Saturday, October 2, 2010

Menarik hari ini: Wang Hasil Haram, Halal? (Samb.) ...

Assalamualaikum,
Kelmarin kita telah sentuh sedikit tentang tulisan Dr Mohd Asri dalam akhbar Sinar Harian (1 Oktober 2010) mengenai perkara di atas. Isunya adakah halal kita terima dan belanjakan wang pemberian orang yg datangnya dari sumber yg haram? Dr Asri berpendapat sekiranya kita yg menerima wang kerana digaji atau pemberian atau kerana bayaran balik hutang dari pihak atau seseorang yg sumber wang tersebut adalah hasil judi, arak dan sebagainya yg haram di sisi Islam, tetap halal bagi kita sekiranya kita tidak tahu menahu tentang sumbernya atau kita tidak terlibat dalam kegiatan pihak atau orang yg memberi atau membayar hutangnya pada kita. Hari ini ada cebisan pendapat dan pandanang yg meragui pendapat beliau itu.
Cuba kita lihat sandaran pendapat Dr Asri tersebut. Beliau merujuk kpd beberapa nas dan dalil al-Quran; antaranya Ayat 164, Surah al-An'am, dan hadith dalam Musannaf Abd Razzaq, hadith Abdullah b Mas'ud (r.a), hadith al-Sunan al-Kubra, hadith al-Baihaqi, serta pandangan Yusuf al-Qaradawi. Saudara boleh rujuk sendiri hujjah Dr Asri dalam tulisan tersebut. Kita turunkan semula ayat dan hadith tersebut, untuk tujuan rekod dalam blog ini.
Pendapatan (i.e. income) yang datangnya dari sumber yg haram seumpama judi, perniagaan barang-barang yg haram seperti arak dan sebagainya adalah haram bagi kita jika kita terlibat secara langsung. Contoh: wang hasil judi di kasino, dari loteri, dari tikam ekor, toto, empat nombor ekor, dan sebagaimana yg kita sendiri terlibat adalah haram. Itu jelas. Allah (a.w) melaknat 10 kategori orang yg terlibat dalam industri arak; iaitu: (1) yg menanam tumbuhan (seperti penanam anggur, barley dll) untuk menghasilkan arak, (2) yg membawakan bahan ke kilang (spt drebar yg mengangkunya dengan lori dll), (3) yg mengilangnya untuk dijadikan arak, (4) yg bekerja memprosesnya untuk jadi arak (spt yg bekerja di kilang), (5) yg mengedarkannya untuk dijual, (6) yg menjualnya, spt di hotel, di kelab,di kedai-kedai dll), (7) yg menyediakan juadah yg melibatkan arak; (8) yg menghidangkannya kpd peminum arak (spt pekerja restoran, cafe atau kelab-kelab), (9) yg memberi minum, dan (10) yg meminumnya. Orang yg dilaknat Allah (a.w) sudah pasti tidak masuk syurga, kecualilah dia bertaubat dan taubatnya diterima Allah (a.w). Itu jelas.
Demikian jugalah dalam perkara riba'. Jika kita telibat secara langsung dengan segala aspek riba' itu, kita juga makan dari sumber pendapatan yg haram. kalau kita tidak terlibat secara langsung? Dr Asri berpendapat jika kita tidak tahu asal usul pemberian atau wang yg kita terima secara sah itu, kita tidak berdosa kerana pemberian atau wang yg kita terima itu diluar kawalan kita atau diluar pengetahuan kita. Samalah apabila kita makan KFC yg dibuat dari ayam. Yg kita tahu ayam itu halal bagi umat Islam. Restoran KFC itu disijilkan oleh pihak ugama Islam dgn 'Sijil Halal' pula. Kita tahu, ayam itu halal dimakan, dgn syarat ayam itu disembelih mengikut cara dan kaedah sembelihan Islam. Jika tidak menepati kaedah dan cara Islam, maka ayam itu haram kerana ayam yg tidak disembelih secara Islam (i.e. dgn menyebut 'Bismillah' ketika menyembelihnya), ayam itu haram dimakan dan ayam itu adalah bangkai dalam istilah Islam! Soalnya: adakah kita pasti ayam KFC itu disembelih mengikut cara dan kaedah Islam? Kita tak pasti. Tapi, kita yakin kerana pihak berkuasa ugama sahkan KFC adalah halal. Tidaklah perlu kita selidik dan halusi.
Dr Asri rujuk kpd Ayat 164, Surah al-An'am: '... dan tiadalah (kejahatan) yg diusahakan oleh sesuatu jiwa (seorang) melainkan dialah yg menanggung dosanya; dan seseorang yg boleh memikul tidak akan memikul dosa orang lain'. Seorang lelaki bertanya kepada Abdullah Masud (r.a): 'Aku ada jiran yg memakan riba dan dia selalu menjemput aku makan.' Jawab Abdullah Masud:' Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya.' (Musannaf Abd al-Razzaq). Dan, katanya di dalam riwayat al-Baihaqi, seorang bertanya kpd ibnu Omar (r.a) bahawa beliau ada jiran yg memakan riba atau mempunyai pekerjaan yg haram, kadangkala dia jemput makan, bolehkah hadir? Jawab ibnu Omar (r.a) 'Ya.' (Dalam al-Sunan al-Kubra). Selanjutnya dia merujuk pula kpd pendapat Dr Yusuf al-Qadarawi dalam al-Fatwa al-Mu'asarah 2/411): 'Sebenarnya, wang tersebut keji (haram) jika nisbah kpd orang yg mendapatkannya secara tidak halal, tetapi ia baik (halal) untuk fakir miskin dan badan kebajikan ...(penyelesaiannya) disalurkan ke badan-badan kebajikan iaitu fakir miskin, anak-anak yatim, orang terputus perjalanan (keputusan wang), institusi kebajikan Islam, dakwah dan kemasyarakatan ...'.
Penulis berpandangan bahawa sesuatu itu diperjelaskan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah yg ditakrifkan dengan benar adalah benar. Sama jugalah pegawai kerajaan yg mendapat gaji yg asalnya dari sumber yg bebrabagai - ada yg haram dan ada yg halal. Bagi mereka, mereka menjalankan tugas-tugas yg tidak haram, maka halallah pendapatan mereka. Disebutkan juga oleh Dr Asri satu kes bilamana isteri dan anak tanggungan orang yg bekrja dalm organisasi riba. Mereka halal memakan apa yg diberikan oleh si suami atau bapa, hanya bap atau suami itulah yg menanggung dosanya kerana mendapat gajian dari pekerjaan yg haram (i.e. riba).
Mudah-mudahan, pembaca blog ini faham ketetapan Islam sebagaimana yg kita cuba olahkan di atas itu, insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment