Tuesday, October 12, 2010

Menarik Hari Ini - Ph D pada Umur 64 Tahun!

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini ada satu berita terbaik untuk kita kongsi bersama. Cerita seorang nenek yg sudah berumur 64 tahun hadir konvo di UPM menerima ijazaha Ph Dnya. Berita ini disiarkan dalam banyak akhbar rasanya, tapi penulis terbaca dalam akhbar Kosmo terbitan hari ini (12 Okto. 2010).
Kita ucapkan tahniah kpd Dr Siti Safariah bt Abdullah Omar (64 tahun) kerana berjaya mendapat ijazah tertinggi akademik Ph D dari UPM kelmarin. Syabas. Walaupun sudah dikira umur bonos dalam Islam, beliau dgn gigih usahakan mendapatkan Ph D itu. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa umat beliau hidup tak lama hanya setakat 60 atau 70 tahun. Kalaulah kita berumur 64 tahun, kita dah terlepas dari garis umur terendah 60 tahun, mungkin ada baki 70 tolak umur kita, katalah 64 tahun, 7 tahun lagi. Tapi, Mahathir dikurniakan Allah (a.w) umur yg panjang, sudah 85 tahu masih sihat. Memang lazimlah setiap orang itu akan sakit sedikit sekali sekala, macam dia sakit di Australia baru-baru ini. Siti Safariah jikalau diberi Allah (a.w) umur Mahathir, ada 85 - 64 tahun = 20 tahun lagi untuk memanfaatkan ijazah Ph Dnya untuk dunianya dan untuk dunia masyarakat yg dia akan cambahkan ilmunya! Itulah saja. Apabila sampai ajal kematiannya, Ph D itu tak ada guna baginya. Mereka yg diilmukan olehnya dari Ph D itu tidak akan mengirim apa-apa kpdnya.
Mungkin ada orang yg mengenangi atau ingatkannya buat sementara - beberapa tahun. Lepas itu dia akan dilupakan. Yg tinggal hanya cerita tentang kehebatan dia semasa hidupnya atau gambar-gambar pencapaiannya semasa hidupnya atau coretan sumbangannya kpd masyarakat. Tak lebih dari itu.
Walau apapun, kita boleh turut berbangga. Kita kagum dgn kegigihan seorang Melayu dalam bidang ilmu dunia. Syabas.
Saudara, hakikatnya adalah ilmu dunia itu berguna pada kita setakat kehidupan kita di dunia saja. Mungkin bila diajarkan kpd orang lain, berguna setakat hidupnya pula.
Tapi, ilmu akhirat berguna kpd orang yg memilikinya dan kpd orang yg mewarisinya. Yg memiliknya dapat mengilmukan orang Islam yg jahil tentang ugamanya, supaya mereka dapat beramal dan beribadah sejajar dgn ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Orang yg memiliki ilmu akhirat beruntung kerana dapat panduan yg hak dalam ibadah dan amalan dan dalam memacu kehidupan orang beriman di dunia. Untung dia di dunia. Dan, lebih untung di akhirat. Dgn syarat dia amalkan atau kerjakan apa-apa yg didapatinya dari ilmunya. Apabila diajarkan kpd orang lain pula, dan orang itu mengamalkannya, maka untung pula dia.
Ilmu yg haq yg diajarkan kpd orang lain, apabila dikembangkan dan diamalkan oleh mereka yg diilmuka olehnya, dan diajarkan pula kpd generai kemudian, mereka akan mengirim pahala kpd orang yg mengilmukan. Kita mendapat dividen akhirat sebagaimana dividen saham di dunia. Kita dapat dividen selagi saham itu kita miliki. Ilmu kita adalah saham kita, apabila dikembangkan pula, maka beranak pinak atau bercucu cicitlah ilmu kita, yakni saham akhirat kita, dan bertambahlah dividen akhirat kita seumpama manfaat dari multi-level network atau product-clients network yg membeli produknya (i.e. ilmu). Ilmu dunia tidak membolehkan multi-level market atau network sedemikian diwujudkan. Apabila kita mati, tamatlah manfaat dari ilmu tersebut.
Insya Allah kita akan teliti asas ketetapan as-Sunnah mengenai ilmu ini. Kita akan dapati bahawa mereka yg belajar ilmu akhirat - al-Quran dan as-Sunnah - mendapat ganjaran pahala yg amat banyak untuk akhiratnya. Apabila dikembangkannya dan diajarkannya, maka berlipat gandalah keuntungan yg diperolehinya di akhirat. Malangnya, ramai orang Islam (terutama, Melayu) hari ini abaikan. Mereka tidak mahu berusaha belajar ilmu. Tak ramai orang yg berumur 60han berusaha bersusah payah belajar ilmu akhirat. Orang muda apatah lagi. Kerana ilmu sedemikian tidak berikan nilai dollars and cents apa-apapun kpdnya. [Nota: Ada yg cari 'ilmu akhirat' sampai dapat Ph D juga, dapat kedudukan di dunia, di hormati, tapi digunakan untuk dunia bukan untuk akhirat, sebagaimana kita lihat orang-orang yg mengubah haluan menjadi pakar motivasi dgn bayaran/fees lumayan setiap kali diundang! Mereka itu samalah dgn orang yg ada Ph D dalam bidang keduniaan.]
Mudah-mudahan pembaca semasa membaca tulisan ini faham. Ada perbezaan yg amat ketara dalam membandingi ilmu dunia dan ilmu akhirat. Ramai orang Melayu silap faham. Kata mereka mengajarkan ilmu - apa jua ilmu - adalah suatu kebaikan, maka mendapat pahala. Pahala kerana berbuat baik, mengajarkan orang lain, bukan pahala kerana ilmunya. Ilmu akhirat - al-Quran dan as-Sunnah - menguntungkan orang yg memilikinya di dunia dan akhirat, dan menguntungkan dia setelah matinya dan menguntungkan orang lain juga selepas kematiannya sampaikan kiamat dunia!

khairah


No comments:

Post a Comment