Assalamualaikum,
Saudara, kita tengok hadith ini yg menyebutkan penjelasan Rasulallah (s.a.w) mengapakah Allah (a.w) pilih hari Jum'at sebagai hari kebesaran minggun umat Islam yg iman.
Diriwayatkan hadith dari ibnu Taus hadith dari bapanya hadith dari abi Hurairah (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Adapun kami (yakni, merujuk kpd umat Islam) sebenarnya adalah orang yg awal dihisab di akhirat kelak bezanya antara kaum-kaum yg diberikan kitab di dunia daripada sebelum kami (umat Islam) dan diberikan kpd kami (umat Islam) (kitab) kemudian daripada mereka. Dan adapun ini hari (yakni, hari Jum'at) ditulis oleh Allah, Zat yg Maha Agung lagi maha Mulia (a.w) atas mereka. Maka berselisih mereka dalam perkara ini (i.e. hari kebesaran), maka menunjukkan kpd kami oleh Allah (a.w) zat yg Maha Agung lagi maha Mulia, yakni Hari Jum'at. Maka manusia mengikuti (hari kebesaran) Yahudi besok harinya (i.e. Sabtu) dan (hari kebesaran) orang-orang Nesrani selepas esok harinya (i.e. Ahad).' [Hadith an-Nasa'i]
Hadith menyebutkan bahawa Allah (a.w) tetapkan bagi hamba-hambanya yg berserah diri (i.e. Islam)[Nota: Islam bermaksud mengikuti ugama yg ditetapkan oleh Allah (a.w) untuk hambaNya menyembah Dia, iaitu ugama yg dibawakan oleh para rasul dan nabi sebelum Muhammad (s.a.w), termasuk ugama Nuh, Ibrahim, Musa dan selainnya, supaya ambil hari Jum'at sebagai hari kebesaran atau keutamaan mingguan. Tapi bani Israil memilih hari Sabtu. Orang Nesrani pula memilih hari Ahad. Demikianlah Allah (a.w) memberitahu bahawa manusia itu sering menolak ketetapan Allah (a.w) dan memilih hawa nafsunya sendiri.
Alhamdulillah, kita yg Islam dan iman berada dilandasan yg haq dalam semua perkara. Semoga Allah (a.w) merahmati kita dan mengekalkan hidayah Islam sampai ajal kita.
Jazakallahu khairah
Kiamat berlaku pada hari Jumaat
ReplyDeleteJust be ready
Jazakallahu khairah, Saudara benar tahu. Sila kita rujuk hadith berikut:
ReplyDeleteDiriwayatkan hadith daripada Ibnu Abdil Munzir (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Nabi (s.a.w): ‘Sesungguhnya hari Jum'at itu adalah Penghulu segala hari (Saidul Aiyam), dan lebih diagungkan di sisi Allah (a.w). Dan lebih besar di sisi Allah (a.w) dari Hari Raya Qurban dan Raya Puasa (yakni, Allah (a.w) besarkan status hari Jum’at berbanding dua hari raya tersebut). Di dalam hari itu (yakni, pada hari Jum’at) ada lima perkara penting (berlaku). (pertama) Keluar Adam (a.s) dari syurga. Dan (kedua) diturunkan Allah (a.w) Adam (a.s) ke bumi pada hari itu. Dan (ketiga) pada hari itu juga Adam (a.s) dimatikan. Dan (keempat) pada hari itu ada waktu tidak diminta oleh hambanya daripada Allah (a.w) sesuatu kecuali diberikanNya (yakni, dimakbulkan doa) selagi tidak dimintanya apa-apa yang haram. (Dan, kelima) Pada hari itu didirikan (i.e. berlakunya) Qiamat. Barangsiapa dari golongan malaikat yang dekat dengan Allah (a.w), dan tidak di langit, dan tidak di bumi, dan tidak (juga) angin, dan tidak gunung, dan tidak laut kecuali kesemuanya khuatir (yakni, takut) dari hari Jum’at itu.’ [Hadith Ibnu Majah]
Mudh-mudahan lebih ramai orang Islam yg bersedia meningkatkan malan mereka sebelum datangnya hari Jum'at yg akan terjadikan kiamat itu, insya Allah.