Wednesday, October 13, 2010

Ilmu: Menyembunyikan Ilmu

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah teliti bahawa bagi orang iman itu dia wajib pelajari (dan fahami) dua ilmu yg haq sebagai panduan hidup seorang Muslim dan Mukmin, iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Juga, kita diberitahu bahawa mengajarkan ilmu yg dua itu untuk tujuan keduniaan, ancamannya amat berat. Kita lihat selanjutnya peringatan Allah (a.w) dan peringtan Rasulallah (s.a.w) mengenai perkara ini seterusnya.
Diriwayatkan hadith daripada Abdil Rahman bin Hurmuza ‘Araj (r.a): ‘Bahawasanya aku mendengar Aba Hurairah (r.a) berkata: ‘Demi Allah (a.w)! Seandainya dua ayat di dalam kitab Allah (al-Quran) (itu tidak memerintahkan) tidak menceritakan aku darinya (yakni, dari Nabi (s.a.w), yakni hadith-hadith Nabi (s.a.w)) sesuatu selama-lamanya. Andainya tidak berfirman Allah (a.w): [Ayat 174 dan 175, Surah al-Baqarah: 'Innal-lazina yaktumuna ma anzalallahu minal Kitabi’ …' (hingga ke akhir kedua-dua ayat tersebut) …’[Maksud ayat: Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa yang Allah (a.w) turunkan dari Kitab (Yakni, al-Quran)… (hingga ke akhir hayat) …’) [Hadith Ibnu Majah]
Abu Hurairah (r.a), yg sering mengikuti Rasulallah (s.a.w) dalam perjalanan Rasulallah (s.a.w) mendapat banyak ilmu al-Hadith dari Rasulallah (s.a.w). Dia menghafalnya. Oleh kerana perintah Allah (a.w) seorang yg memiliki ilmu itu wajib sebarkan dan sampaikan serta ajarkan kpd orang lain, maka dia menceritakan hadith kpd para sahabat. Hari ini, begitu ramai orang yg berilmu, dan menjawat jawatan yg mewajibkan mereka berdakwah dan mengembangkan ilmu tersebut, berdiam diri selesa dgn kerusi empuk jawatan mereka. Atau, mereka ajarkan hanya dgn bayaran atau upah yg lumayan. Jika upahnya sedkiti enggan dia menyampaikannya! Ada, secara terang terangan mendagangkan ilmunya dgn menulis kitab, menubuhkan syarikat motivasi mengajarkan ilmu dgn fees yg tinggi pula!
Kita turunkan di bawah ini maksud dua ayat al-Quran tersebut y dirujuk oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith di atas itu:
Firman Allah (a.w): 'Sesungguhnya orang-orang yg menyembunyikan apa-apa yg diturunkan oleh Allah (a.w), iaitu Kitab al-Quran (dan as-Sunnah), dan menjualnya dgn harga yg murah (yakni, mencari keuntungan duniawi), mereka hanya menelan api neraka dalam perutnya (yakni, makanan dan minuman yg dihasilkan dari jualan ayat-ayat al-Quran (dan ketetapan as-Sunnah); dan Allah (a.w) tidak akan menegur mereka pada hari kiamat, dan Allah (a.w) tidak akan mensucikan (yakni, menghapuskan dosa-dosa) mereka. Mereka akan mendapat azab yg amat pedih.' [Ayat 174, Surah al-Baqarah]
Orang yg memperdagangkan ilmu yg dua - al-Quran dan as-Sunnah - kerana dunia, mereka diancam. Di akhirat kelak tidak akan masuk syurga.
Firman Allah (a.w): 'Mereka itulah orang yg membeli kesesatan dengan petunjuk dan (membeli) azab dengan pengampunan. Maka alangkah beraninya mereka menentang api neraka!' [Ayat 175, Surah al-Baqarah]
Orang-orang yg berilmu, tetapi menjadikan ilmu tersebut untuk kesenangan dunia atau untuk mendapat kedudukan atau jawatan atau pengaruh, mereka itu dilabel Allah (a.w) sebagai sesat. dalam Islam, orang yg sesat tempatnya di neraka. Mereka itu menukarkan hidayah dengan kesesatan. Mereka menjual keampunan dan membeli azab. Kemudian, Allah (a.w) menyindir mereka seolah-olah mereka itu begitu berani berdepan dengan api neraka. Yakni, Allah (a.w) memberitahu pasti mereka masuk neraka dan mereka sungguh berani walaupun diberitahu pasti masuk neraka, kerana kekal melakukannya setelah ditegah atau dilarang Larangan yg serupa juga terpakai terhadap as-Sunnah atau al-Hadith
Mudah-mudahan, mereka yg memiliki dua ilmu itu berwaspada. Ajarkanlah orang yg jahil, sama ada diminta atau tidak. Kembangkanlah ilmu tersebut. Berusahalah dgn sepenuh tenag untuk mengembangkan ilmu tanpa disuruh dan tanpa memikirkan ganjaran yg akan diperolehi dari usaha menyampaikan ilmu tersebut.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment