Assalamualaikum,
Saudara, seorang isteri diwajibkan mentaati suaminya walaupun mungkin suaminya tidak setaraf dgnnya dalam konteks keduduakn ekonomi dan sebagainya. Apabila dipanggil suaminya hendaklah dia datang kepadanya. Apabila dimintanya sesuatu hendaklah segera berikan. Jika dijemput tidur segera hendaklah dia segera tidur.
Seorang isteri itu mudah mendapat syurga. Yg diperlukan hanyalah dia taatkan suaminya, setelah dia mentaati Allah (a.w) dan RasulNya dengan mengerjakan suruhan Allah (a.w) dan RasulNya, seperti mengerjakan ibadah.
Diriwayatkan hadith dari Qais b Talaq hadith dari bapanya, Talaq b Ali berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Ketika dipanggil oleh suaminya kerana sesuatu hajat suaminya, maka hendaklah maka hendaklah datang dia kepada suaminya, dan jikapun si isteri berada di dapur.' Hadith at-Termidzi, Kitab Nikah]
Demikianlah utama suami itu kepada seorang isteri. Jika suaminya pulang ke rumah atau berada di rumah dan dia berhajat untuk sesuatu atau berhajat sesuatu dari isterinya dan dipanggilnya isterinya kerana hajat tersebut, hendaklah dia segera menjumai suaminya, walaupun ketika itu dia sedang masak di dapur.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment