirqah atau bermazhab, kerana ini jelas dalam firman Allah (a.w) pada Ayat 159, Surah al-An'am, berikut:
Allah (a.w) berfirman: 'Sesungguhnya orang-orang yang membahagi-bahagikan ugama mereka (yakni, berfirqah-firqah atau bermazhab-mazhab) menjadi beberapa golongan (yakni, firqah atau mazhab) itu, bukanlah engkau (Muhammad) dari (golongan mereka) tentang apapun (yakni, bukanlah pengamalnya umat Muhammad (s.a.w), yakni mereka bukan Islam sebenarnya). Tidak lain urusan mereka melainkan kembali kepada Allah (a.w) (akhirnya di akhirat kelak), kemudian Dia (Allah (a.w)) akan menerangkan kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan (yakni, dimana silapnya mereka).'] [Ayat 159, Surah al-An’am]
Allah (aw) tidak akui mereka yg berfirqah itu sebagai umat Muhammad (s.a.w). Jika begitu kita hidup zaman nabi terakhir, tapi kita tidak tergolong sebagai umatnya pula! Bagaimana?
Alhamdulillah, kita telah huraikan konsep 'ahlus-sunnah wal-jama'ah' itu dlam konteks ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Golongan ini saja yg berjaya mendapat syurga, yakni Islamnya diterima. Kerana, sesuatu yg tidak diterima pastilah tiada gunanya pada kita. Insya Allah kita akan teliti dalam post akan datang dua lagi ciri 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu, iaitu: ciri ketiga, ada jema'ah yg formal yang diketuai oleh seorang pemimpin yg disebut secara umum dgn gelaran atau sebutan 'Imam' atau 'Amir' kpd Jema'ah; dan keempatnya, ada persefahaman yg formal antara jema'ah dgn Imam atau Amir, iaitu ketaatan kpd Imam atau Amir dan ketaatan itu merangkumi ikrara taat setia (bai'at) 'Sami'na, wa-ata'na mas-tata'na' (maksud: Aku dengarkan ketetapan Imam, aku taatkan ketetapan Imam sekuat mampuku). Golongan umat Islam yg menepati keempat-empat ciri tersebut adalah 'ahlus sunnah wa-jama'ah'.
Mudah-mudahan, saudara faham apa yg dituliskan di dalam post ini. kalau ada kekeliruan bolehlah postkan komen. Insya Allah akan diperjelaskan lag.
Jazakallahu khairah
Askm, kalau terang2 ditunjukkan ada dalil2 dari Quran & Hadith tetapi masih ramai mereka tidak mengikutnya, maka itulah dikatakan mereka belum menerima hidayah dari Allah. Dipahamkan, Allah tidak akan memberi hidayah kepada 3 golongan: 1) Yang menolak/tak percaya kepada isi Quran atau hadith 2) Yang suka memperlekehkan/ mempersoalkan isi Quran & Hadith dan 3)Yang banyak bergaul/hidup di kalangan bukan orang-orang Iman. Wallahualam.
ReplyDelete