Friday, October 22, 2010

Menarik hari ini-Gaya Hidup Manusia.

Assalamualaikum,
Saudara yg menarik hari ini apabila terbaca dalam akhbar The Star tentang seorang penyanyi popular Taiwan yg lain dari yg lain. Walaupun dia kaya kerana menjadi selebriti dia tak pula ingin beli kereta mewah tak macam orang lain atau selebriti lain. Itu orang China bukan orang Islam. Tapi hari ini Islam ke atau tak Islam ke tabiat mereka tak lari jauhpun.
Dilaporkan Mandopop Star Leehom Wang hanya memiliki sebuah kereta buruk bernilai RM 6,000.00 lebih saja, guna pakaian yg dibeli 15 tahun yg lalu dan tak inginpun nak beli kereta mewah. Katanya, ramai yg dhaif perlukan bantuan. Sebaliknya rakan selebriti lain spt Cantopop Star Aaron Kwok memiliki 13 kereta mewah bernilai RM 100.0 juta, termasuk dalam kandang keretanya 5 buah Ferrari, dua Lamborghini dll. Seorang lagi Jay Chow memiliki Merc bernilai RM 3.8 juta.
Penulis tak taulah bagaimana selebriti Malaysia, khasnya Melayu, berlagak. Tapi, yg jelas Datuk Su yg mati dibakar tu, memiliki sebuah rumah yg tak jauh bezanya dgn sebuah Istana. Begitu jugalah bekas MB Selangor, Khir Toyo dan dulu Ahli majlis bandaran Klang, masing-masing memiliki mahligai. Tak taulah Siti berapa banyak. Pernah juga ternampak dua ferari (satu merah hati dan satu hitam) dipark depan Les Copaque di Seksyen 13 Shah Alam. Rasanya milik pemunya production house yg buat kartun Upin dan Ipin yg disiarkan setiap hari dalam Astro program Disney (Channel 614). Tak tahulah kalau ada deretan kereta mewah serta istana pula miliknya.
Demikianlah, Allah (a.w) memberikan begitu banyak rezki kpd seseorang itu - yg Islam ataupun tak Islam. Kalau tak Islam tak kisahlah, kerana dunia ini untuk yg tak Islam, akhirat tiada bagi mereka. Yg penting kita sedari sebagai orang Islam adalah kita ada dunia dan kita ada akhirat. Dan, akhirat itu lebih utama dan lebih kekal. Orang Islam yg tak yakin kehidupan akhirat, sebenarnya tak ubah spt orang kafir, i.e. tak Islam.
Allah (a.w) beritahu kehidupan dunia itu amat sedikit berbanding dgn hidup di akhirat. Kesenangan di dunia itu tak ada makna. Kerana, orang yg termiskin di akhirat itu (dalam syurga) memiliki harta 10 kali dunia banyaknya, berbagainya dan bernilainya! Dan, orang yg sanggup belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah sepagi atau sebahagian pagi atau sebahagian petang harinya, dikurniakan Allah (a.w) nilai harta seumpama dunia dan seisinya. kalau, kita belajar dua ilmu ini setiap hari, berapa banyak harta kita dapat di akhirat? Dan, kalau kita tak belajar dua ilmu ini, setiap hari kita menanggung dosa, yg pasti membawa kita masuk neraka. Orang yg berharta selepas matinya hanyalah orang yg masuk syurga. Yg masuk neraka muflis, walaupun di dunia dia orang terkaya seumpama Warren Buffet atau Bill Gates atau Syed Mokhtar al-Bukhari. Lebih, penting, Islam beramal tanpa ilmu, tak dapat pahala, itulah firman Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah al-Isra'! Oleh itu, orang-orang yg kaya lana, ingatlah...
Di akhirat kelak, akan bertukar status org kaya dan orang miskin. Yg kaya dapat neraka kerana hartanya, dan yg miskin dapat syurga, kerana apabila dihisab, hanyalah amalannya dna ibadahnya.
Berwaspadalah. Maklumlah, sehari di padang maskhsyar itu adalah selama 1,000 tahun kiraan tahun dunia. Fikirlah, kita hidup hanya 60 atau 70 kata Rasulallah (s.a.w). Tak sampai se saat dalam kiraan masa di padang makhsyar. Kita diberitahu bahawa orang yg kaya itu adalah orang yg lambat selkesai hisaban amalan mereka di padang makhsyar. Setiap RM miliknya ditanya oleh malaikat untuk apa dibelajakan dan kpd siapa dibelanjakan dan berbagai-bagailah soalan lain. Mereka akan disoal secara details bila kaya... yg merugikan orang kaya adalah membazirkan harta. Dan, yg menguntungkan orang kaya adalah dia membersihkan hartanya dengan mengeluarkan zakat dan lebih-lebih lagi menginfaqkan sekurang-kurangnya 10% harta keuntungannya supaya dibersihkan rezkinya. Tai,itulah yg susah. Dan, keengganan itu jugalah yg mengheret mereka yg kaya yg Islam ke neraka!
Semoga, mereka yg kaya sedar. Harta, firman Allah (a.w), adalah fitnah yg besar kpd umat Muhammad (s.a.w). Allah (a.w) membenci orang yg membazirkan hartanya. Yg kaya hendaklah memperbanyakkan infaq untuk fi sabilillah - membela ugama Islam dan membantu umat Islam yg dhaif. Harta itu, pada kaca mata Islam, adalah kurniaan terbaik kpd yg menerimanya menempah tempat tinggal di syurga, bukan untuk dihabiskan dan dibazirkan, membina rumah seumapama mahligai, kereta yg menggogok minyak, kemudian dipamirkan kpd orang dan merasa bangga membawanya pula - sifat sombong yg mencontohi kesombongan syaitan. Berwaspadalah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment