Tuesday, November 2, 2010

Sola Jumat: Peringatan ...

Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yg lalu, malam beberapa post beberapa bulan dahulu, kita telah teliti tajuk hari Jum'at dan Solat Jum'at, yg menggantikan Solat Zohor, apabila dikerjakan. Hari Jum'at itu dipilih oleh Allah (a.w) sebagai hari kebesaran mingguan bagi manusia. malangnya, bani Israil tidak menerimanya dan meminta dijadikan hari Sabtu sebagai hari kebesaran mereka dan orangNesrani pula, memilih hari Ahad sebagai hari kebesarn mereka. Mereka engkar, maka dgn itu disebutkan oleh Allah (a.w) bahawa apabila datang Islam dan Nabi Muhammad (s.a.w) diutuskan membawa Islam dan syariatnya, orang-orang Yahudi dan orang-orang Nesrani, yg sudahpun berpecah 71 atau 72 golongan atau firqah, semuanya masuk nerka kerana tidak menerima Islam.
Kemudian, yg lebih menyedihkan pula adalah umat islam, selepas wafatnya Rasulallah (s.a.w), akan berpecah menjadi 73 firqah atau golongan, semuanya mengakui mereka Islam, tetapi 72 daripada 73 firqah atau golongan tersebut masuk neraka, dan hanya satu golongan sahaja yg berjaya mendapat syurga! Bukan kerana hari tetapi kerana aidah yg songsang atau menyimpang dari ketetapan Allah (a.w) dalam Ayat 13, Surah an-Nisa' dan kerana tidak menepati, antara lain, perintah Allah (a.w) pada Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr. Golongan yg satu yg berjaya mendapat syurga itu adalah umat Islam yg menepati dua pra-syarat, iaitu mereka berpandukan as-Sunnah, iaitu sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin (Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali, radiallahu 'anhum), dan mereka juga menagunti Islam secara berjema'ah.
Semua orang akui diri mereka berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Tapi, adakah mereka benar-benar berpandukan al-Quran dan as-Sunnah? Atau, kerana menyangka yg mereka berpandukan al-Quran dan as-Sunnah? Kerana itulah deklarasi para ulama' atau ilmuwan yg mengajar dan membmbing mereka. Atau, mereka berpandukan kitab-kitab atau buku-buyku karangan para ulama' atau ilmuwan yg kononnya benar-benar faham tentang Islam dan syariatnya? Katalah kita terima pengakuan mereka tentang panduan ini. Tapi, hari ini adakah umat Islam di Malaysia ini berjema'ah? Atau, adakah jema'ah umat Islam yg formal, iaitu suatu organisasi umat Islam yg menepati ketetapan as-Sunnah? Beum ada. Maka dengan itulah satu pra-syarat yg penting yg melayakkan umat Islam mendapat syurga, adalah absent. Kita nampkanya, mengikut ketetapan Rasulallah (s.a.w) itu separauh Islam...
Kita lihat pula ibdah Solat Jum'at. Apa kata Rasulallah (s.a.w)? Kitalihat hadith di bawah ini yg menyebutkan tatkala disyariatkan Solat Jum'at kpd manusia:
Perintah Allah (a.w) mewajibkan umat Islam mengerjakan solat Jum’at itu disampaikan kepada Rasulallah (s.a.w) melalui wahyu. Rasulallah (s.a.w) membuat pengumuman mengenai syariat solat Jum’at itu melalui hadith qudsi berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Jabir bin Abdullah (r.a) berkata: ‘Telah berkhutbah Rasulallah (s.a.w) pada suatu hari, dengan sabdanya: ‘Wahai sekelian manusia! Bertaubatlah kamu kepada Allah (a.w) sebelum sesungguhnya dimatikan kamu. Dan cepatlah kamu sekelian beramal soleh sebelum sebok kamu. Dekatkanlah antara kamu sekelian dan antara Tuhan kamu. Perbanyakkanlah ingatkan (yakni, bersolat sunat, berzikir dan sebagainya) oleh sekelian kamu kepadaNya. Dan perbanyakkanlah oleh sekelian kamu akan sedekah di dalam senyap-senyap (yakni, tanpa diketahui orang) dan secara terang-terang (yakni, diketahui oleh orang sekalipun tetapi tanpa perasaan riak diri), memberi rezki pada kamu (oleh Allah (a.w)) dan semoga ditolongNya kamu dan ditampalnya (kekurangan amalan dan pahala kamu kerana sedekah itu). Ketahuilah sesungguhnya Allah (a.w) telah memfardukan atas kamu sekelian solat Jum’at di dalam tempat ini, di dalam hari ini, di dalam bulan ini, dari tahun ini sehinggalah ke hari Qiamat.
Maka barangsiapa meninggalkannya di dalam hidupnya atau sesudah tiada aku (yakni, setelah wafat aku), dan baginya (kamu diperintahkan oleh) imam yang ‘adil ataupun menyeleweng (yakni, yang tidak adil atau zalim mereka)(terus mengerjakannya), (sesiapa yang) meremehkannya (yakni, mengambil ringan atas solat Jum’at itu), atau menentangnya (yakni, tidak mengerjakannya), maka tidak akan dikumpulkan oleh Allah (a.w) bagi mereka pada hari huruhara (yakni, hari Akhirat), dan tidak diberkati (oleh Allah (a.w)) dalam perkara-perkara ugamanya. Ingatlah, (mereka yang sedemikian itu, yakni, yang tidak mengerjakannya atau meremehkannya atau menentang syariat solat Jum’at itu) tidak diterima (oleh Allah (a.w)) solatnya, tidak zakatnya, tidak hajinya, dan tidak puasanya, dan tidak amalan baiknya sehingga dia bertobat. Maka barangsiapa bertobat dia, Allah (a.w) zat yang Maha Penerima Tobat atas kamu sekelian. Ketahuilah, tidak boleh seorang perempuan mengimamkan lelaki. Dan tidak boleh mengimamkan orang Arab (yang tidak beriman) orang-orang yang berhijrah (yakni, muhajir). Dan tidak boleh mengimamkan orang yang derhaka (yakni, orang yang banyak dosanya) akan orang yang beriman, kecuali dipaksa dengan menggunakan kekerasan (yakni, kekuasaan kerajaan, kerana khuatirkan pedangnya dan cemetinya)’. [Hadith Ibnu Majjah]
Hadith di atas ini merupakan khutbah pertama bilamana syariat solat Jum’at itu difardukan oleh Allah (a.w). Perintah Allah (a.w) tersebut disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada para sahabat dan jema’ah Islam zaman itu (dan zaman kini sebagai lanjutan syariat solat Jum’at). Ketetapan yang disebutkan di dalam hadith tersebut melibatkan beberapa perkara. Dan, dalam ketetapan Rasulallah (s.a.w) tersebut, disebutkan beberapa ancaman besar terhadap umat Islam yang tidak mengerjakan atau meremehkan atau mengambil ringan solat Jum’at ini dari diamalkan olehnya. Antara yang wajib kita ingatkan adalah sekiranya kita abaikan dan ringankan solat Jum’at itu, kesemua amalan kita (fardu dan sunat) tidak diterima Allah (a.w), wal iyazubillah.
[Nota: Hadith qudsi adalah hadith yang merujuk kepada firman Allah (a.w) yang disampaikan melalui lisan atau sabda Rasulallah (s.a.w). Ibnu Majah menyatakan bahawa isnad hadith ini dhaif, kerana salah seorang daripada perawi dalam urutan perawi tersebut tidak begitu terkemuka. Tetapi yang utama adalah panduannya. Jikalah hadith ini sebenarnya sahih, maka kita abaikan ketetapannya kitalah yang rugi. Sebagai panduan hidup amat wajar diteliti, hanya sebagai hukum kita tidak boleh sandarkan atas hadith ini. Namun ketetapan dalam hadith tersebut di sahkan oleh hadith-hadith lain, seperti Solat Jumat itu fardu, perempuan tidak boleh mengimamilelaki, bertaubatlah sebelum tiba waktu taubat tidak diterima, perbanyakkan alan dan ibadah semasa senang, seringlah berzikir mengingatkan Allah (a.w), bersedah dan menginfaqkan harta, dan sedekah dan infaq itu mengikis dosa-dosa.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment