Sunday, October 10, 2010

Islam dan Wanita (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung lagi penelitian kita mengenai satu dimensi lagi berkaitan tajuk di atas dgn melihat firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): 'Dan, menetapilah dalam rumah kamu (wanita/isteri) dan janganlah kamu (wanita/isteri) berhias, keluar dgn berhias (sebagaimana wanita) jahiliah dahulu (berhias), dan dirikanlah solat dan datangkanlah (i.e. keluarkanlah) zakat dan taatkanlah Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan (taatkanlah) Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah), sesungguhnya berkehendakkan Allah (a.w) supaya menghilangkan (yakni, menghapuskan) keketoroan (dosa-dosa) ahli rumah dan (supaya) membershkan akan kamu sekelian supaya suci, dan bacalah (yakni, ingatilah) apa-apa yg dibaca di dalam rumah kamu dari ayat-ayat (yakni, keterangan) Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan (bacalah di dalam rumah kamu) al-Hikmah (yakni, as-Sunnah), sesungguhnya Allah (a.w) itu adalah zat yg maha menjaga dan zat yg maha berwaspa (dgn apa-apa yg kamu kerjakan).' [Ayat 33, Surah al-Ahzab]
Dalam firman di atas itu Allah (a.w) berikan beberapa panduan kpd kaum wanita atau kaum isteri atas beberapa perkara:

(a) Wanita/isteri itu wajib tinggal di rumah, yakni tidak keluar rumah merayau atau bersiar-siar;
(b) Wanita/isteri itu tidak dibenarkan menghias diri atau berhias ketika keluar rumah (kecualilah dalam kes menghiasi diri ketika di rumah untuk kesenangan suaminya);
(c) Wanita/ isteri itu hendaklah kerjakan solat fardu dan lain-lain solat di rumah;
(d) Wanita/isteri itu dikehendaki mengeluarkan zakat dari apa-apa yg dinafkahkan oleh suaminya atau yg dihasilkan oleh harta miliknya;
(e) Hendaklah wanita/isteri itu taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah).

Kesemua ketetapan di atas itu dikenakan kpd wanita/isteri supaya membersihkan mereka dari melakukan pelbagai dosa dan supaya mereka bersih dalam Islam.
(f) Wanita/isteri itu disuruh membaca al-Quran dan membaca as-Sunnah supaya mereka terpandu dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai isteri dan ibu kpd anak-anaknya.
Demikianlah Ayat 33 ini memberikan beberapa panduan lagi kpd wanita/isteri, supaya akhirnya kelak mereka berjaya mendapat syurga. Isteri itu akan mendapat syurga sekiranya dia memenuhi tiga syarat, iaitu: pertama, taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran); kedua, taatkan Rasullalah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah); dan ketiga, taatkan suaminya. Berbanding dgn kaum leleaki, wanita itu lebih mudah mendapat balasan/ganjaran syurga!
Malangnya hari ini, majoriti wanita melanggar ketetapan ayat 33 ini. Mereka sering keluar merayau keluar rumah, seringkali tanpa tujuan, selain untuk mempamirkan diri, mencari dosa dan sebagainya. Mereka berhias ketika keluar dgn pelbagai perhiasan. Mereka mempamirkan pula perhiasan diri mereka. Si isteri menghisi diri ketika keluar rumah, tapi tidak menghiasi diri di dalam rumah atau didepan suami mereka. Yg muda pula berapcaran atau bergaul dgn lelaki tak ubah seperti sudah bersuami isteri kerana berpegang-pegangan tangan, berpelukan dalam khalayak ramai dan sebagainya.
Tidak hairanlah Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa dalam perjalanan Isra' dan Mikrajnya, beliau diberi kesempatan oleh Allah (a.w) melihat keadaan dalam neraka. Beliau dapati (i.e. beritahu kita) bahawa majoriti penghuni neraka itu adalah kaum wanita. Apabila ditanya oleh sahabat, Rasulallah (s.a.w) menyebtu bahawa kebanyak wanita yg terjerumus dalam neraka adalah kerana tidak menjada dua mulutnya - mulut atas (dari bercakap mencaci, mengumpat dan seumpamanya) dan mulut bawahnya (kerana melakukanseks rambangdgn teman lelaki dan sebagainya).
Selain itu, wanita diwajibkan menutup auratnya. Yg boleh didedahlakan kpd khalayah umum hanyalah muka dan kedua telapak tangannya. Wanita yg tidak menutup auratnya akan dicampakkan ke dalam neraka. kalau kiat lihat persekitaran kita hari ini, kita akan dapati sinario seperti berikut:

(a) Wanita berpangkat dan berkedudukan termasuklah isteri para pemimpin Islam, tidak menutup auratnya, malah dgn senang hati tidak menutup rambut mereka;
(b) Wanita yg moden cara hidupnya, bukan saja tidak bertudung, mempamirkan pula kelebihannya dari segi bentuk susuk tubuh badan - pinggang yg ramping, kulit yg puth, badan yg gebu, pusat terdedah, leher jinjang, dan dada yg bidang, dan buah dada yg montok dan sebagainya;
(c) Wanita-wanita muda pula akan memakai pakaian yg ketat dan yg halus dan boleh menamlakkan tubuh badan mereka, malah sengaja menampakkan perut dan pusatnya, separuh buah dadanya, malah meniru perlakuan gadis-gadis Barat dan gadis wayang, emmakai bikini di tepi pantai, menindik subang di hidungnya, di puasatnya malah atas alat kelaimnya pula;
(d) Wanita wayang/pelakon pula melakunkan adegan sumbang seumapama suami isteri, ibu-bapa dgn anak walaupun realitinya mereka adalah ajnabi (bukan makhram), kemudian mendemokan dan menjadi idola kpd gadis-gadis lain pula, tanpa rasa curiga dan takut kpd Allah (a.w).
Demikianlah realiti dunia hari ini. Wanita Islam ketepikan ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Wanita Islam hari ini tidak ada bezanya dgn wanita bukan Islam. malah, mereka lebih teruk lagi.
Siapakah yg mendapat padah perlakuan sedemikian? Selain wanita itu sendiri, ibu bapanya menanggung dosa perbuatan anak-anak gadis mereka, suami mendapat dosa atas perlakuan isteri mereka. Tidak hairanlah disebutkan dalam as-Sunnah bahawa daripada seramai 1,000 orang yg akui diri mereka Islam itu, seramai 999 orang masuk neraka, hanya seorang sahaja berjaya mendapat syurga!
Semoga, kaum lelaki - bapa dan suami - berwaspada, mendapat bencana dosa dari perlakuan anak-anak mereka dan perlakuan isteri mereka. Sudahlah, sebagai lelaki mereka sendiri mengutip dosa dari perlakuannya sendiri, dirtambah pula dgn doasa yg ditempah untuk mereka oleh isteri dan anak mereka1

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment