Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan perbincangan kita tentang ceramah/Kuliah Maghrib ulama' muda di sebuah masjid di Cheras itu. Dia cerita dua perkara: satu tentang apa sebenarnya yg dimaksudkan oleh Rasulallah (s.a.w) tentang Dajjal, dan kedua, apa sebenarnya yg dimaksudkan dgn hadith tentang berpecahnya umat Islam akhir zaman menjadi 73 golongan atau firqah dan 72 firqah masuk neraka dan hanya satu golongan masuk syurga atau berjaya dapat syurga.
Penulis telah tuliskan secara ringkas apa sabda Rasulallah (s.a.w) yg memperingatkan umatnya tentang Dajjal dalam post yg lalu. Kerana penceramah tersebut tidak sentuhpun apa yg diwasiatkan oleh Rasulallah (s.a.w) tentang Dajjal itu, tentang implikasi besar fitnah atau huruhara atau cubaan Dajjal itu dalam ceramahnya. Dia hanya beritahu bahawa sebenarnya Dajjal itu dahpun ada beberapa zaman, dan bukan di akhir zaman sahaja. Dajjal itu katanya adalah orang yg mengakui dirinya sebagai rasul atau nabi yg membawa wahyu atau syariat ugama Allah (a.w) yg benar. Dajjal itu adalah orang yg sesat dan menyesatkan jema'ah umat Islam supaya menyimpang dari apa yg menjadi kelaziman aqidah umat Islam (Maksudnya; Islam arus perdana??). Dajjal itu merujuk kpd mereka yg berilmu memesongkan akidah umat Islam.
Dia juga kata dalam hadith disebutkan bahawa ada 30 orang Dajjal, bukan seorang! Kesemuanya adalah orang berlagak berilmu dan memiliki suatu kuasa ketuhanan yg bertujuan hanya untuk memesongkan aqidah umat Islam supaya kufur dan kafir. Itu kata beliau.
Alhamdulillah, penulis telah tuliskan secara ringkas siapa Dajjal dan apa misinya, bagaimana besarnya huruhara yg akan dibawanya sebelum kiamat, dan apa implikasinya kpd kita yg Islam dan beriman, jikalah ditakdirkan kita menemuinya dalam hidup kita atau setelah mati kita. Allah (a.w) sukakan hambaNya yg benar-benar tulus ikhlas mengEsakannya, murni dan bersih Islamnya dan luhur imannya. Maka diturunkan atau dijadikan berbagai-bagai fitnah untuk menguji hambaNya supaya hanya yg terbaik diberi ganjaran syurgaNya. Adakah kita yg terbaik?
Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa fitnah Dajjal itu berat, amat berat dan akan menguji keimanan kita semasa hidup (jika berlaku semasa kita masih hidup) dan ketika dalam alam roh pula (yakni, semasa dalam alam barzah) apabila dicuba oleh Dajjal, jikalah kita dibangkitkannya dari kubur dan diujinya pula, wal iyazubillah. Kita pohon perlindungan Allah (a.w) dari mengenai atau menemui fitnah Dajjal ini sama ada dalam kehidupan kita atau ketika matinya kita.
Rasulallah (s.a.w) memberitahu Dajjal akan dibinuh oleh Nabi Isa (a.s), yang mengetuai umat Islam yg iman memerangi Dajjal dan pengikutnya. Itu adalah 'The (Last) War of the World', kerana selepas itu dunia akan kiamat, dan manusia akan dihimpunkan di padang makhsyar untuk menerima Kitab Catatan Amalan mereka, dan ditentukan siapa dapat syurga dan siapa dapat neraka.
Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran bahawa orang kafir dan musyrik zaman Isa (a.s) tidak dapat membunuh Isa, dan Isa yg hidup diangkat Allah (a.w) ke langit. Isa (a.s) masih hidup hanya tidak diberitahu di mana dan bagaimana oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Yg diberitahu adalah Isa (a.s) akan diturunkan ke bumi oleh Allah (a.w) di akhir zaman untuk menegakkan ugama Allah (a.w) yg syariatnya dibawa oleh Rasulallah (s.a.w). Isa (a.s) juga ditugaskan memerangi Dajjal dan kuncu-kuncunya, yakni orang-orang kafir yg menentang Islam, yg menjadi pengkutnya. Walaupun Isa akan memerangi manusia untuk menegakkan Islam dia tidak mahu dijadikan Imam atau pemimpin jema'ah Islam zaman tersebut. Dia bersedia hanya menjadi pengikut dan dalam solatpun dia hanya ingin jadi makmum bukan Imam solat. Siapa yg dilantik imam atau imam solat zaman itu, dialah diakui olehnya sebagai imam dan imam solat baginya.
Itulah sambungan cerita Dajjal yg sebenarnya bukan cerita yg disebutkan oleh tokoh ulama' muda tersebut. Dajjal belum turun. Dajjal itu hanyalah seorang sahaja, tapi dia mempunyai pengikut yg amat banyak! Fikirkanlah.
Ulama' muda itu kata perkataan 'Dajjal' itu tak lebih seumpama kalimah 'firaun' yg merujuk kpd gelaran raja Mesir zaman sebelum dan dalam zaman Musa (a.s). Jadi, Dajjal itu ramai, bukan seorang, kata penceramah Kuliyah Maghrib tersebut.
Yg diberitahu dalam as-Sunnah Dajjal itu seorang. Dia mengakui dirinya Tuhan. Dia suruh semua manusia yg ditemui supaya sembah dia sebagai tuhan, jika enggan akan disiksanya. Orang iman ketika itu juga terpengaruh, kerana dia ada kuasa menghidupkan orang yg sudah mati dan dia mematikan orang yg hidup - kuasa ketuhanan. tapi, dia pastilah bukan Allah (a.w), kerana Allah (a.w) tidak cacat. Dajjal cacat - satu matanya buta dan terkulai keluar dari socketnya pula! Tapi, keimanan seseorang itu mudah rapuh sebagaimana rapuhnya iman sesetengah para ulama' dan ilmuwan sekarang terhadap Rasulallah (s.a.w) dan as-Sunnah! Ada ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran yg diketepikan. Ada, ketetapan Rasulallah (s.a.w) yg diremehkan. Sebaliknya diambil ketetapan dan fatwa manusia yg berlainan dari atau bercanggahan dgn ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Jadi, tidak hairanlah, kelak mungkin 1,000 tahun atau 10,000 tahun dari sekarang, umat Islam yg haq tiada lagi, yg ada hanya orang Islam yg namanya Islam dan jahil terus tentang Islam dan hanya tahu sebut kalimah 'Allah, Allah ' sahaja! Sekarangpun iman majoriti ulama' sudah tergugat apabila mereka menolak sebahagian as-Sunnah dan terima fatwa manusia yg tidak didasarkan kpd nas dan dalil al-Quran! Semuanya kerana ingin kekalkan kesenangan dunia.
Dajjal akan turun. Dia seorang. Tidak tahu bila dia turun. Yg pasti jikalah dia turun, maka tak lama kemudian Isa (a.s) akan diturunkan. maka terjadilah peperangan antara orang iman (i.e. Islam) dgn orang kafir. Orang Iman diketuai oleh panglima tenteranya, Isa (a.s), manakala orang kafir diketuai oleh Dajjal. Dajjal akan kalah. Seruling sangkala akan ditupkan tak lama kemudian, dan dunia akan kiamat.
Yg wajib kita renungkan adalah, Rasulallah (s.a.w) menyebut dalam hadith yg dirujuk oleh ulama' muda yg berceramah tersebut bahawa umat Islam berpecah menjadi 73 firqah atau golongan, 72 firqah atau golongan Islam tapi masuk neraka, dan hanya 1 golongan dapat syurga. Ulama' itu kata: angka 73 atau 72 itu bukan merujuk kpd jumlah golongan yg sesat, tapi merujuk kpd banyaknya perkumpulan umat Islam akhir zaman, semuanya berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah. Dan, dari sejumlah yg banyak itu, banyak sekali yg hangus Islamnya, yakni tak berjaya dapat syurga, kerana silap dalam banyak perkara, terutama dalam amalan dan ibdah. Angka 1 (i.e. satu), golongan yg dikatakan berjaya dapat syurga itu merujuk, katanya, kepada jumlah yg amat sedikit, bukan satu kumpulan.
Kalau begitu, dalam hadith yg lain Rasulallah (s.a.w) merujuk kpd angka 1,000 dan 999 dan 1 (i.e. satu) pula. Rasulallah (s.a.w) memberitahu daripada 1,000 orang Islam itu, 999 orang masuk neraka, dan hanya 1 orang dapat syurga. Beliau tidak merujuk kpd hadith ini.
Kalau kita gunakan logik ulama' muda itu, maksudnya ramai orang Islam dalam dunia mulai zaman mula Islam sampai kiamat dunia, tapi ramai atau hampir kesemua mereka gagal dapat syurga tapi dapat neraka, dan tramat sedikit yg dapat syurga! Adakah itu tafsiran hadith tersebut? kalau begitu, bagaimana pula dalam al-Quran disebkan oleh Allah (a.w) bahawa Arasy Allah (a.w) itu dipikul oleh 8 malaikat. Adakah banyak atau sedikit bilangan sebenarnya? Kerana, tiada angka bandingan. Allah (a.w) sebutkan bahawa langit itu ada 7 lapis. Dan, begitu juga bumi dijadikan seumapanya, i.e. 7 lapis juga. Adakah sedikit atau banyak lapis sebenarnya?
Bagaimana ulama' muda dapat tahu bahawa angka-angka 72 dan 73 dan 1 itu adalah relative quantity? Bagi mereka yg belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, mereka diajarkan bahawa sebarang angka dalam al-Quran dan as-Sunnah itu adalah jumlah yg haq. Tak perlu dipersoalkan. Yg perlu dipersoalkan adalah: adakah kita tergolong dalam golongan 1 drp 73 golongan yg islam yg berjaya mendapat syurga itu? Yg perlu kita pastikan adalah: Adakah kita salah seorang daripada 1,000 orang Islam yg berjaya mendapat syurga di akhirat kelak? Mengapa kita confident yg kita adalah dalam golongan yg 1 atau orang yg satu? Atau, adakah kita benar-benar pasti yg kita adalah termasuk dalam golongan yg 1 yg dapat syurga atau orang yg satu daripada 1,000 orang Islam yg pasti dapat syurga? Atau, mungkinkah kita termasuk dalam golongan 72 drpd 73 golongan yg silap Islamnya dan gagal dapat syurga, dan terjerumus ke dalam neraka? Atau, kita silap dalam amalan dan ibadah kita dan dalam menjalani gayahidup dan carahidup yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), maka kita adalah seorang drpd 999 orang yg gagal dapat syurga itu? Adakah tidak mungkin? Kenapa tidak? Adakah kita telah semak Islam kita, kita dah semak amalan dan ibadah kita, berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, bahawa kita tidak melakukan sesuatu yg berlainan drpd apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w)? Bukanlah Allah (a.w) suruh kita jadikan Rasulallah (s.a.w) contoh? Kerana, dia 'uswatun hasanah'? Jika begitu, adakah kita sudah pasti kita beramal dan beribadah dan menjalani kehidupan sebagais eorang iman yg sebaik mungkin menepati ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. kalau gitu, selamatlah kita. Jika tidak tanggunglah sendiri... akibatnya
Hakikatnya, hanya 1 golongan daripada 73 golongan yg dapat syurga atau daripada seramai 1,000 orang yg Islam dalam zaman mula Islam sampai kiamat dunia kelak, 999 orang adalah ahli neraka dan hanya 1 atau seorang saja ahli syurga! Bukankah begitu ramainya tentera kafir berbanding dengan tentera Islam pada zaman ini? Apa lagi zaman Isa (a.s) diturunkan kelak. Kerana yg Islampun tak solat, tak puasa, tak buat haji, tak bayar zakat, tak amanah, makan sumber yg haram, amalkan bid'ah dan utamakan apa yg ditegah Rasulallah (s.aw). ... dan banyak lagi. Hakikatnya, tak ramai orang yg benar-benar Islam. Yg ramai Islam kerana nama aje. Itupun hamir pupus kerana sekarang generasi muda namakan anaknya mencontohi nama-nama yg bukan-bukan, bukan nama Islam, tapi nama Barat. Orang melayu bencikan identity Melayunya, termasuk namanya. Nama terbaik spt Abdul Rahman, Abdul Rahman, Abdullah ... umpamanya takda nilai pada orang Melayu/Islam. Nama-nama canggih disukai...
Ulama' muda tersebut memasukkan kesemua yg mengikuti Mazhab as-Syafie itu adalah termasuk dalam golongan yg satu. jadi, dia confident, dia di akhirat kelak dapat syurga, kerana dia adalah pengikut dan penyokong fahaman kemazhaban.
Dalam blog ini berkali penulis sebutkan tentang dua criteria (pra-syarat) yg menjadikan seseorang atau sekumpulan umat Islam itu tergolong dalam golongan yg satu yg berjaya dapat syurga: pertama, ikuti as-sunnah (ie. al-Quran dan as-Sunnah); dan kedua, hendaklah berjema'ah dalam menganuti ugama Islam. Dua syarat itu adalah 'neccessary and sufficient conditions' menjadikan keIslaman seseorang itu dikira halal, sah dan diterima Allah (a.w), dan yg diperlukan lagi hanyalah amalan.
Kita semak Islam kita. Bagaimana? Adakah memenuhi dua criteria (pra-syarat) tersebut?
Dalam pada itu, terdapat pula segolongan orang yg kononnya Islam, tetapi munafiq. Mereka juga masuk neraka. Dan, selain itu pula terdapat 72 kumpulan orang Islam yg tidak diakui umat Muhammad (s.a.w) kerana tidak menepati speks amalan dan ibadah serta gayahidup orang iman, yg dimodelkan (i.e. dicontohkan) oleh Rasulallah (s.a.w) juga tak dapat minum air telaga al-kauthar, yakni tak dapat syurga juga.Tak hairanlah penghuni syurga itu dikayakan oleh Allah(a.w) di akhirat kelak. Yg termiskinpun memiliki harta kemewahan seumpama atau sebesar 10 kali dunia dan seisinya! Kerana kekayaan akhirat tidak diperolehi oleh orang kafir, orang munafiq dan orang Islam yg tersesat dalam hidupnya - dalam amalan dan ibadah dan aqidah mereka.
Mengapa demikian? Kerana para ulama' dan ilmuwan Islam tidak berusaha mengilmukan mereka. Ulama' dan ilmuwan sendiri jahil tentang Islam. Mereka suka gunakan pendapat dan kebijaksanaan otak dan fikiran mereka dalam memahami Islam,mentafsirkan al-Quran dan as-Sunnah dan mengajarkan Islam kpd orang lain. Mereka sesat dan menyesatkan pula orang lain...
Kembali kpd tafsiran ulama' muda itu, adakah dia benar atau betul? Atau dia tersasar? Dia merujuk kpd hadith Rasuallah (s.a.w) yg menyebutkan di akhir zaman nanti, umat Islam akan berpecah menjadi 73 firqah atau golongan, semuanya akui diri mereka Islam, berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, tapi 72 firqah atau golongan masuk neraka, dan hanya satu golongan yg dapat syurga. Dia tak sebut hadith yg mana satu. Dia takrifkan angka 73 itu bukan angka tetap tapi hanyah perbidalan yg menunjukkan di akhir zaman kelak umat Islam akan berpecah dan menubuhkan perkumpulan Islam yg banyak sekali. Itulah maksud 73. Manakala 72 pula, katanya, menunjukkan amat ramai atau terlalu banyak golongan umat Islam yg sesat dari Islam yg haq. Angka 73 dan 72 katanya bukanlah angka yg tetap menunjukkan hanya ada 73 firqah atau golongan umat Islam atau hanya terdapat 72 firqah atau golongan umat Islam yg sesat, cari syurga dapat neraka, katanya. Yg dimaksudkan oleh Rasulalah (s.a.w) adalah begitu ramai golongan atau kelompok Islam, dan begitu ramai pula kelompok atau golongan Islam yg batil Islamnya. Angka satu (1) katanya bukanlah satu kumpulan, tapi sedikit bilangannya atau bilangan golongan umat Islam yg Islamnya adalah haq, diterima Allah (a.w) dan dimasukkan ke dalam syurga.
Apa pendapat saudara? Adakah dia mentafsirkan dgn betul? Atau, tiada sandaran ilmu yg haq? Bagi sesiapa yg mempelajari ilmu al-Quran dan as-Sunnah, tafsirannya mudah. Sudahpun penulis jelaskan di atas. Tapi, yg lebih utama adalah kita pastikan kita lakukan segala sesuatu bersandarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Itulah dua penimbangtara betul atau tidaknya amalan dan ibadah kita. Kalau kita ikuti al-Quran dan as-Sunnah, mengikut janji Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa', kita pasti dapat syurga.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment