Friday, October 8, 2010

Tafsir al-Quran: al-Baqarah Ayat 120 -

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post ini kita teliti sedikit ayat al-Quran yg boleh menjadi pengajaran kpd kita. Sebahagian ayat tersebut merujuk kpd kisah kaum Yahudi dan sebahagiannya umum, yakni terpakai kpd semua kaum. Cuba kita lihat beberapa ayat berikut:
Firman Allah (a.w): ' Dan, tidak sekali-kali ridha atas engkau (Muhammad (s.a.w) orang-orang Yahudi dan juga tidak (akan ridha) Nesrani sehingga engkau mengikuti ugama mereka; katakanlah kpd mereka sesungguhnya hidayah Allah (a.w) itu adalah hidayah (yag haq); dan jikalah engkau mengikuti kehendak mereka setelah datang kpd engkau dari ilmu (yg haq mengenai Islam); tiadalah bagi engkau dari Allah (a.w) mengasihiNya dan tidak juga mendapat pertolongan.' (Ayat 120).
Kita wajib faham bahawa ugama Allah (a.w) sentiasa evolve mengikut zaman serta temadun manusia. Apabila ugama Islam disyariatkan untuk mengganti ugama Allah (a.w) yg dibawakan oleh Musa (a.s) dalam Kitab Taurat, syariat ugama Allah (a.w) itu digantikan dan disempurnakan pula dgn turunnya Kitab Injil yg dibawakan oleh Isa (a.s). Bani Israil tetap tidak mengakui kerasulan Isa (a.s). Malah mereka membantah Musa (a.s) sebagimana yg dibuat oleh Qarun, saudara Musa (a.s) yg tidak mahu membayar zakat walaupun dia orang yg terkaya zaman itu. [Nota: Malah, kekayaan Qarun tidak dapat ditandingi oleh manusia selepas itu]. Samiri memsongkan akidah Bani Israil dgn anak patung yg dicipnya sebagai tuhan semasa ketiadaan Musa (a.s). malah orang Yahudi membunuh 800 para nabi yg berdakwah kpd mereka dgn syariat ugama yg dibawa oleh Musa (a.s) dan Kitab Taurat.
Ayat tersebut memperingatkan bahawa, kaum Yahudi hanya akan menerima Rasulallah (s.a.w), jika dia mengikuti syariat ugama yg mereka bawa. USyariat yg dibawakan mereka bukan lagi syariat ugama Musa (a.s). Semua itu kerana hidayah dan ketetapan Allah (a.w). kalau Allah (a.w) nak beri hidayah kpd orang Yahudi, pastilah mereka terima al-Quran dan akui kerasulan Rasulallah (s.a.w).
Adakah persamaan riaksi Yahudi dgn riaksi sesetengah umat Islam hari ini? Ada. Maka dgn itulah diberitahu oleh Allah (a.w). Al-Quran adalah panduan hidup orang iman sekarang, tapi berapa orang yg akui diri mereka Islam ingin mempelajari al-Quran? Berapa ramai pula yg menolak sebahagian daripada ketetapan al-Quran kerana mereka berpandangan sudah jumud dan tidak sesuaui lagi untuk zaman maya ini! Dan, berapa ramai pula umat Islam yg secara sedar atau tanpa sedar menidakkan as-Sunnah, walhal Allah (a.w) perintahkan manusia akur dgn as-Sunnah! Sudah diberikan ilmu tentang ketetapan al-Quran dan kemudian ketetapan as-Sunnah, tapi kekal ramai umat Islam, termasuk para ulama' dan ilmuwan sendiri, yg mengingkarinya. Contoh: Bida'ah hasanah walaupun Rasulallah (s.a.w) telah beritahu bid'ah itu kesemuanya batil dan sesat! Riaksi sesetengah kita samalah sebagaimana riaksi Bani Israil zaman Rasulallah (s.a.w).
Firman Allah (a.w): 'Orang-orang yg didatangkan kpd mereka kitab (Allah) (spt Taurah, Injil dan al-Quran) membaca mereka pada kitab dengan benar pada erti (i.e. faham makna atau maksud ayat-ayat) Kitab (al-Quran); mereka itulah yg beriman dgn Kitab (al-Quran); dan barangsiapa kufur dengan Kitab (al-Quran), maka mereka itulah orang-orang yg rugi (di akhirat kelak).' (Ayat 121).
Bani Isaril diberikan Kitab Taurat, namun mereka tidak ikuti Taurat. Orang Nesrani pula diberikan Kitab Injil. Namun mereka mengubahnya mengikut selera mereka dan tidak menerima sepenuhnya Taurat dan Injil yg hak. Sebaliknya mereka karang semula Injil dgn terbitnya kitab-kitab yg dikatakan Bible, New Testament dsbnya! Mereka juga tak terima sepenuhnya ketetapan Taurat dan Injil. Apa lagi al-Quran mereka tak terima. Walaupun jelas Allah (a.w) beritahu bahawa Muhammad atau Ahmad adalah rasul dan nabi terakhir atau penutup. Mereka membaca kitab-kitab tersebut zaman mereka, namun mereka tidak akur dan ikuti ketetapannya. Segolongan besar umat Islam juga begitu. Mereka baca al-Quran dan mereka faham isinya, i.e. mesejnya, tapi mereka tak ikuti atau mereka tidak meyakininya atau mereka menolak sebahagian yg tidak sesuai pada fahaman atau ajaran tokoh-tokoh mazhab mereka! Ada pula ulama' dan ilmuwan yg mengarang kitav-kitab yg kononnya mereka asaskan kpd al-Quran, walhal tiada ketetapan sedemikian dalam al-Quran dan as-Sunnah. Hakikatnya, mereka berbohong atau membuat sesuatu pembohongan. Orang yg berbohong itu adalah mereka yg mengatakan sesuatu tentang Islam dan syariatnya, walhal tiada ketetapan sedemikian dalam al-Quran mahupun as-Sunnah.
Dalam firman Allah (a.w) tersebut, Allah (a.w) memutuskan bahawa sesiapa yg kufur, yakni menolak al-Quran, menolak semua atau sebahagiannya, adalah orang yg rugi besar, kerana mereka pasti akan disiksa dalam neraka, itulah maksud kerugian yg akan diperolehi oleh orang yg membaca al-Quran, faham maknanya, tapi ingkarkan ketetapannya!
Firman Allah (a.w): 'Wahai kaum Israil (Yahudi) ingatkanlah segala nikmat yg dikurniakan Allah atas kamu sekelian dan sesungguhnya Aku (Allah) memberi kefadhalan (i.e. keutamaan) kpd kamu sekelian mengalahkan (atau melebihi) atas (makhluk lain) sekelian alam.' (Ayat 122).
Dalam ayat di atas itu, Allah (a.w) menyuruh Rasulallah (s.a.w) memperingatkan kaum Yahudi atau Bani Israil tentang nikmat istimewa yg dkurniakan ke atas mereka oleh Allah (a.w) zamannya. Mereka diberi makan makanan 'manna wal-salwa' (i.e. burung puyuh dan madu) yg diturunkan dari langit setiap kali mereka merasa lapar. Mereka tak perlu cari makan, makanan disediakan Allah (a.w). Tapi, mereka kufur dan meminta 'variety', maka dgn itu mereka tidak lagi dilayani Allah (a.w) dan mereka terpaksa bercucuk tanam dan berternak untuk mendapatkan makanan. Kurniaan Allah (a.w) kpd bani Israil itu tidak pernah diberikan oleh Allah (a.w) kpd manusia zaman sebelumnya dan zaman selepasnya. Ityulah kefadhakllan yg mengalahkan apa yg diterima kaum-kaum lain. tapi, mereka tetap menyeleweng, ingkar. Mereka tidak mau terima Isa (a.s) dan syariat ugama yg dibawakan Isa (a.s), syariat yg menggantikan syariat dalam Taurat. Kemudian, mereka dan kaum Nesrani pula tidak mau terima Rasulallah (s.a.w), Rasul penamat yg membawakan syariat ugama Allah (a.w) yg telah disempurnakan untuk menggantikan syariat yg terdapat dalam Kitab Injil.
Hari ini, segolongan besar orang Islam juga bertindak sebagaimana kaum Bani israil dan Nesrani. Bagaimana? Mereka menolak sebahagian ketetapan al-Quran dan menerima sebahagian sahaja. Mereka menolak kesemua atau sebahagain ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Malah, mereka membuat atau menambah atau mengubah kpd apa yg telah ditetapkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan apa-apa yg telah disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w), melalui as-Sunnah, apabila diwujudkan pelbagai amalan yg sama sekali tiada sandaran al-Quran dan as-Sunnah. Contoh: Rasulallah (s.a.w) memberitahu 'kesemua pembaharuan dalam perkara ugama adalah bid'ah', tapi mereka bertegang menyatakan wujudnya 'bid'ah hasanah'. Allah (a.w) perintahkan manusia supaya anuti Islam secara berjema'ah atau dgn berjema'ah dan jangan berfirqah, tapi mereka cipta pula istilah 'Firqatun Najihin' (i.e. firqah yg benar) apabila mereka membincangkan hadith tentang perpecahan umat Islam akhir zaman menjadi 73 golongan, 72 gagal mendapat syurga dan satu golongan sahaja yg berjaya mendapat syurga. Golongan yg satu yg berjaya mendapat syurga itu mereka sebutkan atau kategorikan sebagai 'Firqah Najihin'. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa golongan satu yg berjaya mendapat syurga itu adalah mereka yg ikuti as-Sunnah (dijelaskan 'jalan' atau sunnah beliau dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-Mahdiyin) dan mereka itu anuti atau pegangi Islam secara berjema'ah!
Firman Allah (a.w): 'Dan, takutilah hari (bilamana) tiada balasan diri (seseorang) atas diri (seseorang yg lain) , dan tidak diterima dari diri (seseorang) tebusan dan tidak memberi manfaat pada diri (seseorang) syafaat dan tidak pula mereka ditolong (Ayat 123, Surah al-Baqarah).
Ayat di atas itu memperingatkan kita, kaum yg mendatang selepas zaman Kitab Taurat dan Kitab Injil, bahawa apabila kiamat kelak, tiap-tiap seseorang yg akui dirinya Islam dan beriman itu akan bertanggungjawab tentang segala sesuatu yg dilakukannya di dunia, dan tidaklah dapat mereka memindahkan tanggungjawab tersebut kepada orang lain, tidak dapatlah mereka menebus kekufuran dan keingkaran mereka dgn suatu apapun, dan tidak akan mendapat syafaat dan tidaklah dapat sebarang pertolongan dari Allah (a.w). Orang yg melakukan segala sesuatu tanpa bersandarkan nas dan dalil yg hak, pasti tidak dapat habuan dari segala amalan dan ibadahnya, tidak mendapat syafaat Rasulallah (s.a.w). Mereka akan rugi dan mendapat siksaan.
Malangnya hari ini, begitu ramai orang Islam yg lahiriahnya seumpama orang yg berilmu. Ada Ph D, di gelar professor atau ulama' dan sebagainya, tapi mengajarkan banyak perkara bersandarkan 'kepintaran otak mereka' bukan bersandarkan apa yg telah ditetapkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya dalam al-Quran dan as-Sunnah.Kesilapan golongan ulamna' dan ilmuwan sedemikian itu adalah mereka jadikan Islam dan syariatnya bahan debat, bahan kajian dan penelitian untuk mencari dan mendapatkan dan mengeluarkan pandangan baru, kemudian mengajarkan atau mengembangkan fahaman baru tersebut kpd umat Islam yg lain. Jika diteliti, mereka sendiri belumpun sebenarnya faham as-Sunnah sepenuhnya (eg. mereka belumpun khattam dan faqih Kuttubul Sittah), tetapi mereka mentela'ah tulisan mahaguru-mahaguru mereka, yg pula belum pasti apakah mereka faham dan faqih as-Sunnah. Maka timbullah pelbagai amalan dan ibadah yg berlainan dari apa yg disampaikan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Malangnya, dunia memberi penghargaan kpd kebijaksanaan mereka!
Oleh kerana itulah Rasulallah (s.a.w) menyebut bahawa di akhir zaman kelak, orang yg berilmu (ie. orang yg faham dan faqih tentang al-Quran dan as-Sunnah) semakin pupus, kerana dimatikan sebelum sempat mengembangkan ilmu mereka), maka semakin banyaklah pula orang yg mengakui diri mereka berilmu, walhal mereka jahil, dan memberi fatwa atau ketetapan mengenai Islam dan syariatnya kpd umat Islam yg memang jahil dan dahagakan panduan ilmu yg haq. Mereka sudahkah sesat, menyesatkan pula orang lain.Hari ini sudah ramai orang yg sedemikian itu.
Demikianlah, kita petik 4 ayat untuk kita fahami.
Mudah-mudahan kita kekal diberi petunjuk oleh Allah (a.w) ke arah memaham Islam yg haq dan beramal dengan Islam yg haq, demi keselamatan akhirat kita. Rasulallah (s.a.w) telah memberi jaminan kpd kita bahawa jika kita pegang semata-mata al-Quran dan as-Sunnah pasti kita tidak sesat. Allah (a.w) beri jaminan kpd kita pada Ayat 13, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr, jika kita ikuti al-Quran dan as-Sunnah dan berpandaukan as-Sunnah dalam kehidupan kita dan dalam menyediakan diri kita untuk kehidupan akhirat, kita pasti berjaya mendapat syurga Allah (a.w).

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment