Assalamualaikum,
Saudara, dalam post ini kita teliti suatu pesanan Allah (a.w) dalam al-Quran yg jarang sekali para ulama' dan ilmuwan yg akui diri mereka berilmu tidak berikan perhatian yg mencukupi. Malah mereka mungkin tidak menyedari. kalau mereka sedarpun, mungkin arus utama kefahaman mereka itu adalah pendapat majoriti para ilmuwan dan ulama' zaman akhir ini. Mereka tidak pedulikan peringatan. Peringatan apa?
Dalam blog ini kita sering tonjolkan beberapa perkara yg amat fundamental kita yg akui sebagai orang Islam dan orang iman faham dan sedari. Apa dia?
Pertama, Islam adalah ugama Allah (a.w) yg diciptaNya khusus sebagai pletfom atau landasan atau wadah bagi manusia untuk mengabdikan diri mereka kpd Allah (a.w) semata-mata. Maka dgn itu ugama yg selainnya bukanlah ugama yg dapat dijadikan pletform bagi manusia memenuhi tanggung jawabnya kpd Allah (a.w) sejajar dgn firman Allah (a.w) pada Ayat 21, Surah a-Ahzab itu. Manusia hanya menepati keettapan ini jika mereka Islam, kerana Islam itu ugama yg Allah (a.w) ridha, i.e. terima. Lain-lain ugama tidak diterima.
Kedua, tiasa siapa tahu syariat atau ciri-ciri atau perincian ugama Allah (a.w) kecualilah RasulNya. Inilah hakikat semenjak manusia dijadikan zaman berzaman, masyarakat berganti masyarakat dan rasul serta nabi diutus untuk membimbing manusia. Akhirnya Islam. Rasulallah (s.a.w) diutus menyampaikan syariat ugama Islam, mengajarkan para manusia (bermula dgn para sahabat) dan mendemokan atau menunjukkan bagaimana melaksanakan perintah Allah (a.w), supa berjaya mengabdikan diri mengikut ketetapan Allah (a.w). Apabila Rasulallah (s.a.w) wafat, kita manusia akhir zaman berpandukan kpd as-Sunnah.
Ketiga, bagaimanakah mungkin kita faham as-Sunnah dan berjaya mengabdikan diri kpd Allah (a.w) tanpa berpandukan kpd as-Sunnah yg diwariskan kpd kita semenjak zaman khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, para tabi'in, dan para tabi'ahum, dan seterusnya tabi'in tabi'ahum hingga kiamat dunia, kalau kita tidak berpandukan kpd as-Sunnah yg diwariskan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka dgn itu kita wajib tahu as-Sunnah untuk mempastikan kita benar-benar berada di landasan yg haq dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w) menepati speks yg dibuat oleh Rasulallah (s.a.w).
Keempat, kita hanya berada dpletfom pengabdian yg benar dan menepati perintah Allah (a.w) hanya dgn panduan as-Sunnah.
Kelima, kita tidak mungkin terpandu dalam as-Sunnah jika jika jahil tentang as-Sunnah atau kita hanya ikuti kata-kata atau cakap-cakap manhusia, walaupun mereka menyebut diri mereka sebagai ulama' atau ilmuwan tanpa mereka sendiri faham dan faqih tentang as-Sunnah. Kita hanya terpandu tentang as-Sunnah jika kita belajar ilmu as-Sunnah dan kita memiliki ilmu as-Sunnah yg secukupnya, kerana hanya dgn ilmu as-Sunnah kita terpandu. Dgn berpandukan apa manusia kata, kita pasti sesat, kecualilah kita terlebih dahulu memiliki ilmu as-Sunnah, baru kita dapat menilai apa-apa yg disampaikan oleh orang lain. Kerana Rasulallah (s.a.w) telah memberi kita tahu bahawa jika kita berpandukan selain al-Quran dan as-Sunnah, termasuklah kalau kita belum betul-betul faham dan faqih al-Quran dan as-Sunnah, kita berpandukan kitab-ktab karangan manusia, pasti kita akan tersesat mencari jalan ke syrga!
Keenam,setiap kita yg Islam dan beriman menanggung dosa, apabila kita tidak memberi perhatian kpd perintah bahawa kita wajib mengaji atau mempelajari ilmu. Dan, ilmu yg wajib dipelajari itu adalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Kita tidak rugi. Sesiapa yg ada ilmu al-Quran dan as-Sunnah, mengajarkannya tidak rugi. malah sangat beruntung seumpama melabur dgn pulangan dividen yg tinggi. Sesiapa yg belajar juga tidak rugi. Kerana selain faham tentang Islam, dapat mengerjakan amal dan ibadah menepati ketetapan Allah (a.w), kita juga seumpa melabur untuk akhirat dan pasti mendapat pulangan dividen akhirat yg tinggi pula.
Tapi, janganlah kita silap. Kita silap belajar ilmu. Kita silap beramal kerana kita silap panduan. Apabila kita silap panduan, yg rugi kitalah kelak. Inilah yg diperingatkan oleh Allah (a.w) dalam firmanNya pada Ayat 21 Surah ibrahim:
Firman Allah (a.w): 'Dan mereka semua (di padang makhsyar kelak) untuk mengadap Allah (a.w), lalu orang yg lemah (yakni, pengikut-pengikut tok-tok guru yg mengajarkan mereka tentang Islam dan syariatnya) berkata kpd orang-orang yg sombong (yakni, tok-tok guru yg mengajarkan Islam dan syariatnya yg berkata tanpa sandaran al-Quran dan as-Sunnah): 'Sesungguhnya kami dulu adalah pengikut-pengikut kamu, maka dapatkah kamu menghindarkan dari kami dari azab Allah (a.w) (walaupun) sedikit saja?' Mereka (yakni, yg memimpin mereka dulu di dunia, mengajarkan Islam dan syariatnya) menjawab: 'Sekiranya Allah (a.w) memberi petunjuk kpd kami (dulu), nescaya kami dapat memberi petunjuk kepada kamu. Sama saja bagi kita (kami dan kamu) apakah kita (sekarang) mengeluh atau bersabar (menerima balasan azab yg kita akan terima). Kita tidak akan menemui tempat untuk melarikan diri (dari azab yg telah ditetapkan).' [Ayat 21, Surah Ibrahim]
Saudara, orang yg mengajarkan kita sesuatu kebatilan sekarang ini di dunia, mungkin jahil atau mungkin kerana pertimbangan strategis pribadi mereka. Mereka jahil kerana mereka sendiri kurang ilmu, kurang faqih, kurang faham tentang Islam dan syariatnya. Kemudian mereka mengajarkan kita dan menyuruh kita berbuat begitu dan begini. Mereka begitu tersohor. Mereka begitu mengkagumkan. Kerana petah berkata-kata dan pandai mengolah ayat-ayat al-Quran dan bijak pula mentafsirkan beberapa hadith atau mengelluarkan pendapat dari jagoh-jagoh ulama dunia yg tersohor pula. Kita yg jahil tentang Islam dan syariatnya terpengaruh dan terikut-ikut seolah-olah apa yg mereka katakan atau suruh itu adalah benar. Sebenarnya, mereka jahil tentang al-Quran dan lebih-lebih lagi as-Sunnah, tetapi mereka berlagak alim. Malah mereka merasai diri mereka alim! Walhal, bagi mereka yg faham dan faqih tentang ilmu al-Quran dan as-Sunnah mereka tahu bahawa banyak yg mereka katakan atau suruh adalah berlainan dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Pastilah batil. Tapi, kita yg jahil ini cari jalan mudah dan jalan pintas dalam menjadi orang Islam. Kita selesa dgn kata-kata dan cakap-cakap orang sedemikian. Atau, kita suka baca buku-buku karangan orang-orang sedemikian. Walha, kita sewajibnya belajar al-Quran dan as-Sunnah. Itu yg wajar dan wajib.
Maka dgn itulah dalam Ayat 21, Surah Ibrahim tersebut, kita diberitahu apakah yg akan berlaku di padang makhsyar kelak, ketika kita berkumpul untuk mendapatkan/menerima Kitab Catatan Amalan kita yg akan menentukan apakah kita akan dihalau ke neraka atau disambut di surga! Kita akan berbalah dgn mereka. Di sana mereka akan tahu bahawa apa yg mereka ajarkan dan apa yg mereka suruh kita lakukan tentang segala sesuatu atau sebahagaian sesuatu tentang Islam dan syariatnyam, terutama tentang ibadah-ibadah khusus spt solat, puasa, haji dsbnya, adalah bertentangan dgn ketetapan Allah (a.w) dan petunjuk rasulallah (s.a.w), maka semuanya batail dan batal dan tidak mendapat sebarang pahala. Merka baru sedar dan disedarkan. maka mereka tidak mmengakui kesilapan mereka. Dan, mereka tidak dapat menolong kita,. malah mereka tidak dapat menolong diri mereka sendiri!
Kalaulah kita belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah dari mereka yg faham dan faqih tentang ilmu-ilmu tersebut, dan mereka menepati speks yg ditetapkan oleh Allah (a.w) (dalam al-Quran) dan speks perinciannya sejajar dgn perlakuan dan perbuatan Rasulallah (s.a.w) (yakni, menepati ketetapan as-Sunnah), kita yg belajar beruntung, dan mereka yg mengejarkan kita juga untung. Kerana apabila kita amalkan, amalan kita pasti diterima dan kita mendapat pahala, dan orang yg mengajarkan kita pula dapat kiriman pahala yg sama. Di akhirat kelak, kedua-dua kumpulan - yg belajar dan beramal dgn apa yg dipelajari dan orang yg mengajar dan mengamalkan apa yg dia ajar, berjaya mendapat syurga. Itulah janji yg pasti dari Allah (a.w) dan dari Rasulallah (s.a.w). Oleh itu, sebelum terlambat wajarlah kita semak ilmu kita dan perbetulkan amalan kita. Kita tidak ada masa yg banyak untuk berpindah ke jalan yg benar ...
Dimanakah kesilapan tok-tok guru yg mengajarkan kita tanpa panduan al-Quran dan as-Sunnah? Ada ramai ulama' dan ramai pulalah ilmuwan Islam hari ini. Mereka pandai berkata-kata dan berhujjah. Kita tertarik dan terikut. Tai, adakah mereka bercakap benar? Adakah mereka bercakap berlandaskan ilmu yg hak?
Contoh: Dalam perkara niat haji, dari m,anakah mereka mendapat ilmu bahawa lafaz niat haji/umrah itu: 'Nawaitu hajjan/umratan wa-ikhramtu biha ...' berbanding dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w) bahawa niat haji/umrah itu adalah: 'Labbaika, Allahumma hajjan/umratan'??
Contoh: Dalam ceramah haji di TV9 dua hari lalu, penceramah menyebut, ketika menjawab soalan penonton melalui yg bertanya melalui telefon bahawa gandaan pahala 100,000 ganda bagi setiap amalan di Mekah itu didapati juga ketika mengerjakannya di mana-mana dalam tanah haram? Ketetapan sebenarnya mengikut as-Sunnah adalah gandaan 100,000 gandaan terhadap segala amalan hanyalah diterima atau boleh didapati ketika mengerjakan amalan tersebut dalam Majidil Haram sahaja! Itulah contoh ulama' tanpa ilmu mengajarkan orang islam yg jahil!
Dia lupa ketetapan Islam: Sesiapa yg mengajarkan sesuatu yg berlandaskan dusta (Nota: 'Dusta' dalam Islam adalah sesuatu ketetapan yg tidak ada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah) mendapat dosa, dan jika diamalkan pula oleh orang preskripsi tersebut, orang tersebut mengirimkan dosa kpdnya. Kiriman dosa itu adalah infinity selagi ada orang yg beramal dengannya sehinggalah kiamat dunia. Sebaliknya, sesiapa yg mengajarkan sesuatu amalan yg sah dan haq dalam konteks al-Quran dan as-Sunnah, mendapat pahala dan kiriman pahala pula!
Oleh itu, berwaspadalah belajar dan beramal atas prasangkaan semata-mata tanpa ilmu dan panduan yg haq. Yg rosak kita. Itulah yg berlaku kelak pada kita di padang makhsyar, kita mengharapkan tok-tok guru kita tolong kita apabila ditetapkan amalan kita terbatal semuanya dan kita dihadapkan ke neraka. Toh-tok guru itu berkata mereka tak dapat buat apa-apa, malah mreka sendiri tidak dapat selamatkan diri mereka dari azab kerana mengejarkan dan mengamalkan yg batil, dan mereka bersama-sama kita( yg diajarnya) dicampakkan ke neraka, wal iya zubillah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment